Aku baru sahaja habis dari menghadiri majlis ilmu di mana di situ, rohani aku diisi kenyang dengan serba sedikit pengalaman orang yang dipercayai telah berjaya menongkah alam pekerjaan mereka sehingga bersara. - dan nasik lemak ayam goreng percuma.
Kebetulan, akhir-akhir ini hati aku memang kuat ingin menyambung semula pengajian aku ke peringkat yang lebih tinggi. Sebab semenjak aku disini, aku sudah semakin sedar bahawa akademik adalah salah satu elemen penting untuk aku menjadi manusia yang MUNGKIN akan berjaya satu hari nanti. Aku manusia AVERAGE. Melainkan aku ada kebolehan khas seperti mengapungkan diri atau membunuh dengan kuasa psikik atau kuasa tangan tembus cermin macam watak-watak dalam cerita Heroes misalnya lah kan.
Mungkin aku boleh menggilap sinar di agensi swasta semula. Mungkin lah. Aku rasa aku tak mungkin akan berpatah arang ke syarikat swasta lagi. Semangat aku semasa zaman bujang aku dah semakin pudar mungkin. Ha'ah, aku dah tak kuat nak tahan maki atau pulang ke rumah jam 11-12 malam setiap hari. Aku tak cakap yang di syarikat sekarang ni adalah platform untuk perempuan yand dah berkahwin macam aku untuk bersenang lenang. Tak pun. Di sini pun ada tekanan yang tersendiri.
Tapi aku dah ada anak dan suami. Banyak benda aku nak fikir lagi selain dari menangis di dalam jamban kerana bos reject artwork aku dengan maki makian yang tidak ada kena mengena.
Aku dah cakap aku kan family-guy-punya-jenis.
Aku plan nak sambung belajar sampai aku layak jadi pensyarah. Tapi baru tadi tokoh berjaya di syarikat aku cakap bahawa dia berhenti jadi pensyarah sebab dia tak tahan menghadap perangai student yang 'cantik-cantik' belaka. Sampai aku rasa mungkin kalau aku jadi pensyarah, aku mesti akan jadi pensyarah yang di benci oleh sesetengah pelajar. (kawan-kawan terdekat aku mungkin tau kenapa)
Dan akan end-up dengan kekecewaan sebab hari-hari kereta aku dicalarkan pelajar setiap hari.
Aku dah puas fikir panjang sebenarnya. Tapi aku tak dapat jawapan lagi.
Sama ada aku nak sambung belajar dan stay di syarikat ini dan pulun sampai satu hari nanti aku jadi manusia selesa.
Sambung belajar dalam bidang yang sama supaya, ya, jadilah pensyarah, Noe.
Sambung belajar dalam bidang yang lain supaya aku tak bosan dengan benda yang sama sampai tua.
Tak payah sambung belajar. Mula perniagaan baru dari rumah.
Haih.
Betul cakap Encik Masut Martu. Kadang-kadang dalam hidup ni kita akan jumpa satu peringkat di mana kita sedar yang hidup kita ni tidak ada makna dan kita stuck, tidak tahu nak buat apa-apa.