13.6.06

Larva Kehidupan

Semetelah tersedar dari semua senario insani yang berlaku di sekeliling saya
mengajar untuk menjadi lebih kebal dan cekal..
ya kalau boleh jadikan hati sendiri umpama metal (bukan konkrit atau batu ya)
untuk menahan segala libas libas ragam setiap wajah wajah manusia.
hipokrit, hasad dengki dan penipuan berlaku di mana-mana
begitu juga dengan caci maki dan fitnah
semua itu membuatkan saya lebih mendekati-Nya, dan Ya Tuhan
saya memang benar-benar ingin dipimpin oleh sifat-sifat sabar..
ya dalam menjalani kehidupan di kepompong yang hina dan penuh hipokrit ini,
saya memang harus terus menghadapi topeng-topeng larva yang saya sendiri tahu akan mengigit sedikit demi sedikit.
fenomena "depan baik belakang buat taik" sudah semakin akrab dengan pengalaman yang saya timba sehari demi hari.
ya saya seorang pemarah dan marah saya 'heal' untuk masa yang di makan-makan
tetapi tidak pernah niat untuk membalas walau mulut kadang-kadang lepas.
kerana saya tahu, balasan tuhan itu, adalah seadil-adil pembalasan.
dan ya, saya juga pernah mendapat punishment yang sama terhadap kesilapan lalu.
cuma pelik mengapa ada kepala-kepala 'gedebe' yang sering menyakiti
saya bosan dengan panggilan yang indah dan layanan yang manja tetapi sebaliknya
mereka adalah anjing-anjing yang menggunggung-gunggung di pundak.
dan membuatkan saya bangga dengan sifat 'lepas' dan tidak hipokrit saya
"tak suka buat cara tak suka, suka buat cara suka"
dan tidak perlu ya, bila mahu sesuatu cari saya,
bila ada sesuatu pulaukan kan saya kerana niat itu hanya mencipta dosa
jangan risau ya..
tuhan akan balas.
sedetik terkenang, mulut saya kebelakangan ini sering berkata
"tuhan akan balas"..tapi entah bila.
kadang-kadang tersenyum sendiri bila mengenangkan larva-larva yang menggigit ini,
tentang dimana kematangan, kesedaran dan keinginan untuk naik bersama.

beralih pula kepada senario yang kini sedang cuap-cuap mengganggu.
pelik juga jika difikirkan tentang seseorang yang saya miliki yang cukup bagi saya,
tetapi masih ada yang membuat dakwa dakwi bahawa saya ingin merosakkan perhubungannya
adilkah lontaran berpadu dengan maki-maki tanpa tahu usul periksa?
kelakarnya pada sketsa yang kedua ini,
adalah saya berhadapan dengan seorang wanita yang ya lebih tua dari saya
yang sering tertipu dengan mainan emosi sendiri.
begitulah apabila diri ingin menjadi terhebat dan terbaik tetapi hakikatnya barut yang terbuang.
begitulah apabila diri ingin merebut kasih sayang seorang lelaki yang inginkan sesuatu yang tidak ada pada dirinya.
yang tidak adilnya,
saya yang sedang menjalankan kehidupan normal (yang kadang-kadang abnormal apabila larva datang mengigit di kepompong hina ini)
di jadikan mangsa kepada semua cerita keretakkan perhubungan mereka.
dan sampai kini, wanita itu masih cuba memaki hamun
merusakkan persahabatan
perhubungan dan menyentuh hal-hal kekeluargaan yang sememangnya sensetif bagi saya.
dan ya...pun
"tuhan akan balas"

namun saya masih cuba ingin men'statik' kan mind set yang sedia ada

ya ini pasti muslihat tuhan
membuat saya faham masalah dan manusia adalah kembar
kadang-kadang kekusutan adalah hadiah serta bonus
untuk menjalankan latih tubi kesabaran...
mungkin sedetik manusia lupa bahawa hidup ini ada mati (seperti saya dulu juga pernah lupa)
dan mungkin tidak sedar hidup ini seperti roda (yang saya pernah berguling-guling di rel nya)
atau mungkin tidak teringat bahawa karma itu pasti akan terjelepuk, dan berhadaplah.

saya tidak cuba untuk menjadi Ustazah Faridah Noor di sini,
tetapi saya adalah seorang hamba tuhan yang sedikit amalannya
tetapi banyak kepercayaan tentang adanya pembalasan.
apa ya?
Perasaannya bila dikejutkan dengan kehadiran sesorang kawan yang baru sahaja dikenali,
Tetapi mengetahui hal pra-semua tentang saya
Siapa ya yang selalu enak memperkatakan tentang saya?
Mungkin kini sudah dapat meneka
TERIMA KASIH ASS HOLE!

Jikalau satu hari nanti saya di takdirkan menjadi pengarah filem atau drama,
Saya pasti akan memetik kisah-kisah ini
Saya pasti akan mengambil anda (sang larva-larva) untuk di auditasi,
Moga-moga anda memang benar-benar handal berlakon!


3 comments :

Fariz Bakar said...

"tuhan akan balas"

Izyan Nadirah said...

hi. i'm new here. love ur blog. aku pun moody cam kau. tapi aku wonder lah, nnt ko dah nak kawen ko takde plan nak tuka nama belog ko ke?=P

.....saudagar said...

nanti baca lagi.... hihihi