15.6.06

Life Is Simple

Baru semalam , sekali lagi saya ke Fraser Hills. Hari rabu setelah rancangan kami untuk ke "pulau-pulau" gagal, maka percutian diteruskan di "bukit-bukit" pula.

So there, saya seperti biasa dengan hobi saya, memetik punat kamera merakam apa sahaja yang dirasakan indah untuk di capture. Sehinggalah saya singgah di Banglo Glen di mana terdapat tumbuhan menghijau tumbuh di perkarangannya. Jadi, bila di belek, di celah-celah tumbuhan hijau itu, saya terlihat seekor, ya , seekor mahluk kecil (bukan mahluk halus ya! hahah) yang merayap-rayap, dari satu helaian daun ke helaian daun - dengan susah payah.

Mahluk itu comel sekali. Terfikir, mengapa tidak sahaja dia pegi ke jalan yang lebih mudah? Merayap di tempat yang lebih mendatar? Atau terbang mencari persinggahan yang lain? Atau mengalah? Atau berpatah arah?




1 comment :

Syazwan Che Deraman said...

nak try komen first entry ;)