13.6.06

REBEN REBEN HUJAN

REBEN-REBEN HUJAN
(About being someone without hurt anyone, about being someone after been hurt by)

hari ini saya mencuri hampir separuh masa dari 24 jam termenung dan berfikir
tentang kepayahan untuk menjadi seseorang yang ya, mungkin seseorang
saya tidak cuba untuk memperkatakan untuk menjadi yang terbaik
mahupun the greatest dalam sesebuah kelompok manusia,
dan sehingga kini, quote "be the best among the rest" tidak sedikit pun penah menjadi pegangan dalam setiap nafas yang saya tarik dan hembus sehari-hari.
kerana saya tahu, untuk menjadi yang terbaik dengan niat dan harapan,
akan menyebabkan hati-hati lain akan mungkin bisa terluka
dan ya, 'harapan untuk menjadi yang terbaik' sebenarnya adalah satu harapan yang keji dan menganiaya secara lansung dan tidak lansung.

nasihat saya di sini kepada semua pembaca,
menjadi yang terbaik adalah murni jika tidak di selitkan dengan perasaan busuk hati dan dengki.

berhenti daripada terus mencanangkan tentang perihal menjadi 'yang terbaik',
saya ingin memperkatakan tentang 'menjadi seseorang'.
yang kadang-kadang memerlukan kita mengorbankan setiap darah dan tulang temulang.
perit dan sakit dan barangkali lapar juga mungkin di sini,
namun kadang-kadang tuhan sengaja melambat-lambatkan apa yang saya pernah idamkan
mungkin setahun dari sekarang, mungkin 2 atau 4 tahun barangkali.

dahulu saya pernah mencuba untuk menjadi seseorang yang mungkin pada zaman keinginan itu,
bisa menaikkan taraf hidup dan populariti saya yang sudah sedia ada kini,
namun, mungkin ya, ada muslihat tuhan di sebalik tidak tercapainya hasrat dan mimpi saya ini.

fenomena kegagalan lalu membuatkan saya arif tentang asam garam dalam menjadi seseorang,
walau pedih dan letih, namun saya terpakasa memadamnya dengan begitu sahaja,
dan ya, kini sudah tiba masanya untuk saya memasang 'plan B' dalam mencapai hasrat saya untuk menjadi seseorang.

tapi seperti biasa,
untuk menghasilkan yang cantik di pandang,
sedap di makan
merdu di dengar,
bukan lah sesuatu yang mudah.

Seperti pelangi
yang terpaksa meredah mendung alam, hujan dan guruh (dan mungkin juga ribut)
sebelum dia lepas mewarnai alam.
siapa ya tidak kenal sang 'pelangi?'
reben-reben hujan yang gah namanya
yang sering di pinjam khalisnya untuk di madahkan di dalam puisi
mahupun di indahkan di dalam lukisan.
sehingga kini, dia berjaya menjadi 'seseorang'
yang menyaingi buruknya guruh,banjir,pencemaran alam mahupun pencemaran jiwa.
dan dia mampu setanding dengan indahnya panorama-panorama alam yang lain.

saya tidak cuba untuk menjadi langit yang menongkat seluruh isi alam,
mahupun matahari yang membakar diri untuk menjadi lampu seluruh semesta
mahupun bulan yang di pagari bintang (atau bintang sendiri)
saya juga tidak cuba untuk menjadi keindahan yang berdiri dengan termaktubnya tanpa meredah kepayahan
tetapi
bisakah saya
menjadi reben-reben hujan?
yang menjadi indah tanpa menyakiti dan hasad dengki
yang menjadi indah selepas di sakiti?




No comments :