1.2.07

Puisi Pendek Buat Abah


Khamis , 14 Februari 1985..
kita berkenalan buat kali pertama, di situ.
betul betul di celah dua tangan mu.
kecil dan tak bersuara.
aku memandang tanpa bicara.
dan saat itu,
kita berjalan dan menari bersama
di setiap jalan dan pentas yang bernama Dunia.
kita tempuh tangis dan susah bersama
aku tempuh amarah dan cinta mu bersama
hingga saat aku di sini
yang baru bangkit dan sedar sedar
suara mu sudah tidak kedengaran lagi.
Ahad 28Januari 2007..
dan mereka khabarkan bahawa hari itu kamu meninggalkan aku
Isnin 29 Januari 2007..
dan tuhan itu takdirkan hari terakhir ku peluk tubuh dan kucup wajah mu
dan tuhan itu takdirkan semuanya akhil bagi ku
dan tuhan tentukan sedih itu adalah milik aku..
dan tuhan tentukan kamu itu adalah milik-Nya
dan tuhan itu mengajar aku merasa hilang - sehilang hilangnya..
Abah,
salam perkenalan; yang tak pernah aku bisa dengarkan kepadamu
salam perpisahan; kita akan bertemu kembali..

Al- Fatihah buat Abah (Mohamed Bin Hussain)
25 Dzulhijjah 1363 - 10 Muharram 1428
Bah..deknoe rindu sangat sangat sangat kat abah...sangat sangat..
mak..please dont leave me like abah did...."


1 comment :

Anonymous said...

saya rindu dia juga.


fandi.