24.2.07

Terbang Sekepak

Semalam saya lihat emak menangis lagi. senyap dan sepi di balik almari. sambil yasin di tangan dan telekung yang masih lengkap terpakai. Kejam kah tuhan itu yang merampas lelaki yang di cintai mak setelah hampir 42 tahun bersama? Atau kejam kah abah kerana tidak mampu lagi kuat dan gah seperti yang saya kenal dahulu. untuk melawan sakit dan ajal yang direngut?

Takdir? juga sebuah nama yang sangat besar ketetapan nya. dicipta Tuhan itu hadir dalam setiap kehidupan dan hari hari hambanya. Dan dalam ketetapan itu lah, kita, manusia tidak pernah menang untuk belajar menelan mahupun menerima nya.

Selama ini saya mungkin lupa sekejap tentang kekuasaannya Dia yang bernama Allah itu. Dia memberi kan saya sebuah kelauraga, ibu bapa yang umpama kepak untuk saya terbang setinggi kini.
Dia yang memberi saya anugerah keputusan yang baik dalam pelajaran, dipermudahkan dia untuk saya mencari pekerjaan, di beri pula Dia saya apa yang saya mahu selama ini. Kemudahan untuk saya bergerak ke mana-mana.

Pun masih saya lupa akan besarnya kuasa-Nya.

Sehinggalah dia beri segala2nya dari saya, dan MERENTAP kepak yang ada di bahu saya ketika sedang saya terbang di sini.

.........................(senyap dan sepi)

di daerah hati saya kini hujan turun tak henti-henti..sesekali berhenti, mendung pula menghantui.
Si Reben-Reben Hujan ini tidak bangkit lagi. warna-warna nya hambar dan tidak berseri.
saya kini adalah si gemintang malap yang pudar sinarnya.
saya kini burung yang terbang sekepak di awan yang luas terbentang.

payah..
sangat payah..






No comments :