27.3.07

Sakit

Aku sakit kerana mencintai kau dan kau
Bagaikan jarum yang menghujah di setiap pembuluh darah
Yang mengalir menjadi beku di celah-celah saraf.

Duri yang mencucuk di setiap liang roma
Berdarah dan membusuk menjadi nanah
Aku masih sakit kerana menyayangi kau dan kau.
Membisa dan berdenyut denyut laju melawan degup nadi.
Menular ke seluruh serat daging dan mencarik-carik setiap lapis kulit ku

Aku masih sakit kerana mengasihi kau dan kau.
Tersilap dan terjatuh yang tidak mampu untuk aku bangun dan bagkit berdiri
Tergadah dan terlajak yang tidak mampu untuk aku berundur
Di saat pokok yang tumbuh itu berbuah
Benih yang tidak di tanam itu sendirinya bercambah
Berputik, berbunga, mekar dan mekar lagi!

Namun aku terus sakit kerana mencintai kau dan kau
Jalan yang picik bertambah sempit dan sempit
Daerah yang bersemak itu lansung tumbuhnya hutan dan gelap
Sungai yang dalam itu kini mengalir lebih deras dan deras lagi
Aku mahu berhenti meredah dan berhenti di sini
Aku mahu berhenti mendayung dan terdampar di sini
Aku mahu kalah dan kalah lagi.



No comments :