30.6.07

Bawel Bawel

Salam Mulia dan rahmat.

Hari ini saya merasa sedikit lapang dan pernafasan semakin mudah untuk di tarik dan hela. Bibir saya senantiasa tersenyum walau ada apapun yang tidak enak terjadi.
Pengalaman lalu banyak mengajar saya untuk menjadi lebih matang dan sempurna.
Pengalaman lalu juga banyak menceritakan tentang semua kebodohan yang saya lakukan.

Saya adalah seorang perempuan. Ya, wanita. yang sering tertipu dengan emosi dan perasaan. Saya sering merasa sukar untuk menentukan yang mana baik yang mana tidak untuk saya. Namakan perwatakan itu. Saya tidak kisah sekiranya saya dilabelkan bodoh, tidak matang atau sebagainya.

Manusia dan tekanan bagaikan bayi dan rahim. Menunggu saat kelahiran untuk hidup dan berjalan ke depan. Manusia dan masalah pula umpama kembar. Lahir bersama, dan menjadi peneman senang dan sukar. (yuh! tidak semua masalah itu menyempitkan!)

Mungkin setiap perpisahan tidak memberi sebarang kesan yang baik mahupun buruk. dan perpisahan juga bukan lah satu jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah. Hikmahnya, perpisahan mampu mengajar saya agar tidak mengulangi kebodohan yang pernah saya lakukan. Serius!

Lagipun, hidup sendirian bukanlah teruk sangat. DAN hidup berpasangan pun, bukanlah bahagia sangat. Lelaki bukan segala-galanya. hakikatnya mereka yang memohon kepada tuhan agar dijadikan perempuan untuk mereka. Lelaki tidak dijadikan untuk perempuan. Perempuan yang dijadikan untuk lelaki. Kami peminjam tulang rusuk mereka yang bengkok. dan kami juga terkenal dengan akal yang kecil sehingga sanggup memetik dan memakan khuldi. (betul ke khuldi?hahah)

Saya cuma..melatih diri, untuk berjalan sendiri.
Terima kasih kerana menjadi kupu kupu disetiap kelopak tujuh hari saya selama tiga bulan berturut-turut.
Terima kasih kerana menjadi warna di setiap tujuh pelangi di daerah saya..
Pelangi, tetap pelangi. Datangnya indah sekali.
Sampai masa, dia akan pergi..

Terpaksa lah saya menempuh hujan dan ribut dan badai sekali lagi...
Huuuu..


No comments :