12.8.07

Sibuk Sibuk Sibuk!!!

Ahad, jam 11.02 malam. Teka, di mana saya?

1) Kat rumah baru menonton TV citer drama mlayu
2) Kat umah jugak, ni bibik tgh urut2 badan ni.
3) Kat umah la mana lagik, jap lagik nak maen play station la
4) Kat umah, lepas tulis blog ni saya nak tido awal. rehat secukupnya. esok kan nak keje?

No no...saya di kantor. di pejabat. Edit video! gila la.Kerja bertimpa timpa. hidup semakin sibuk. Kehulu hilir di dalam minda terkandung hanya satu; kerja kuat duit lebat. Tidur, makan, sehat semuanya jatuh ketangga 3 , 4, dan 5. Saya tidak cuba untuk menjadi seorang yang kaya. Cuma sekadar untuk pelepas segala impian yang suatu ketika dulu tidak tercapai kerana ketidakcukupan uwang. Jadi dalam soal ini, membanting tulang 4 kerat, bekerja siang malam pagi petang bukanlah menjadi satu soal yang menjegkelkan.

Keluhan itu harus. ye la, siapa tak mahu tidur dengan lena 8 jam sehari. (atau lebih). Belajar tak tinggi, so inilah akibatnya. Thanx to evryone yang menyokong dan menyapot. Hajat saya, cukup duit, saya nak bantu langsaikan hajat mak nak buat pembedahan di lututnya. Doakan saya berjaya. Aminn.


No comments :