4.9.07

Daerah Hati


Dalam sebuah daerah yang hening dan sunyi, Hati namanya. terduduk saya merenung akan keindahan alam yang terkandung di sebelah kanannya. Awan biru berarak perlahan mengikut arah angin yang bertiup perlahan di langit yang luas terbentang. nun di sana sungai yang mengalir damai, bagaikan membawa perkabaran indah yang tidak pernah diketahui

penuh sunyi , sepi dan misteri sekali. ..


Burung pun gembira berlagu di daerah Hati ini. Sambil menjiwai rasa dan setiap debar yang beralun di sini. Sesekali daerah Hati ini akan kelam sekejap. Namun kerana sang bintang, serinya tidak pernah hilang walau sedikitpun. Bunga dan benih terus tumbuh dan bercambah. Indah. ya, indah sekali.


Saya tidak mahu beranjak dari daerah ini. Sampai bila bila; selagi rakyat Hati masih menerima. Saya ingin terus menghuni di dalamnya. saya ingin terus bermain dengan teka tekinya. menongkah arus yang sesekali datang ketika sedang asyik mengemudi di sini.
Saya ingin terus meredah semak dan ranjau di beberapa bahagian di daerah Hati ini; walau saya tidak tahu kesudahannya, apa?

Dalam sebuah daerah yang hening dan sunyi, Hati namanya. terduduk saya merenung akan pencemaran alam yang terkandung di sebelah kirinya. merenung ia yang perlahan-lahan mereput dan membusuk tanpa dihirau oleh sesiapa. menunggu ianya lebur dan hancur perlahan lahan tanpa di racun oleh sesiapa.

Saya tetap tidak mahu berganjak dari sini. Sampai bila-bila;sampai bila- bila.



1 comment :

sarahlouise said...

xplease cab you recredit
sarah louise johnson
thanks.x