24.9.07

EMOSI

Ada apa pada emosi? gembira, suka, tertawa, marah, rajuk dan sedih. Bagaikan sebuah pepejal yang bergumpal gumpal dan terperuk di dalam tubuh. Mencair dan mengalir ke seluruh urat dan pembuluh darah. Membalut hati dan meracun akal dan fikiran.

Emosi dan wanita juga umpama kembar. Kembar yang merubah seseorang menjadi seorang yang tidak pernah kita kenali. Kadang kadang mungkin, emosi mampu membuat ibu membunuh anak, (http://news.indosiar.com/news_read.htm?id=52479)
bapa merogol anak, anak merogol ibu, buli, pembunuhan adik Nurin, bunuh diri, jatuh sakit, stress, gila , tekanan jiwa dan sebagainya. Emosi juga berkemungkinan besar mendatangkan akibat yang buruk kepada punca darimana ia datang. Kerana emosi kita mungkin bakal kehilangan cinta. Kehilangan harta, dan, kehilangan nyawa.

Saya adalah salah seorang perempuan, ya perempuan, yang selalu kalah melawan emosi. Selalu gagal menyelaraskan kematangan dengan emosi apabila sesekali ianya datang. Persoalannya di sini, berapa ramaikah mahluk yang bernama perempuan ini, menang dalam berlawan dengan emosi. Dan, berapa ramai sangat lah, LELAKI, mampu mengawal emosi?

Kita sering terlupa siapa diri kita, di mana kita berpijak bila mana ketika kita marah. Tambahan lagi kemarahan itu adalah berpunca daripada satu konflik yang melibatkan penipuan. Penipuan mungkin adalah satu kesalahan. Tetapi rentetan daripada itu, penipuan tanpa pengakuan adalah perkara dan kesalahan yang kedua. Diikuti dengan menunding jari menyalahkan orang lain, sudah tersenarai sebagai kesalahan ketiga. Lebih buruk lagi, apabila, mencanang cerita yang jauh berbeza dengan tujuan untuk membela diri, dan menutup cela.

Saya lebih suka menarik nafas dalam dalam. Senyum, dan Merenung kembali kesilapan lama. Mengaku "ya, aku salah".. dan menerima segala yang terjadi sebagai satu proses dalam menjadi manusia yang sempurna mahupun pra-sempurna. Menerima kritikan dan cemuhan bukanlah sesuatu yang sukar bagi saya. Kalau tidak, masakan saya mampu berdiri di sini. Tidak tidak, saya tidak cuba untuk mengatakan bahawa saya ini bagus orang nya, but hey, "kau kritik orang kenapa orang tak boleh kritik kau?"- renungkan..


Namakan saya. Labelkan apa saja. Saya tak pernah kisah. Samada ianya berasas mahupun tidak. tetapi, asasnya di sini, renung renungkan sikap sendiri. sebelum menunding jari.

Sudahkah anda menerima hukum karma? =)

p/s: jgn buat taik.
----------------
Now playing: Naif - Itulah Cinta
via FoxyTunes

No comments :