10.10.07

2 Hari Lagi


Andrew dah berambus. Meninggalkan saya dengan kerja dengan kilang cokelat nya lagi. Mata saya sudah mula berpinar. Kacamata di tanggalkan. Sangat tidak selesa. 2 hari lagi Ramadhan akan berlalu. Terasa seakan akan awal. Saya mula sedar bahawa saya bukan lagi anak kecil yang menghitung hari sejak hari pertama puasa. Menghitung hari, "bila la nak raya".

Masa berlalu dengan lambat ketika itu. Sahur tak pernah miss. Hari hari saya akan bangun sahur, bersama mak, abang abang dan Abah. Sembahyang subuh, dan siap siap ke sekolah.
Kini, semua itu tiada lagi. Saya sahur bersendirian jam 4 pagi saat mak dan Afiqah belum pun terbangkit dar tidurnya. Kemudian tidur dan bangkit jam 9 yang kadang kadang cacat Subuh saya.

Saya tidak lagi menghitung hari sejak hari pertama puasa tempoh hari. Tahu tahu sahaja, hari ini, lagi 2 hari sahaja kita, semua, akan menyambut kedatangan Aidilfitri.

Ada apa dengan Ramadhan saya kali ini? Baru sekali saya bertelingkuh membaca yassin buat Abah bulan ini.
Berbuka pun tidak selalu dengan famili. Apakah sebabnya? Lupakah saya tentang lelaki yang sering membela nasib dan maruah saya sewaktu riwayatnya dulu? tidak..

Tidak lagi terbayang bayang untuk mengira uwang yang bakal diterima di pagi hari raya nanti, SEBALIKNYA, tangan saya yang bakal menghulur nanti.
Semuanya sudah sangat sangat jauh berbeza. Kehilangan Abah akan terasa. Meruntun-runtun seluruh jiwa dan mengusik hati yang rindu. Aidilfitri yang lepas, adalah aidilfitri yang PERTAMA dan TERAKHIR saya bergambar bedua sambil memeluk abah. Aidilfitri yang pertama...aidilfitri yang terakhir...

Saya tidak sanggup melihat air mata Mak berderai lagi 2 hari nanti. tapi bagaimana? 2 hari lagi, saya akan merasa kesunyian yang sangat sangat. Walau sudah berumur 21 tahun, yang lepas. tapi abah masih bagi duit raya.


Sangat tidak percaya..2 hari lagi, saya menyambut Aidilfitri tanpa Abah disisi..tanpa kedengaran suaranya..bertakbir seorang di pagi raya..tanpa bergambar dengannya lagi..tanpa memotong ketupat dan mencedok rendang ke pinggannya lagi..


Deknoe rindu Abah...sangat sangat..

p/s: rinduu..='(


1 comment :

fandi said...

saya rindu dia jugak.

fandi