1.10.07

buat PERASAAN yang tidak BERNAMA

Pelik nya perasaan ini. Seperti angin yang bertiup perlahan. Menerobos liang liang roma dan terus ke hati. Membuang semua rasa manis dan madu yang pernah bersama sama bergodak di sini. Peliknya perasaan ini. Seperti hujan yang merembes di hujung jendela hati yang mengalir dan membawa pergi rasa di daerah ini. Pelik...sangat pelik..

Saya mencari cari kembali rasa yang telah pergi. Mengutip semula memoir yang tercalar. Saya kumpul dan gumpal gumpal ia bersama. Dan letakkan semua di atas meja; di sini saya berhadap dengan berjuta juta persoalan yang apabila disoal, di jawab dengan persoalan. Tak habis habis.


Siapakah saya di mata kaca seorang kekasih? teman? sahabat? Ibu? Anak saudara? Majikan? Siapakah saya? Pelik...sangat pelik...perasaan ini tidak mahu pergi dari terus mengalir di seluruh pembuluh darah yang mengalir di dalam tubuh. Perasaan yang menampakkan maruah dan prinsip kewanitaan saya jatuh ke tanah yang paling bawaaaaaah sekali! (keluhan)


Peliknya perasaan ini. Perasaan semacam di perlekeh dan di hina. bagaikan diludah wajah dan hati. Saya diberitahu cerita dongeng rupa rupanya sebelum ini. Cerita dongeng tentang perasaan dia kepada saya. Cerita dongeng tentang semua yang berputar putar di sekeliling bima sakti. Cerita dongeng tentang kerlipan bintang di langit yang tinggi. Cerita dongeng tentang ketetapan bintang itu untuk terussss teruusssss di sini.. Semuanya dongeng belaka...dongeng belaka..


Peliknya perasaan ini.. sehingga saya tidak tahu apakah namanya. Puas dicari. Dalam kamus, dalam diari, dalam memoir, dalam kaca video yang di rakam, dalam semua foto..apakah perasaan ini? terbuang bagaikan terhukum selepas melacur diri. bersalahkah hati? bersalahkah merasa?
Peliknya perasaan ini.

Pergi, jangan sesekali rindu dan sunyi itu kembali. Pergi!


ps: tuhan, berikan aku kekuatan



1 comment :

Anonymous said...

"Wahai wanita,bikinlah jiwamu laksana batu karang di hujung pulau,jadi hempasan segala gelombang agar segala-galanya dapat kau harung dengan tadah"

^nina_pop^