10.10.07

CultureCite | October | 2007

Pertama sekali saya ingin memohon maaf kepada semua yang menyinggah ke booth bangkit tempoh hari. Saya dan seluruh warga bangkit sedari bahawa baju baju yang cuba di jual hari tu tak best dan kurang memuaskan. Sebenarnya haritu kononnya nk buat stock clearence. Sebab BANGKIT akan keluar dengan design design tshirt (dan insyaAllah item lain) yang fresh dan segar tak lama nanti..(well tunggu, okay?!)

Apa pun saya dan semua Bangkids mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sentiasa setia memberi sokongan samada padu, kurang padu atau pura pura padu.

Berbalik pula kepada cerita asal input blog kali ini, adalah berkenaan dengan even CultureCite yang baru sahaja berlansung di Annexe, Central Market , Sabtu lepas. Penat dan lapar dahaga di bulan puasa sama sekali tidak menghalang anak anak muda melayu Islam kita untuk sama sama memeriahkan event tu. Sayangnya di sini, saya agak malu malu untuk merayau dengan lebih liar untuk mengambil gambar di sekitar acara CulturCite tu. Almaklum la, aku pakai kamera henpon je. Kang orang cakap aku nk belagak ngan henpon lak kan. hhehehehe..

Maka saya hanya berkeliaran dalam lingkungan darjah yang tidak melebihi 180. Balik balik tinjau tinjau barang. Beli baju. Nonton muvi Kami (walau tak faham lansung. tapi layankan aja). Stupid snap shot.
Penunggu booth kami pada hari tersebut. Mereka adalah sosok halus. Lihat aksi mengerikan mereka. Terutama yang kiri sekali.

Happy Faces

Gembira? Ya sangat gembira. Di sini saya bertemu dengan rakan rakan yang jarang ketemu. Wajah wajah dengan senyuman yang tidak selalu saya lihat. Wang saya juga banyak menyusut ketika ini apabila tertarik dengan..(o ma god, i forgot their label name, please somebody tell me)...satu clothing label di mana mereka menyediakan satu kotak packaging yang menarik yang boleh dicebet. Siyes creative. (tersenyum)

Congratulation Malaysian People, best rupanya Industri Indipendant Clothing Label ni. Bila masing masing turun padang, di sini, saya dapat lihat senario sebenar fesyen anak anak muda zaman kini yang lebih memilih cara yang radikal dan berbeza. Sewaktu kecil-kecil dulu, bila saya melihat kakak kakak senior, dan abang abang mahupun rakan rakan selepak memakai tshirt yang saya tidak tahu di mana mereka perolehinya. Unik, cantik, radikal , tidak seperti yang biasa saya beli di butik-butik. Tapi kini, saya sudah tahu, ok.

Di CultureCite juga saya dan rakan rakan lain sempat berjimba ria macam tak pernah bergambar bersama pelakon Kami. Mereka ni tidak lah terlalu glamour mahupun tersenarai di barisan yang sama di mana saya letakkan Hans Isaac dan Sarimah Ibrahim di list Malaysian Celebrity saya, tapi ye la..begambar ngan someone, kira cam something jugak la untuk dilalui time tu. huhuhu..

syuk cakap, "Ko mesti nak letak gamba ni kat myspace kan? tak pun Blog.." hahahaahha.

Bila Maghrib menjelang, kami berhenti sebentar. Masing masing beredar dan bertempiar mencari sumber makanan dan minuman untuk berbuka puasa. Mula mula kami ke Food Court Central Market. Tidak lama apabila saya mohon ke tandas sekejap, bangkids dn yang lain lain lesap. Huhuhu..Tercangak cangak jugak la sekejap.

Tapi akhirnya kami terpaksa menyamar (atau bergaya ala ala) pendatang haram yang duduk di tebing Central Market yang kat depan McDonalds tu. Huhuhuhu..Hanya dengan plainwater dan hotdog secucuk dua, cukup buat perut saya yang elastik ni mengembang hingga terkeluar dari pinggang seluar. ahahahhahah..

Makan beramai ramai memang tidak dinafikan kemeriahannya. Walaupun just makan cucuk cucuk hotdog ngan bebola ayam je, tapi we all still seronok. ..tah bila la boleh makan ramai ramai lagi camni..=)

CultureCite berakhir dengan selamat. Booth Bangkid di tutup tepat jam 9 Malam. Saya pulang keletihan bersama rakan-rakan. Selepas lepak di NZ bersama segelintir teman dan menghantar mereka pulang ke Shah Alam, saya pun pulang ke sarang seperti biasa.

Tidur, keletihan..

p/s: honestly, saya lebih cenderung membeli dan gemar akan pakaian berjenama. =)

----------------
Now playing: Damien Rice - 01 - Delicate
via FoxyTunes






1 comment :

shook said...

perhati kan gamba yg mengandungi aku didalamnya. pasti ada selitan beg aku yg baru, cantik dan menawan kan? wakakkakaka. beg tu skarang dah jadi teman wajib aku kemana mana. wuhuuu