31.10.07

Fenomena menakutkan kini tiba lagi

Dalam kepelbagain jenis fenomena yang menyebabkan aku gusar dan ketakutan, aku paling gerun akan fenomena selepas raya. Ketika ini, perut akan mula terkeluar dari landasan pinggang seluar.

Sangat sangat menggusarkan. Selera makan naik menjulang julang. Perut asik asik lapar dan aktiviti makan akan dijalankan secara berulang kali dalam masa satu hari tanpa mengira waktu.

Akibat dari fenomena ini, keyakinan diri akan tumpul sedikit demi sedikit. baju baju yang bersaiz M disimpan buat sementara waktu. Oh dem...fenomena bertambah parah apabila ketumbuhan abdomen menyamai kelebaran payu dara. ketika ini, apabila memakai baju saiz M, tubuh akan kelihatan "flat" sperti tidak berbuah dada.

ok. pull stop. aku kena diet.




----------------
Now playing: Shivaree - Goodnight Moon
via FoxyTunes


3 comments :

Enchaoz said...

hahahahhahahahha cute gile!!

Aiza Iza said...

bole pakai spanx utk sorok lemak kat perut...

Media Vogue said...

nie virus nie