17.10.07

Hargailah Cuti Anda

Bestnya tak kerja. Duduk rumah bangun sampai pukul satu petang. Terus makan tanpa gosok gigi dahulu. lepak lepak sambung baca buku..melayan keletah anak buah yang comel dan nakal nakal semuanya. Baring atas riba mak. sambil memekakkan telinga apabila sesekali mak berceloteh atau berleter. Bila lapar, ke dapur lagi. Tak maen la kuih raya. Masak meggi la pulak. Tadi dah makan nasik.

Santap sambil mengadap televisi. Kemudia bila badan sudah mula hangat dan rasa berbahang, baru la bergerakk (kadang kadang merangkak) capai towel, dan mandi.

Bestnya mandi time cuti. Boleh lulur lama-lama. Boleh bershampu cam kat saloon. Cukur sana sini,. belek sana, picit sini. macam-macam. boleh sabun banyak banyak, main buih, syok sendiri, bajet seksi bila melihat imej sendiri bertelanjang di dalam kaca cermin.

Lepas mandi , terus mengadap komputer kembali. Mengadap kaca monitor yang kecil saiznya jika hendak di bandingkan dengan keluasan idea yang boleh saya perkembangkan melalui apa yang saya lihat melaluinya. Sambil mendengar lagu pilihan saya sendiri. Bukan lagi lagu cina yang tidak pernah saya faham ertinya.

Saya menikmati cuti ini kerana saya ingin bercuti dan istirehat. Tidak lansung ada gaya cuti untuk berhari raya. Semenjak pulang dari kampung atok, saya hanya terperuk di rumah, ya kekal seperti begini. Menikmati 3 hari keemasan yang susah untuk saya kecapi pada umur saya kini, kecuali; jika saya berhenti kerja.

Hari ini hari terakhir saya begini. Esok saya akan memulakan rutin sebagai kuli dan hamba seperti biasa. Memandu dari kejauhan satu jam dari rumah ke pejabat , dari pejabat kerumah. mengadap dering telefon. menjawab pertanyaan itu ini begitu begini sang client yang tidak pernah setuju dengan idea dan design saya sejak kebelakangan ini. Mengadap skrin monitor yang besarnya 2 kali ganda daripada skrin monitor yang saya hadap kini. Kembali mendengar lagu dalam bahasa yang tidak pernah saya fahami..

Aghhh!!!!

----------------
Now playing: Float - Pulang
via FoxyTunes


No comments :