12.10.07

Mengapa Manusia Ada Blog?

Blog adalah tempat kita meluahkan dan memuntahkan pendapat yang sering bermain main dalam kepala kita. Lebih kurang diary, bezanya, diary tidak boleh di kongsi, tapi blog, kalau kita mahu, atau sengaja mahu, di baca beramai-ramai. Saya sukakan blog yang ditulis oleh Afdlin Shauki, dan Yasmin ahmad. Blog mereka lebih cenderung ke arah menceritakan tentang pemikiran dan pengalaman sendiri tanpa menyentuh (dengan cara keterlaluan) mana-mana pihak.

Blog yang menceritakan tentang makan makan dan membuat review serta perbandingan makanan juga satu bentuk ilmiah yang positif yang boleh di baca. Blog tentang artis artis dan mana mana blog yang mempunyai tujuan yang khusus.

Blog saya tidak mempunyai topik yang khusus. Hanya menceritakan apa yang saya fikir, apa yang saya bikin, pengalaman, design, perasaan, promosi, tolong kawan. Kadang kadang saya bersikap rebel dengan apa yang berlaku di rutin saya. di ulangi, di rutin SAYA. bukan rutin orang lain. Kalau adapun ya, mesti saya ada terkena tempiasnya.

Mengenai blogger blogger yang kebanyakan saya ketemui rebel penulisannya. mencemuh pihak lain tanpa keseimbangan. dan menganggap diri mereka sendiri ni 'best' adalah perkara yang sangat amat menjelikkan. Pada mulanya saya rasa mereka ini sangat cool. tapi lama lama, saya rasakan yang mereka merasakan diri mereka ini the coolest. membuatkan perasaan cool saya terhadap mereka tidak lagi cool.
Seolah olah terkeluar dari senario yang berlaku di era kini. mereka ini saya anggapkan, menganggap diri mereka high class dan cool abes, yang melepak di chinoiz, hard rock atau mana tempat mereka minum arak dan menganggap mereka cool dan waras walau berjug-jug habis di togak. cool bukan? =)

Saya ingin bergaul dan bersemuka dengan blogger blogger haluan kiri ini. bagaimana ya? Rebel sangat kah, atau masih typical melayu yang tidak mampu hidup tanpa nasi? mencanangkan diri yang tidak sembahyang sebagai oh, coolnya aku. (sebab merendahkan diri dengan tujuan nak suruh org cakap "wah....coolnya, dia ni low profile.")

bagi saya, pegi mati.

p/s: aku benci orang yang berbangga berbuat dosa. kamu pedulik kah tentang kebencian ini?
kalau tidak, DIAM, pergi mandi. sabun banyak-banyak kasi wangi.



----------------
Now playing: New Radicals - You Get What You Give
via FoxyTunes



1 comment :

shook said...

wakakakak. mcm kenal je blog sape yg ko maksud kan ni.wakakakak.