2.10.07

Weh! Sakit tau tak!

Weh saket tau tak! Saat kau berbolak balik kan hati aku ni. Macam roti canai kau tebar tebar tinggi. Kau bancuh baik tepung dengan minyak sapi. Kau campur susu, kau kata kalau ada susu sedap sket. Lemak lemak manes. Iya, aku ikutkan. Alih alih lepas puas kau uli uli, kau goreng aku, jadi capati. Bukan roti canai!

Weh, Saket tau tak! bila kau buang dan campak aku jaoh jaoh, dan bila kau datang balek. Kau anggap tempoh hibernasi aku untuk bergembira adalah satu dosa. Kalau aku pilih untuk ke neraka baru kau suka agaknya. Bila hati dah berbunga, kau racon balik semuanya.

Weh sakit tau tak! Hati aku saket tau tak! Sakettt!!!!!!!!!!


No comments :