15.11.07

REVOLUSI II

Assalamualaikum. Hai, saya Ladynoe the Wanita Perkasa. Tapi tidak lagi perkasa. Hari ini saya merasakan perubahan kecil telah mula menular di dalam rutin saya.Ini adalah satu revolusi baru. Oh ya, sebelum itu, suka untuk saya katakan bahawa di bawah tajuk revolusi kali ini, saya tidak akan lagi memperkatakan tentang mentaliti lelaki JB seperti posting yang sebelum ini. kelakar. terima kasih atas tindak balas yang tersurat dan tersirat. Tidak kurang juga kepada pembidas yang hebat. Maaf. Posting itu tidak berasaskan kritikan semata-mata. cuma komen komen yang dihantar, menghangatkan suasana.

Sejak dua tiga hari ini, saya sering tidur awal dari biasa. Badan saya tidak mampu bertahan untuk berjaga selewat 4 pagi dan bangkit 3 jam selepas itu untuk ke pejabat. Apatah lagi untuk melayan movie marathon dari malam jumaat hingga ke malam ahad. Tulang belakang saya sering sakit sakit sejak kebelakangan ini. Mungkin tulang belakang saya yang bongkok ini tidak mampu menampung struktur badan saya yang besar dan semakin memberat ini. Kesakitannya seperti ada garpu yang melintang, dan menyucuk-nyucuk. Sungguh tidak menyenangkan ketika bediri, mahupun sedang duduk. Ini adalah petanda yang tidak baik buat saya. Adakah ini satu revolusi yang menjelaskan bahawa saya semakin tua sebelum usia?

Saya tidak takut tua. Terus terang, saya tidak sabar untuk berjumpa dengan saya yang sudah berusia 25 tahun ke atas. Saya berharap, saya sudah akrab dengan diri saya ketika itu. Sudah terlalu faham dengan emosinya dan semakin pandai mengawalnya secara rasional. Kadang kadang terfikir, siapakah saya ketika itu nanti. Seorang Isteri? seorang ibu? seorang ketua? seorang majikan? seorang pelajar? atau masih di takuk lama. Apa pun saya ketika itu, saya tidak peduli. Semua orang berhak untuk berangan-angan. Tapi saya tidak mahu menjadi seorang yang obesiti ketika itu. Sumpah, tak nak.

Perubahan seterusnya adalah ketagihan saya kepada gula gula hudson. Sebagai pemangkin untuk saya tidak lagi merokok. bezanya gula gula hudson tidak boleh di sedut, tapi harus di hisap. Ianya tidak mengeluarkan asap, tapi manisan yang ya saya tahu mampu membesarkan lagi diameter badan saya. Revolusi ini mungkin ada baik, ada tidak buat diri saya. Persetankan.

Kelmarin setelah hampir sebulan tidak bertemu dengan teman teman yang membahagiakan, mereka akhirnya datang dengan sebiji kek comel bagi meraikan musim bunga yang datang selepas tengkujuh hebat di daerah hati saya. Sangat terharu sebenarnya eka, mas. Tapi aku tak mampu nak tunjuk ke HARU an aku di depan kalian bedua. Tak jelita la camtu. haha. Patut rasanya jika saya kategorikan mereka ini sebagai sebahagian daripada subjek utama yang mendorong revolusi hidup saya yang seterusnya. Budak UITM dah start cuti, so chill out babe, chill out!

Cukup rasanya menceritakan tentang revolusi di dalam diri saya buat 3 hari dalam minggu ini. Hari ini saya memulakan rutin seperti biasa di pejabat. Oh ya, di pintu utama pejabat saya terdapat satu perisai halimunan di mana revolusi-revolusi yang baik buat saya tidak mampu menembusinya. Di pejabat saya hanya lah seorang kuli yang bertungkus lumus mengKAYA kan tuan saya. Di pejabat saya, otak secara drastik menjadi beku dan tepu. Tidak ada apa yang mampu diperkatakan di sini. Cuma malam tadi, rasa sangat gembira menonton cerita bintang bersama bintang saya.. =)..terima kasih bintang.

p/s : dah tengok filem stardust? best tau..
2) erm, modem rosak kena samba petir. Dem




2 comments :

Momo said...

Tak tengok lagi.Serius best?erm...

Anonymous said...

best gile stardust. modem aku try usahakan klu modem menjadi punca. samada modem atau kad rangkaian kau yg rusak. sila pastikan sebelum membeli sebarang perkakasan. =))