10.11.07

Revolusi

Diri saya sedang perlahan lahan berganjak ke satu revolusi anih yang aku tidak tahu namanya. Kehidupan saya semakin menghala tuju ke arah yang tidak memuaskan hati. Saya tidak bangga begini. Dari semalam saya memuat turun lagu lagu Siam , Cina dan Filipina. Tadi pagi saya muat turun lagu lagu orang tua. Revolusi apakah ini? Tidak, saya tidak bangga jadi begini.

Oh ya, cd yang membolehkan saya mengupdate Online Portfolio saya, hilang. Ini adalah petanda tidak baik.mungkin. Hardisk sudah semakin sarat. Memandangkan flash, dreamweaver dan Cuteftp yang bakal di-Install di pc saya, maka Rice of Nation dan Stronghold Crusader terpaksa di-un-install. Ini juga petanda tidak baik. Saya bakal mengalami kehidupan dihadapan komputer hanya untuk K E R J A dan B L O G sahaja. mungkin.

Betul tu yuzi, Myspace dan Friendster untuk zaman zaman childhood. Sebab itu lah; Saya tak approve org yang tak dikenali untuk berkenalan di Myspace. dan asalnya, Friendster saya pun saya buat untuk menghimpunkan rakan-rakan sekolah di teknik tuttt dulu kerana saya adalah salah seorang organizer yang berharap mampu organize prompt night atau majlis alumni 1st batch bagi sekolah itu. Entah bila; tapi, memandangkan kita hidup bermasyrakat dan kepentingan menjaga hati itu terletak di top list, maka, saya melonggarkan juga friendster buat orang yang dikenali juga. Stranger, no way.

Soalnya, frindster dan myspace tidak mampu menghiburkan. Terlalu banyak persona-non-grata. di sana. Terlalu ramai prostitute prostitute seni yang membuat perniagaan butik secara murahan. banyak sangat. Hey!~ awkward lah! Dah macam wabak. design tshirt dan jual di art-art event dah jadi senang macam makan nasik dengan kicap. Ada pulak tu orang nak beli. Molek design lah, polkadot design lah, itu lah ini lah. dah la buruk. maaf cakap. tak puas hati? Tu kat Myspace ada gambar aku.

Dulu, saya suka. Tapi bila lihat ianya menumbuh seperti cendawan selepas hujan. ianya terus jadi; Hey, Awkward lah! seperti trend yang di alu alukan pula. Trend menggantung kamera di leher. Sekarang photographer jangan main main. Budak form 4 pun dah pegang d200. Arus photography kini tidak macam mula mula dulu. Terlalu Streotype. Membuatkan oldtime oldtimer tenggelam dan putus semangat. mungkin. Revolusi apa kah ini? Ini juga petanda tidak baik.

Saya semakin malas keluar di malam minggu. Rumah dan bilik saya lebih hebat dari di luar sana. Saya tidak perlukan dunia sosial untuk membuatkan diri saya kelihatan kool. Astro ada, Streamyx yang sangat laju (ooh!), ps(walau)1. Anak anak yang lebih menghiburkan dari wanita cantik dan lelaki handsome & Ibu yang menengankan; yg lebih dipercayai untuk berkongsi cerita. Saya semakin membenci sesetengah orang yang saya pernah kenal. Revolusi apakah ini? Saya harap ini bukan satu peredaran yang statik. Saya mahu kemajuan di dalam diri.

Oleh itu saya harus menjauhi golongan-golongan yang tidak selesa apabila orang berbahasa inggeris dengannya kerana; bahasa inggeris saya tidak akan maju bila berkawan dengannya.
Oleh itu saya harus menjauhi golongan golongan yang tidak membawa toilet paper apabila ke tandas kerana; dia akan mengganggu sistem selera makan saya. (buat PEREMPUAN sahaja)
Oleh itu saya harus menjauhi golongan golongan yang banyak mengutuk orang tapi tidak mahu dikutuk kerana; pertumbuhan otak saya akan terencat apabila berkawan dengan orang ini.
Oleh itu, saya harus menjauhi lelaki lelaki JB yang duduk di JB kerana; atas sebab peribadi. harap maklum. berkawan boleh. rapat no way. (buat LELAKI sahaja) Seruan saya; "lepaskan apa yang kalian gonggong itu, ianya sudah lapuk dan membusuk, OK"

Kadang kadang aku terpengaruh dengan peribahasa, "Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga." oh bukan, sebenarnya, Nila yang jatuh adalah lebih dari 10 titik. jgn kan susu sebelanga, susu selori pun rosak. Dulu aku pernah anti dengan mereka. Kenal sorang, igt ok, sekali, KO. perjuangan untuk terus mengANTI diteruskan kembali. Maaf.

Demi, sebuah revolusi diri yang dinamik,
nampaknya mulai saat ini, saya tidak akan ada rasa hormat pada sifat sifat ketuanan dan leadership yang membabi buta. Amalkan hidup yang equal secara menyeluruh. Kadang kadang komunisme baik untuk keamanan sejagat. Melatih kita merendah diri.

saya/ladynoe: nak kutuk, kutuk depan. Lepas ni mesti ramai lelaki JB anti aku plak. Aahahaha.. sori pendipentol. nasib baik aku da kawan nko lama.

2) Aku cakap JOHOR BAHRU. Bukan batu pahat, muar, segamat atau Labis.

----------------
Now playing: Slur - âä¨Ôµ (Rock Shit)
via FoxyTunes




22 comments :

Anonymous said...

aku satuju ngan segala yg telah kau coretkan di atas ni.

and myspace & friendster mmg perlu terhad pd org yg kita kenal ja. yg len2 tu mcm bubut glamour. cuma www.facebook.com ada kelainannya. tapi tidak tahula sok lusa.

Anonymous said...

curse? taknak. terjumpa blog ko ni. bagus untuk bacaan ringan. Aku pun setuju myspace dan friendster skrang ni dah super-duper-tahaper2.

Kalau dulu boleh nak di buat tempat alternatif malam minggu aku. Tapi skarang tidak lagi. Aku pelik tengok masih ada orang taksub dengan myspace dan friendster. Friendlist lebih 100 orang. Kalau perempuan, mesti menggedik ramai lelaki. Aku harap kau bukan spesis tu.

Lagi satu tentang mat JB. tak boleh dinafikan. semenjak aku belajar dulu, mat paling poyo kat kolej takde lain, mesti budak JB. perempuan pun lebih kurang jugak sebenarnya.

p/s:blog kau ni takde pembaca dari JB ke? berani kau ni.

Anonymous said...

limit myspace list aku 50. max 58.

pss/ budak2 skolah skarang anak org kaya. mampu beli dslr.

safura said...

JB rawk!!!
(taik kucing)
I baru balik dari JB ni. dah la ada Danga Bay je.
Guys pun tak handsome. Perempuan menjelikkan. Takde class lansung.

deafsinger said...

blog kau menghiburkan.
serius.
mungkin pemikiran kita sama.

Ladynoe said...

Anonymous 2 = menjawab kepada persoalan anda,


p/s:blog kau ni takde pembaca dari JB ke? berani kau ni.


mungkin ada pembaca JB. Nina kawan saya from JB. Rasanya tak takut. Sebab saya tujukan buat lelaki JB je. lelaki Jb pun tak semua. tapi 90% agaknya. Mungkin.

Ada juga lelaki JB yang baik2. tp saya tak pernah jumpa lagi.maaf.kalau ada perkenalkan pada saya.

Anonymous said...

laku tajuk kali ini

Momo said...

Haha.Betul la tue.Sebab mula2 aku ada blog jenguk jugak.Lepas 2 bulan.2 minggu sekali aku jenguk.Tapi bagus kalau nak promote blog ko.Kalau nak la.

Member aku budak JB pun poyo jugek.Gerek tak gerek la.Tukar2 prmpn mcm tukar2 kete.Hensem?OMG!Tapi budak jn terer ayat,serius...

apa2 pun langkah ko bijak sebab tak caye laki JB.Minta MM komen pasal budak JB.Haha.Aku bukan dak JB.Leh caye aku :)

Anonymous said...

*tade kawan budak JB slen Akim :)

afen said...

cukup kan ahli lagi. nanti boleh buat group I HATE JB. nanti boleh print tshirt. nanti boleh dapat duit.

Momo said...

Kalau muka monyet?Mawi?Hahaha.

fandi said...

planet of the ape..

nurulazreenazlan said...

Setelah 6 tahun mengaji di berhampiran dengan JB, saya paham kot sentimen saudari terhadap jantan-jantan JB.

Satu trait budak Johor/JB yang paling ketara adalah mereka ini jarang sekali mahu keluar dari sempadan Johor/JB (terutamanya budak lelaki, budak perempuan OK sikit, lebih mobile). Entah apa yang mereka takutkan pun saya tidak tahu.

Dasar katak. Tapi mereka ini kalau dicium pun belum tentu berevolusi menjadi putera raja.

;)

afen said...

mungkin taknak kluar Johor/JB sebab boleh banggakan negeri diorang yg dekat dengan singapura. konon-kononnya lebih up-to-date dari orang-orang KL. boleh pegi baybeat dan bergambar di sana supaya boleh berlagak di dalam myspace. bosan.

tapi tak kurang juga yg keluar dari Johor/JB berhijrah ke KL, terus culture shock. semua nak try, dari rumah merah terus ke disko lantas mabok macam sakai dan yang lagi best, pantang kalau ada perempuan KL, tak kisah la dari mana asalnya, asalkan KL, tegur mereka ni, cuma tegur atau senyum sahaja. memang akan keluar ayat seakan-akan macam ni,

"gua slamber slamber je tackle awek KL beb."

heboh satu kampung.

cit porah. tak sedar diri.

bukanbudakJB said...

hahahahaha...akhirnya jumpa satu tempat di mana aku boleh kutuk budak JB.

Budak jb ni macam tahi.semuanya bertuhankan muzik. beragungkan singapore. Masing masing muka tak ubah macam boyan. entah apa yang di banggakan dengan

"gerek seyyy"
"seyyyyyyyyyyyyyyyy"
gebo
beso
lapo

kepala hotak ko!

aku setuju dengan afen.
kalau dapat awek KL, terus heboh satu kampung. Ape betina JB takde class ke wey! ahahahahaha!

puas ati aku.

Momo said...

Haha JB Riot!

Anonymous said...

afen aku ajar ttg rumah merah.

rara said...

akim org tasaday. dia ngaku kat aku. eh aku dah pandai letak nama! yeah (slama ni tatau)

abdul mutalib jaamat said...

hai...
nama saya talibxjoe...
aku bukan budak jb, or bdk kl or whatsofucking ever...
aku benci claiming diri aku as ape pun...
tp simple je...
people sucks not because of their hometown or dari mana diorg asal or duduk kot...
jgn la terlalu mendiskriminasikan tempat beb...
semangat kenegerian korg ni kuat sgt la beb...
sume tmpt mesti ada benda yg xbest...
umat dia ke...
tmpt mkn or shopping mall dia ker...
tp,does it count if you nak berkawan...
one more is...
ATTITUDE DOES COUNT!
tak kira ko asal mana...
aku dok pasir gudang agak lama...
kategori jb gak kot...
entahlah, mentaliti terletak ditangan masing²...
fukk misjudgement!
ini bukan tempat untuk anda mengutuk or whatsoever...cume satu tempat utk beri pendapat atau komen...
thanxx to ladynoe® for this...
jgn extrim sgt dol...
xbest...

safura said...

bagi lia,persekitaran mempengaruhi.dari segi percakapan.gaya bahasa.kesopanan.and mentaliti. Just like u said Joe.” mentality"

So it’s really impossible for anyone who born and grew up in JOHOR with Kelantaneese dialect, unless, her/his parents is kelantaneese too.
That is one of the examples.

I do understand, that the writer maybe just wants to provoke, the JB guy's mentality. Bukan yang ada dalam blog ni, but RAMAI lagi. Don’t deny it just because you have an experience being in JB.

This is reality, even in America, New York people claim Alabamians as a "something else”; rude and bla bla bla. You cannot just say,"aku benci claiming diri aku as ape pun..." coz sometimes u never realized the badge that stick behind your body.

Remember, everywhere we go, there’s a big portrait of our root will be following behind us. When you murder someone in Britain, people will think that Malaysian guy have a high potential to kill people. Itu lumrah. So if MOST of JB Guys, act like shit, don’t blame when the others declare that, Most of JB guys are blockheaded.

So might be, there’s lot of JB GUYS with annoying behavior. And I, myself, never deny about it. It’s a reality. Maybe they have been stuck in the mass of shit for so long time. Shower with a bunch of soap may help, maybe.

Anonymous said...

Peguamcara dah bersuara. Peguambela pun dah berbicara. Juri juri dah berbunyi. Bila "defendan" nak tampil bela diri ni?

Manusia Ganjil Ikan Yu said...

lihat ke dalam diri sendiri dulu
sempurnakah diri spt rokok sampoerna?
sempurna?
jadi anda layak untuk mengata atau kritik org yg datang dari budaya, negeri atau bangsa yang lain

satu tepukan gemuruh utk anda2 semua dan diri saya


tambahan bagi anda2 semua :-

Melaka - suka ckp lahanat dan curse word

kelantan - drug addict dan mamat2 kaki pow

Negeri Sembilan - suka ckp lepas, mulut xde insuran

KL/Selangor - berlagak @ mat rempit banyak

sabah - kuat gaduh

sarawak - banyak bapuk


the rest anda semua tambah la
sbb anda lebih expert dalam menilai ketidak sempurnaan manusia2

p/s: beginner dan semua penilaian dibuat dari experience sendiri


sekian, terima kasih