26.11.07

Sesuatu yang kita tidak pernah jangka

Saya selalu duduk terfikir. perbezaan di antara saya yang berumur, 9 tahun dan saya setelah menjangkau 19 tahun. 10 tahun yang merakamkan pelbagai peristiwa, dan menyimpan pelbagai sejarah. rahsia, cerita, pekung, hanya tuhan yang tahu.

Kalau sewaktu umur 9 tahun dulu, saya adalah seorang kanak kanak baik, riang dan cemerlang. cita cita tinggi. nak jadi apa? Arkitek. bukan main. Kesana ke mari bawa kamus. Hujung minggu ke khutub khanah. sangat nerd saya. Di sekolah jangan cakap. top student.pengawas. tambahan tak pernah ponteng. kerja sekolah tak pernah tak siap. owh~

Tetapi hakikatnya, kecemerlangan, dan kebaikan bukanlah datang dari genetic. Bukan takdir. pokok pangkalnya, pada diri sendiri. Pilihan masing masing. Saya tidak pernah jangka akan dewasa seperti ini. Terlalu banyak perbezaan. terlalu banyak kesilapan. terlalu banyak kejatuhan.

Tuhan pernah mengahadapkan saya dua jalan. Persoalannya, adakah jalan yang saya pilih, merupakan satu takdir. atau, takdir saya bermula dari jalan yang telah saya pilih?

Saya yang berumur 19 tahun adalah seperti kain putih yang sudah tercompang camping di sesetengah bahagian. Punya kekotoran dan warna warna asing yang tidak pernah di inginkan.bagaikan lampin bayi yang baru di tanggalkan dari buntutnya.Kini saya memerlukan perbelanjaan dan pelaburan yang besar untuk membeli clorox, vanish, dan fab buku yang mampu mencuci semua kekotoran. back to basic.

Kalau lah saya boleh berpatah balik kembali pada umur 18 tahun dan memulakan 19 tahun dengan lebih berhati-hati...

p/s:life is an art without an eraser...



----------------
Now playing: Coldplay - Hardest Part
via FoxyTunes

2 comments :

Anonymous said...

Tuhan pernah mengahadapkan saya dua jalan. Persoalannya, adakah jalan yang saya pilih, merupakan satu takdir. atau, takdir saya bermula dari jalan yang telah saya pilih?

persoalan kau membuatkan aku termenung dan mempersoalkan tentang takdir diri aku jugak.

Momo said...

susah jugak nak jawab.Apa nak buat.Buat je sehabis baik.Jalan itu satu takdir rasanya...