2.12.07

Desperately Undone


Rasa macam 2 minggu dah tak ada cerita tentang saya yang hendak di bualkan. kenapa? kerana tiada apa apa revolusi dan perubahan. Hidup menjadi kembali statik. Kurang pemerhatian. Kurang peduli. dan kurang peka terhadap fenomena yang berlaku di sekeliling saya.

Rutin menjadi bertambah bosan dan tepu. Bangun pagi, pergi kerja, balik jam 11 or 12 malam, sampai rumah online sampai jam 1 atau 2, then tido. Tiada life? Bukan. Itulah life saya. Bodoh la ungkapan "takde life". Quote yang dah basi. Habis kalau itu di panggil "takde life", itu apa?

Sebenarnya sedang desperate mencari kerja baru. Kesabaran dan kekuatan untuk setia menjadi hamba Andre sudah mencapai tahap tidak rasional. Mulai tahun depan, ofis ni berpindah ke Cheras. What?! Goddamn Cheras? Bayangan bala dan musibah mula kelihatan. NO way!

Rentetan daripada keterdesakan tersebut, nak taknak saya terpaksa mengerjakan kolaborasi hasil kerja saya dengan cara yang tergesa-gesa. Tidak ada flash effect yang canggih canggih. tidak ada button yang berkelip. cuma work sahaja. pun tak sempat nak letak description. Banyak panggilan temuduga yang terpaksa dilepaskan atas alasan tak sempat nak prepare portfolio. Dari company besar, sampai la company kecik rumah kedai. Haih~

Baru saya sedar, kerja yang bertangguh-tangguh, memang tak guna satu sen pun.


Ok website saya kini sudah di kemaskini. baru 40%. masih banyak work yang belum di susun atur. Effect2 yang bagus. dan guest book. mungkin minggu depan. Semua harus dikerjakan. Malam ni terpaksa melakukan sesuatu yang paling dibenci - kerja offis yang di bawa balik ke rumah sebab esok deadline. demmit.

sekian sahaja ulasan 2 minggu dalam 7 perenggan penerangan.

ps: khidmat blogspot diperlukan untuk ruangan news atau guestbook. mungkin.




No comments :