15.12.07

Kekusutan ini berpunca daripada apa?

Jam 12.04 tengah malam. Saya Ladynoe baru sahaja menghabiskan 3 ketul (ke batang?) hotdog hangus. Serius hangus. Hitam belegam. tapi mentah di dalam. Kenapa ni? Semua yang saya buat macam serba tak kena.

Kesihatan semakin merosot. Idea untuk design pun sudah semakin surut. Sebenarnya ini lah yang ditakutkan oleh saya. Saya mencari rezeki menggunakan akal yang kreatif. tapi sekiranya otak kanan saya tidak mampu berfungsi sebaik dulu, bagaimana? Saya tidak pasti sama ada ini adalah revolusi atau fenomena sementara.

Bangun pagi selalu lewat. maka lewat lagi kepejabat. Hari ini pun gagal hadir. Dada betul betul berombak. Sukar bernafas seperti selalu. Ke hospital, doktor bilang semput biasa. Banyak bakteria dan kahak di dalam kerongkong. Oh..~

kamar dah mula bersepah. Oh ya. Di saat saat seperti ini, baru saya sadar bahawa menentukan jalan yang harus di pilih buat masa hadapan, bukan seperti menentukan jalan di dalam permainan Saidina atau Monopoly. 2-3 hari ini, kecamuknya fikiran saya, hanya tuhan yang tahu. Antara salji dan tepak sirih. mana yang harus saya dahulukan? Isk..

Oh ya. Kecamukan ini mungkin terhasil apabila semalam punya semalam, saya terjumpa semula rangkaian teman teman sekolah rendah dahulu yang semua nya....haih, mempunyai kejayaan yang membuatkan saya rasa saya tertinggal jauh di belakang. Saya tidak cemburukan certificate yang mereka miliki. Tapi saya iri hati dengan perjalanan yang telah mereka jejaki. Egypt, Ukraine, Rusia, Gunung Kinabalu, United kingdom, Mesir. Saya bila lagi?

Kehidupan di tanah sendiri yang kian hari kian tidak selamat kini, semakin membosankan. Emak emak dan abah abah semakin risau. Takut anak anak mereka di takuk parang atau sabit dari Batu Caves, Selayang. Si hitam yang bangkit melaungkan keputihan. Sungguh tidak relevan.

Berbalik pada cerita rakan sekolah rendah saya; Saya sangat excited. Excited sungguh. bayangkan kali terakhir berjumpa adalah semasa mengambil slip UPSR. Selepas itu, tak pernah dengar khabar berita. Lavan, Raj, Prashant, Shuba, Hema, Qila, Ainal, Pija. Owh. Harmoni sungguh persahabatan kami semua ketika itu. Suci tidak mengenal bangsa dan agama. (psstt..lavan is an Indian guy. dulu pendek dan bulat kini sudah hot, occay! i must admit that i was so "tuuuuttt" when looked at his photo, occay. ) Kenapalah kawan kawan lelaki kat poly dulu takde yang as hot as kawan sekolah rendah and teknik aku? sigh..

Persoalan sebenar saya ialah, kekusutan ini berpunca daripada apa? Adakah kerana saya sudah jarang jarang membentang sejadah dan bersolat? Oh~ Kepada pembaca pembaca yang mungkin free thinker, kalau anda rasa hidup anda hebat dan tenang tanpa agama, sesungguhnya ectasy bagi khayalan anda itu adalah ciptaan iblis semata mata. Ya solat. Sigh. Saya tidak mampu lari dari meninggalkan nya. Semenjak dua menjak, saya asyik teringat akan kematian. Tambahan kesihatan semakin merosot. Saya tidak mahu mati dengan "bekalan ziro". benar benar tidak mahu. oh~

ps: sesungguhnya manusia itu tercipta dengan keluh kesah dan kikir (ayat 19). Kecuali bagi mereka yang mendirikan solat (ayat 22) ; Surah Al-Ma’arij
(maaf kalau ada kesilapan surah.)


2 comments :

47 said...

Ah, Perempuan Jomblo! Thanks for dropping by and for the answer given for the question posed "kenapa perempuan tak make first move".

Dah lama juga rasanya komen tu. Sori baru sekarang dapat menunjukkan rasa appresiasi (appreciation).

Do come again!

Anonymous said...

the old faridah noor yang pernah dikenali. penggunaan bahasa melayu masih mantap seperti dahulu. keep it up.