12.1.08

Saya Suka Jadi Apa Saya Suka Jadi!

Hai. Selamat sejahtera. jam sudah pukul 2 pagi. Hari ini rutin berputar seperti biasa. tiada apa yang luar biasa. entertainment di rumah semakin berkurang. TV, CPU, Internet, Telefon, semuanya rosak angkara petir yang memanah. Kelmarin baru baik telefon. dan hari ini baru baik strimix. CPU saya masih di klinik. Kini menggunakan pc lama zaman tuk kaduk. TV, cukup bulan baru beli baru.

Esok saya ingin bangun awal. Saya ingin melakukan sesuatu yang rare. Iaitu, memikirkan ayat ayat bodoh. Untuk di aplikasikan kepada design baju. Untuk apa? Kerana saya money sick lagi untuk bulan ini. Saya perlukan wang. Untuk petrol, cukup lah. Senang je buat tshirt skarang ni. Anda tidak perlu belajar 3 hingga 4 tahun untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah mahupun master. Cukup dengan kelulusan UPSR atau PMR mahupun SPM pangkat 3 yang anda miliki. Belajar serba sedikit ilmu Adobe. Kemudia keluarkan ayat-ayat bodoh seperti,

1) Bapak aku cakap bapak kau tu agogo (nak lagi sedap, cuba main dengan nama mak, nenek atau atok)
2) Aku sayang dia. So What?
3) i hearts KKB
4) Wak Lu, Sap koK luuuuuu

Saya akan menjadi kaya. Saya tidak perlu kerja keras lagi. Saya Suka Jadi Apa Saya Suka Jadi!<--[Klik sini]
sampah untuk dibuang. bukan untuk dipakai. ingat tu.

p/s: tak beli sampah.




4 comments :

Sue Anna Joe said...

pasti kita akan dibenci dan dianti lepas ni. hahaha.

Anonymous said...

dh belambak sekarang tang clothing2 ni..kuar spende lak la

-nina-

detsiwt playgrd keeper : said...

ahahaha.. link tu hidup rupa2nya.. ingat sekadar hiasan. rajin sungguh muda mudi sekarang buat benda bodoh. but then again mungkin dorang perah otak gila2 untuk design tu and setakat tu je dapat.. sue anna joe, tak ramai yang boleh buat mcm tu dlm 5 minit. kesian. wahahahahahahha... matilah aku, so what?

lidah said...

waaahhah manusia makin bodoh. baik jadi macam kita. hebat tapi cool. hahahaha