24.1.08

SENI-kah kau? (part.2)

Pagi ini terlewat 20 minit ke pejabat. Macam biasa pagi pagi muka lemau lagi. saya seperti biasa. on machine. cek blog.fikir apa yang bakal menjadi kesinambungan entry malam tadi. Awal-awal lagi gegendang telinga ni dihidangkan ndengan Greenday Nimrod dari machine si Moose. Terima kasih.

Hari ni saya teringat satu statement yang baru saya terima. Tentang ketekad-an seorang kawan yang ingin terus hidup di dalam seni dan menyingkirkan aspek kehidupan normal. SENI-kah kau? Saya kira kehidupan semuanya normal. Kau tidak normal apabila kau persoalkan kau lapar tapi kau tak makan. kau persoalkan dosa tapi kau tak solat. kau persoalkan busuk tapi kau tak mandi. kau tahu elektrik itu ada tapi tak nampak, tapi kau persoalkan kewujudan tuhan. Itu tidak normal. Itu gila. Fikiran di bawah paras normal. kau mungkin paranormal. Sosok halus.

Apa maksud kehidupan seni?
1) Tak mandi - busuk itu seni?
2) rambut gimbal - dreadlock itu seni?
3) Puisi - semua orang (semenjak cerita Ada Apa dengan Cinta masuk malaysia) mampu karang pusi.
4) Khayal - imaginasi itu seni? aku selalu berkhayal selepas layan redtube. senikah aku?
5) Bulan-bulan kau tak cukup duit untuk beli sebatang rokok pun - seni kah kau?
6) kau ke KL dari KKb jalan kaki - seni kah kau?
7) Pakai seluar batik lusuh. nak lagi best pakai seluar kodroi - senikah kau?

Ridiculous. saya sebenarnya pun tak tahu.

Saya inginkan kehidupan yang normal.
maksudnya di sini

bebas dari sebarang tindakan paranormal. bukan berhenti berkarya. kalau aku berhenti berkarya, aku nak makan bulan bulan macam mana? takkan aku nk kerja conductor bas? Semua orang boleh melukis. Kucing. Yang saya lukis, tidak akan sama dengan kucing yang Ahmad Ghani lukiskan.

Come on lah. Jangan lah cacatkan "SENI" dengan peribadi yang kotor. Pendapat saya mungkin kontra dengan pendapat anda. tapi...come on lah, jangan cacatkan SENI dengan peribadi dan cara hidup yang kotor.

Sebenarnya, apa yang perlu anda persoalkan pada diri sendiri, adalah, "Kreatif kah saya? Berbakat kah saya?"




3 comments :

The Ninapop said...

sy naik basikal tua...senikah saya?

hehehe...noe u berbakat thu!!

Ladynoe said...

naik basikal tua? wah itu adalah antik.

Momo said...

Seni itu ada juga bobroknya.Baru bergelar artis AF sudah digelar artis sebi.Wah,gila beb.

Bakat boleh diasah.Kreativiti well...anugerah.