24.1.08

Seni-kah kau?

Hari ini semua berjalan dengan lancar. bangun tidur jam 1 petang. menonton, mandi, makan, cari ilham, makan lagi dan kembali di kerusi dan meja penulisan ini.

Sudah lama sebenarnya saya ingin mencanangkan hal ini, cuma sejak kebelakangan ini, harian saya yang 70% habis di tempat kerja menghalang untuk saya membebel dengan lebih lancar. Mungkin saya bakal menghapuskan Myspace, mengenangkan ianya tidak memberi apa-apa pulangan semenjak kebelakangan ini. Rasanya lebih seronok bermain friendster. Walaupun ianya kedengaran agak kuno, sekurang kurangnya friendster menghubungkan saya dengan kebanyakan "friend" yang pernah saya kenal. bukan persona non grata di myspace yang nak add saya semata mata sebab nak tengok gambar sahaja. paling kuat pun, add sebab nak stalk. atau, selongkar komen-komen lama saya kemudian menjadi batu api yang melagakan antara satu sama lain. macam sial. Facebook? oh tidak.

Saya mungkin terlalu hijau untuk mencanangkan tentang senario seni kreatif di Malaysia masa kini. tapi apa yang paling mengecewakan saya adalah tahap ketahanan mentaliti mereka yang baru nak bercambah ni dalam menghadapi kritikan dan komen. Maksudnya saya di sini, Kadang kadang, apabila sudah kerap di puji oleh golongan hingusan di mana effect extrude&bevel di photoshop pun tak tau lagi, then bila sekali orang beri komen dan kritik, dia akan menolaknya mentah mentah. malah saya pernah di provoke kembali apabila memberi pendapat ikhlas tentang sesuatu hasil kerja ,sedangkan pada mulanya saya di minta untuk memberi komen terhadapnya. Kita seolah olah dipaksa untuk menyukai hasil kerjanya. dan memujinya demi untuk menjaga hati. Ini bukannya presentation room dengan client yang akan beli hasil kerja kamu. harap maaf. aku tekan kan di sini, aku takkan pernah puji dan beli sampah. seperti mana aku tak pernah puji sampah seni seperti Rahmat Haron. maaf. kau terlalu busuk untuk orang orang sperti aku dakwa kau sebagai "seni" . aku pun tak kisah kalau hasil kerja aku dipersampahkan.

Macam, "siapa tak suka aku, maknanya orang tu bodoh. I'm the most perfect person in the world" . bodoh. Ridiculous.Jijik. Meletakkan diri di atas paras kemampuan sendiri. Sebab itulah saya menolak pujian; kerana saya sendiri, kalau 10 kali saya memuji, hanya sekali sahaja yang ikhlas. selebihnya, faham faham sendiri. SEBAB; aku bergaul dengan kebanyakan orang yang terlalu sensetif jiwa dan raganya. (bila dia cakap punggung aku besar, aku ketawa. bila aku cakap hidungnya penyek, dia merajuk. oh...)

baru baru ni satu isu kecil tercetus di ruang legar dunia seni masa kini. Tentang pengeluar t-shirt yang semakin menumbuh macam kulat di atas roti yang sudah tamat tarikh luputnya. Sungguh menjelikkan.

Sebenarnya, tidak apa yang perlu dipersalahkan dalam hal ini. dalam seni, tidak ada salah atau betul. hakikatnya kita sendiri tinggal di negara yang cukup demokrasi. Kalau difikir-fikirkan balik, Leornado da-Vinci punya portrait stroke tidak sama dengan VanGough mahupun potret yang saya sendiri lukiskan. perbezaan yang sangat ketara. Macam Starbucks dan Mamak. minuman sama. KOPI. cuma class dan kick nya berbeza. Mamak tak ada mesin pengisar biji kopi barangkali.dan saya percaya anda tidak akan bayar RM13.50 untuk segelas kopi di mamak (thanx mr.B for this idea and thoughts) . Cuma kadang kadang perbuatan menghasilkan design baju dengan menggunakan ayat ayat bangang masa kini, dirasakan amat jelik dan merimaskan. Senikah kau dengan ayat ayat bodoh di baju yang kau sarungkan itu?

Tidak salah lansung untuk belajar dan mendalami apa apa bidang yang diminati. saya sendiri tabik kalau ada golongan muda cendiakawan yang mempunyai kualiti akal kreatif yang lebih tinggi dari muidlatif walaupun baru berumur 16 tahun. Saya juga tidak pernah membezakan mentaliti penganut seni bersijil dan tidak bersijil. Semuanya sama. Nobody's perfect dude. tapi, cuba bayangkan, contoh; orang yang baru belajar masak. itupun masak meggi sahaja; tapi mahu membuka gerai makanan. Apakah perasaan tokey restaurant Anika Selera Mee? BUkan dengki. tapi...macam, menyampah. Salah tokey mee tu jugak, siapa suruh asik jual mee je. Sesekali jual la nasik ke, roti kebab ke. ni asik asik, mee mee mee. haha. kan budak budak meggi dah copycat.

bersambung...(sudah jam 1 pagi. perlu tidur)

P/s:Oh sebelum itu, saya ingin mengumumkan bahawa saya bukan lagi ahli BANGKIDS. saya terpaksa melepaskan komitmen tersebut demi untuk melegakan hati dan fikiran daripada perasaan SERBA SALAH setiap kali gagal untuk menglibatkan diri tatkala saya sibuk dengan komitmen kerja, keluarga dan peribadi. Namun, saya akan sentiasa menyokong kalian semua. Di mana mana event yang mampu untuk saya hadiri, tidak ada booth lain yang saya akan pergi, kecuali booth Bangkids. Sayonara. Semoga tanpa aku yang tak pernah menyumbangkan apa-apa jasa ni, membuatkan kalian lebih maju kedepan. chaiyok!


1 comment :

biola tanpa dawai said...

dalam banyak banyak perenggan, aku tertarik pada perenggan terakhir.

kau dah keluar dari bangkit? kenapa? tak boleh ke cuti tanpa gaji je? Sinar kau masih diperlukan lagi.

apapun, semoga maju jaya.