28.2.08

Perbincangan di Burger King

Dari jauh saya nampak Bro Syed menunggu dengan komputer ribanya. Komputer riba yang agak besar dari biasa. Jenis apa. Saya kurang pasti. Wide screen 17 inci. Pergh. Monitor cabuk saya pun baru 11 inchi.

Dia duduk dengan double wopher. Large set.

"deknoe nak makan, pegi order" mata dia merah.

"Takpe, baru je lepas,"

duduk. Bro Syed menghulurkan pendrive 2gigs.

"Tu abang belikan untuk kamu,"

"Owh," Dalam hati aku; Halammakkk..abis la aku terperangkap. lepas ni job ape la lagi dia nak suruh aku buat?

Saya masukkan data satu persatu. Menggunakan komputer riba ; tanpa tetikus ; saya rasa KAMPUNG. sebab? terkial kial. ahhhhh

"Best ke politik?"

"Kamu minat ke?"

"Tak la sangat. Tapi nak tau jugak. Best ke?"

"Try la join, baru kamu tau. Rasa lah jadi model yang cuba untuk berbuat baik,tetapi tetap di hina dan di caci,"

Bro Syed menyumbatkan satu persatu cheese stick. ke Mulutnya. Besa betul dia nganga.


"Nak join Puteri Umno,"

Bro Syed tersenyum.

"Nak kalahkan Shahrizat lak lepas tu,"

Bro Syed tersenyum lagi. Menelan Cheese stick. mata dia terbeliak. mungkin cheese stick lebih besar dari diameter tekaknya.

"Macam mana nak gulingkan Shahrizat ek?"

Bro Syed keluarkan botol air mineral dari beg komputer ribanya,

"Macam ni hah," sambil mengguling gulingkan botol air mineral tersebut di atas meja.

Aku tersengeh. dalam hati ; Cibet.




1 comment :

bila tanpa dawai said...

noe, ubah lah topik. politik tak bagus untuk kesihatan.