24.2.08

Sila Bantu saya Mengundi

Sabtu dan Ahad berlalu dengan penuh kebosanan. Minggu ini tiada tempat bagi saya untuk berasa tenang dan gembira sekejap. Saya menjadi mangsa wang dan politik. Dan juga sedikit sogokan sempena pilihanraya.

Soalannya di sini, sekali lagi; Adakah Barisan Alternatif akan memberi keuntungan kepada saya. Dan adakah Barisan Nasional akan terus membantu selepas pilihan raya.

Soalan berikutnya; Barisan manakah yang harus saya undi? Terus terang, semenjak Pak Lah memerintah, UMNO sudah semakin jauh di hati. namun PAS dan KEADILAN, tidak pernah sekali difikirkan.

Menteri semakin lupa diri. menyusahkan rakyat. naik tol, naik minyak. Tapi, pihak pembangkang? haruskah mereka di beri peluang? Ada yang reti membangkang, tapi tak pernah nak daftar pengundi. macam makan nasik, berak ikut mulut.

"Mak, dekno nak masuk Puteri Umno"

"Masuk lah,"

"Deknoe nak kalahkan Shahrizat. Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dekno nak pegang"

"bagus lah"

"Nak jadi Perdana Menteri plak lepas tu. Paklah tak guna."

"iyeeee lah..."

"deknoe serius ni. nak rasa sendiri hidup dunia politik. taknak cakap luar je macam orang orang lain."

"iyeeelah..."

"masa tu orang tua tu pun dah mampos," along menyampuk

Ps:// jiwa tak tenang.



8 comments :

hally said...

Dulu aku adalah penyokong kuat Anwar.. maybe time tu tgh remaja n jiwa sedang berantakkan.. tp kini aku penyokong kuat Khairi Jamaluddin.. =)

Momo said...

Kalau aku ada RM10000,aku taja ko lawan Shahrizat.Tapi tak ada plak...

nUUr said...

hye..salam perkenalan dari wameza(dot)com.
setiap PM ada visi die tersendiri..paklah pnya agenda bukan skrg pnya,future pnya cam biodiesel tu..wat tahajud ek nk undi sape?hihih

Anonymous said...

ermm kalo masuk puteri umno bukan kalahkan shahrizat kot.. dia bukan puteri..

Anonymous said...

and one more thing dont be easy to say org lain tak gune.. its quite a harsh word for a youngster to use to describe someone who has been ruling ur peaceful nation-

Ladynoe said...

1)nak mulakan politik, bukan kena mula dari bawah ke?

2)kalau macam tu, tunggu saya tua sedikit untuk describe PakLah memang TAK GUNA.

mungkin kamu tidak tahu, blog ini lebih menjurus kepada sarcasm. sila baca barisan terakhir.

=)

ikuta toma said...

masih de gik org dgn barisan nasional di hati,walopun tau menteri mengaut kekayaan, dan laen2

heran heran

Pegang Cahaya said...

kalau tak nak sokong keadilan atau pas tapi tak suka barisan nasional..
buat parti indiependent .. ha parti bebas.. kan boley lawan sharizat sekaligus boleh jadi perdana menteri .. hek hek =) hidup lady noe