7.3.08

Aku bencikan rutin aku yang membosankan ini

Entri kali ini bakal di masukkan dalam keadaan mood yang sangat sangat tidak stabil. perasaan aku hari ni, sifar. tidak berharga. bermakna, tidak bernilai dan tidak di ingini lansung.

Aku semakin bencikan rutin aku yang sangat sangat membosankan. Semua langkah dan aktiviti aku terjejas. Sebab? Duit. Sebab? Komitmen. Sampai bila aku nak tanggung? Menderita kah? bukan. Tapi, aku bosan. Sekarang aku benci.

Aku kalau boleh tidak mahu sesat. tidak mahu bersifat tipikal yang menjalani rutin yang sama. yang redundant. sejak berumur 22 tahun, sampai 22 tahun akan datang? wtf?

Bangun pagi, pegi keje. Drive dalam 1 hour, mengadap kesesakan lalu lintas, kat ofis buat keje, kena buli, kena itu ini. Nak balik awal, macam nak pergi membuat onar. macam salah sangat nak balik awal event kerja dah siap. Mula la nanti AM buat muka. nak see personally lah. konon lah~ marry with carrier if u mau berjaya. whud la?

balik rumah malam, makan, tgok tv, mengadap PC, tido. itu sahaja. dan peristiwa yang sama berulang ulang ulang ulang ulang ulang aku tak tau sampai bila.

Weekend? Sibuk nak service kereta lah, kawan kahwen lah, kalau nak keluar, aku nak kena keluarkan duit lebih dari sepatutnya.

Aku mahukan hujung minggu di mana aku, SEORANG diri, bercuti, di satu tempat di mana tidak ada seorang pun yang aku kenal. Setiap hujung minggu aku mahu bermain badminton atau futsal tanpa mengeluarkan belanja lebih dari rm10. Aku mahu ber-jogging setiap jam 6 petang. sambil membawa kamera mini. shoot gambar. Setiap hujung minggu aku mahukan panggilan telefon kawan-kawan yang cakap,

"hey noe, kitorang ade kat depan umah ni, jom mamak" seperti dahulu kala.

Aku perlukan seekor kucing yang boleh menemani aku ketika berjalan di tepi tasik di Taman Millenium, KKB.

Keseronokan hidup aku semakin terbatas. celaka.



5 comments :

no_one said...

kebetulan?! Kenapa kah aku selalu juga memikirkan benda yang sama? aku mau rilek, berjalan2 ditepi pantai, lepak, main volleyball, jogging dan makan kat william. aku sangat menginginkan itu semua.

rara said...

sabar. love you

gerek itu saya said...

lain kali kalau kerja dah siap..balik je...kata SAYA BALIK ON TIME....nak bagi gaji saya xtra ke???saya marry with carrier la ni.. tu sbb saya balik awal...i can make things done on time...i pun ada keja lain gak.u nak sgt berjaya...siapkanlah sampai jaya...(sebenarnya dia jeles...takde org nak teman...n dia jeles sbb keja noe dah siap..)hihihihihisorry...i really hate org yag kata blik awal walaupun keja dah siap...dah time balik, balik on time la..bengong!banyak duit ko nak baya time aku???ergh..idiot!

mollyjinxed said...

heishh.. dont we all feel the same..

letih .. keje keje keje.. dapat gaji.. bayar hutang sini sana...

bile umur da meningkat plak.. orang tanya.. kau bila nak kawin?
kau bila nak ada rumah sendiri?
kau sampai bila nak keje macam ni aja?

questions questions questions

terlalu mengikut arus kehidupan.. membuat kite gila

van der shraaf said...

standard la kalo dah jadi dewasa...sumer men-tension-kan jiwa...huhu