16.3.08

Budaya "Nak tolong Melayu" = wtf?

Saya sudah lama sedar akan realiti ini. Ianya berlaku di kalangan orang di sekeliling saya. Budaya nak tolong melayu semakin kerap dan menjadi adat yang di praktikkan dalam urusan hidup; tak kiralah dalam soal membeli belah, atau yang berurus niaga. Saya bersyukur sebenarnya, trend dan budaya berbaur perkauman ini tidak pernah sesekali pun menyerap dalam diri saya.

Tapi kadang kadang, saya kecewa apabila budaya kuno turun temurun dari mana tah tu sedikit sebanyak mempengaruhi orang yang terdekat dengan saya. haih.

"Nak tolong melayu" = wtf?

sehingga kerugian nya di tanggung oleh: SAYA. ade ke orang melayu tu nak tolong kau balik? TAK beb. tak...(bayangkan muka saya; penuh sinis dan bongkak)

Situasi Pertama : Komputer jahanam.
"Kamu bawa komputer kamu, biar bro betul kan"
"Hantar je lah kat low yat. nanti bayarlah."
"Bro ada kawan boleh repair, tolong la melayu"

Ok, sekarang, komputer saya mengalami keadaan yang kritikal gila babi. Asik asik off sendiri. wtf? dah tukar power supply pun macam ni. Then bila tanya balik; "graphic card tak compatibel". wtf? Sepanjang saya repair PC kat lowyat, tak pernah lansung kejadian seperti ini berlaku. Kini saya sedang berhadapan dengan risiko iaitu; bila bila masa sahaja hard disk saya jahanam.

Persoalannya di sini. Adakah anda sanggup mendapatkan perkhidmatan yang rendah kualitinya, semata mata NAK TOLONG MELAYU?

Situasi Kedua = Harga Barang Runcit
"Bawa saya ke kedai Haji Loqman"
"Mahal lah. nak beli apa kat situ? kedai bata kan ade."
"tak pelah, tolong melayu"

Persoalannya di sini. Adakah anda sanggup membelanjakan wang di barang runcit yang lebih mahal dari sedia ada kerana semata mata NAK TOLONG MELAYU? kedua, adakah selepas anda mengKAYA kan melayu itu, dia akan tolong anda kembali?

Situasi Ketiga= Tukang kebun
"Pak cik tu minta upah RM900 selepas bersihkan kebun kita,"
"hah? kepala otak dia. kita janji kan 300 je. kalau taknak kenapa haritu setuju? Aku yang kerja sebulan pun baru dapat xribu, ini kerja 4 hari nak mintak 900?"
"itu lah,lepas dah buat kerja tu baru cakap nak mintak tambah. kalau setakat nak tambah 200lagi mampulah mak. ni sampai 900 mana mak mampu. Pencen abah bukan banyak"
"habis tu macam mana?"
"dia suruh pakat pakat dengan anak-anak"
"satu sen pun deknoe takkan kasi, ok? yang mak suruh dia buat ape? kan tukang kebun indon tu ada,"
"mak igt nak tolong melayu.."

persoalannya di sini, adakah anda sanggup mengetepikan bangsa lain yang lebih ikhlas berkhidmat untuk anda semata mata NAK TOLONG MELAYU?

Situasi Keempat = Surat Bantuan Pembedahan
"mak dah dapat surat pengesahan dari doktor mak. nak buat pembedahan. dia minta bantuan dari jabatan pencen,"
"eh hari tu kata tak boleh? kenapa skarang boleh?"
"hari tu doktor lain,"
"doktor kali ni doktor mana pulak?"
"kali ni doktor lelaki, Cina. Dulu doktor melayu, dia taknak tolong. dia suruh kita sediakan sendiri 16 ribu untuk pembedahan ni,"

Persoalannya : WHUT THE FUCK?

Kesimpulan
"Lu pikir lah sendiri", - Nabil.

p/s: henti-henti kan la pikiran kolot nak tolong melayu tu. menyampah betul la. rasa nak pukul orang je skang ni.



12 comments :

vague said...

couldn't agree more.kdg2 org melayu buat keje tak sepenuh hati.camno mau tlg.
kite tlg melayu kalau melayu tu bagi servis yg bagus.

mentallyaddicted said...

orang melayu.
tetap orang melayu.

abdul mutalib jaamat said...

fukk malay symphaty..
hehe...melayu konservatif sket...
BN kalah pun nk cakap byk gak...
melayu je la dia nk tegakkan...
hehe...sabo..sabo..

Anonymous said...

sokong.; mengalami pengalaman yg sama.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Tolong Melayu?!
Gi mampos la!
Pakai nama bangsa dan agama untuk kaya dan meraih untung! Baik aku suruh Aceh Indo atau India gunting rambut aku dari bagi melayu yang tak reti gunting rambut!

no_one said...

wahwah...
BTM (budaya tolong melayu). Bukan taknak tolong...tapi...Kadang2melayu lagi hampeh...aduss..

Pegang Cahaya said...

hummm aku pelik jugak kenapa orang melayu ada sifat yang gile macam neh.. aku kadang2 menyampah ... rasa tekanan bila orang kata ala tolong melayu .. sakit hati tau .. adeh~ yerla tolong melayu .. kalau maju sket dengki peh tu nak bomoh.. kalau cina tuh kenapa tak nak dengki drg banyak maju .. kaya2 tak nak bomoh pun.. adeh~ tuh la susah la nak cakap..

Siberkop said...

Tak pernah tolong melayu pun. Diri sendiri tak tertolong.

Mmg selalu berikan pada yg terbaik selalunya.

manusia ganjil ikan yu said...

jangan..
nanti kene cop DAP

hahaha

Sue Anna Joe said...

Kalau nak tolong Melayu, nasi goreng cina takboleh makan taw!

aL said...

yeppp.. (sori asyik komen entri-entri lepas, err, freedom of speech kot?)

kebencian terhadap budaya ni dah lama tersimpan, dan tersangatlah ingin dilepaskan, tapi aku belajar kat UiTM. yep, like the most racist uni ever.. di mana 83% pelajar lain pun punya mentaliti macam tu. crap crap crap.

masalahnya benda ni dah turun-temurun. mak bapak ajar anak-anak untuk tolong melayu, dan sesetengah lebih ekstrim, benci cina dan india..

dan kerajaan lagi la kurang boleh harap, makin membakar semangat perkauman atas nama menyokong Bumiputra. racist kan? ok, bahaya cakap lebih-lebih ni..

chow.

anne jay said...

pun nak komen gak pasal BTM ni walaupun dah lama ketinggalan...

penah aku p ,servis tukar getah stereng keter kat kedai melayu.... bila aku lalu kat bonggol dengan aku2 sekali melompat dalam keter tu... bila aku p kedai cina tempat biasa aku p servis keter.. derang kata getah tu tak dipasang dengan betul... memang macam sial, dah la caj mahal.. buat kerja cam haram, pastu boleh lak eksen ngan aku cakap kejap dah siap, biasanya pasang getah tu rumit sket...tu pasal la aku slalu p kedai cina bila nak servis keter...

satu lagi insiden.. masa aku p pasar malam dengan arwah mak aku, memang arwah mak aku slalu beli ikan bilis kat satu tokei cina tu, kualiti dan murah... alih2 ada melayu bukak gerai jual ikan bilis gak kat seblah dia.. bila kitaorang p gerai cina tu, boleh lak melayu tu sound.. "beli la kat kami makcik, bila lagi nak tolong melayu.. tapi harga n kualiti macam sial.. sekali tu je la beli... pastu mak aku beli balik kat cina tu... murah, kualiti n extra selalu, walaupun bukan extra yg kami harapkan....

aku pun dah lama lupakan BTM ni....