3.3.08

Maaf kalau saya ter-Racist

Sebenarnya hari ini, pagi pagi lagi mood saya telah di cacatkan dengan satu perasaan yang saya sendiri tidak tahu. Rasa cam malas nak pergi kerja.

Mood yang cacat ini di cacatkan lagi dengan peristiwa perlanggaran antara saya, dan seorang penunggang motorsikal ; seorang tua berbangsa cina.

Tolong jangan label saya rasist berkenaan statement yang bakal saya katakan; C*** adalah bangsa paling kurang ajar di jalan raya. Rasist kah bunyinya? Rasist. Mungkin.Maafkan saya.

Rawang;

Saya berhenti, di simpang, sebelum masuk ke kanan, demi memberi laluan kepada penunggang tersebut. Memerhati. Sambil menunggu. Dia bercakap-cakap, sambil memandang tepi. LANSUNG tak pandang depan. Bini dia; pandang tepi ke arah bertentangan. Mungkin berbual sambil memanjat kesyukuran terhadap alam sekitar di situ. Agaknya.

LALU; melanggar kereta saya. Penuh selamba.

saya keluar;

"Lu apa pasat jalan sebelah sana lagi besar lu mau jalan sini?" kata dia.

"eh, u yang jalan tak pandang depan apasal? Saya sudah berhenti sini mau kasi lu jalan, lu langgar saya, sekarang lu marah saya?"

"Jalan ini ramai orang lalu kenapa lu mau berhenti sini jugak? Sana ada jalan lagi besar" kata dia lagi.

"aik. sini lu tengok jalan pun besar jugak kenapa lu bawak motor tak pandang depan?! saya dari jauh tengok lu bawak motor tak pandang depan!"

"Mana ada saya tak pandang depan. Lu yang berhenti sini siapa suruh?"

Di saat itu saya mula rasa menyesal kerana berhenti di simpang semata mata untuk menjaga keselamatan sejagat. Kan bagus kalau saya langgar sahaja dia; demi untuk mengakhiri masa tuanya yang Pathetic.

Cina tua itu berlalu sambil memaki maki; dan isterinya menggunakan fungsi matanya dengan berkesan sekali. Saya benar-benar terlupa untuk mencatit nombor plat motonya, dan cota yang sedia ada di bawah kerusi kereta saya.

Tolong jawab soalan saya,

Adakah memang resmi rakyat Malaysia yang melanggar kenderaan orang lain, tetapi memaki semula orang yang di langgar; atau ianya hanya wabak bagi sesetengah bangsa? Did i sound like racist? . kalau ya, sila betulkan mindset saya.. Did i? saya mintak maaf.





5 comments :

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Hahah!
Lu jangan emo sangat wei!
atas jalan raya, boleh dikatakan kebanyakkan pemandu Malaysia jadi makhluk paling celaka dalam alam maya!
Bukan sebab warna kulit, tapi disebabkan sikap!
Dah cuba memandu di Kelantan? Kat sana kau mungkin akan mencarut lebih sebab cara pemanduan disana atas prisip 'suka hati kau nak buat apa atas jalan raya'!
Pulau Pinang, kat area Pulau, kat situ pun horror jugak!

Ingat ya, bukan warna kulit, tapi sikap!

Ladynoe said...

ya ya. saya ingat.

Anonymous said...

aku setuju..aku pon penah kene gak.kuang asam gile.sbb tu eksiden byk melampau2 kt msia ni.aku jenjalan kt indonesia awal taun ni,para pemandu dorg sgt bertoleransi.xde marah2.xde eksiden2.isk..

biola tanpa dawai said...

kalau nak salah kan bangsa tak boleh jugak kot. sebab aku pernah kena langgar dengan india, then india tu maki maki aku balik. mula mula aku dah cop india ni bangsa baling biadap kat jalan raya. tapi bila baca cerita kau ni, cina pun macam tu jugak. dan tak mustahil MELAYU pun cam tu jugak.

kan?

ckrra said...

benda ni bukan dr bangsa waima kaum sekalipun. tp dr diri sendiri. sikap individu tu sendiri. tak kisahlah dia tu dusun ka, melayu ka, cina ka, india ka, murut ka..kalau sikap mmg sudah mcm tu. semua jadi sama.

tp melalui pengalaman sendiri aku dan cerita rakan-rakan, yg ske maki2 lepas langgar org ni ramai melayu. yg tunjuk fcuk pon melayu. kebanyakannya terdiri dr 'lelaki2 ampang'.

tanpa nama, mmg kat indonesia orgnya saling bertoleransi, takde marah-marah. tapi mereka tiada undang2 di atas jalan raya. tengah sesak n jamm leh u turn sehala dgn slamba. tp takde kena hon-hon, maki-maki. buat muka heran pon tak. cuba kalo kat malaysia. haih..

"stop racial and start to unite"