4.3.08

Perempuan Bergaduh

Sebenarnya, dari semalam lagi saya asik melayari dan menonton klip klip vidio di Youtube. Tajuk paling sensasi buat saya pada masa kini; BUDAK PEREMPUAN BERGADUH. Serius, klip klip tersebut membuatkan saya berasa seperti ingin masuk ke dalam situasi semasa pergaduhan itu berlaku. Membantu? Mungkin.



Adalah satu yang tidak adil apabila 2 (atau lebih) lawan 1.



Ini baru adil.



atau ini?

Saya tidak lah menggalakkan pergaduhan pun. Cuma sekadar ingin berkogsi pendapat mengenai situasi seperti ini.

Saya rasa (saya rasa lah) soal "Nama je perempuan. tapi buruk perangai" tidak sepatut wujud apabila melihat situasi seperti ini.

Ianya seolah olah menganggap perempuan sebagai kaum yang lemah. Sebenarnya tidak begitu. Perempuan telah di suntik dengan sifat memberontak dan ke-pahlawan-an nya sejak zaman dahulu lagi. serius. Sila wikipedia sendiri = Women as Warrior.

Cuma sebab yang dipergaduhkan itu yang sepatutnya di ambil kira. Saya harap, sebelum memberi penampar sulung, kaji dahulu sebabnya. Kerana setiap tamparan yang dikeluarkan bakal melabel kan anda (perempuan perempuan) sebagai seorang yang KAKI GADUH atau BODOH atau sebaliknya.

Terus terang, kadang kadang, saya menyimpan hasrat untuk bertumbuk dengan sesetengah orang. Dan saya juga percaya anda juga begitu; jangan tipu.

Kadang kadang kita mampu bersabar, mungkin; tetapi berhadapan dengan seseorang yang mempunyai kredibiliti mengeluarkan pisau dari mulut sambil bercakap, adalah sesuatu yang sangat mustahil bagi saya. Jadi, saya harus mempertahan kan diri; dari terus di tikam; atau; menyerang balas - menggunakan tulang empat kerat. Mungkin.

Percaya kah anda, saya pernah menumbuk muka seorang lelaki, sebanyak 6 kali bertalu-talu. Binatang benar bunyinya. Saya hanya mempertahankan diri. heh.

P/S:Klip selanjutnya sila lihat sendiri di YOUTUBE.


4 comments :

Dyana Halim said...

cayalah.

kury lagi said...

hmmm...tak elok gadoh2....

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Untuk mendapat beberapa tip penting tentang langkah-langkah memblasah lawan dengan berkesan, sila baca bab awal dalam buku "The Alphabet of Manliness" karangan Maddox! hahah

Pegang Cahaya said...

hak hak gila la.. dulu aku pun kuat gadoh .. hak hak tapi masa dulu menatlity budak sekolah.. selalu saje nak buat bende yang tak masuk akal.. bila dah besar kemarahan tuh jadi terbatas.. terlalu banyak berfikir daripada teruskan pergaduhan .. nak saje baling apa yang ada.. tapi humm selagi kawalan marah masih boleh diatasi bersabar la.. bila kemarahan tiba akal dan hati takkan bersatu .. dan marah itu boleh jadi seseorang itu gila. tak siuman.. dat's y dalam islam Sabar itu separuh daripada IMAN..=)