13.4.08

Misi Kepala Lutut

Saya tak pernah tahu sakit lutut yang di tanggung emak sejak 10 tahun dulu sebegini teruk. Pihak jabatan pencen terpaksa mengaturkan satu rejim polis yang akan berkumpul di setiap sudut rumah saya untuk menembak ke arah penjana eletrik yang bakal menghasilkan kuasa laser dari tembakan bertubi-tubi dari senapang mereka.

Sangat sangat rare.

Mak dah terbaring di tengah-tengah anjung. Saya baru pulang. Terpinga-pinga. Ramai betul skuad penembak berpakaian kuning menghalakan tembakan ke arah sebuah mesin penjana yang di maksudkan itu. Sumpah tak faham apa-apa.

Sebuah pencawang. Mungkin. Dihalakan ke kepala lutut emak. Mungkin ini lah akibatnya setelah membiarkan sakit kepala lutut tu berlanjutan sehingga 10 tahun. Doktor cakap, sakit lutut emak, tidak boleh di ubati dengan teknik perubatan biasa. Haih.

Seorang anggota skuad menyerahkan penutup telinga kepada saya. Serius cuak time tu. Suasana gelap gelita. Yang ada cuma lampu yang dipancarkan dari pencawang laser tu. Misi kepala lutut ni memang betul betul horror. Muka muka skuad penembak tu, masing masing nak bengis. Tak kacak lansung.

"Bersedia semua!"

Skuad skuad mengangkat senapang masing. Sumpah cuak. Muka mak nampak redha dengan apa pun yang bakal terjadi. Sampai macam tu sekali. Tak tahan sangat dengan sakit yang di tanggung.

"Tembak!"

Saya tutupkan mata. Ngeri. Sumpah ngeri.

"Dekno! kunci pintu kau taruk mana?"

Saya buka mata.

"Aaa...?"

"Semalam kau balik, kunci pintu kau letak mana?"

"owh..atas meja tu.."

"kau balik pukol brapa semalam?"

"pkol 4 pagi.."

"kemana la kau pegi..pok pek pok pek pok pek pok pok pek pok pek"

Jam dah pukul 10 pagi.

Dem. Mimpi siang. kepala lutut pnye mimpi.






3 comments :

Momo said...

LOL memang menyakitkan kepala lutut.

Pegang Cahaya said...

hak hak dia balik pukul 4 pagi sebab dia lepak ngan saya .. hek hek =P

anne jay said...

aduss... sakit balik lutut kiri aku ni lepas baca mimpi sakit lutut... lutut ku sengal kembali...