12.5.08

Aku bukan GOD


Aku memang bukan God. Aku tak tau pun apa yang aku cakap, dan fikir kekadang. Aku baru je lepas kelentong laki tua tu. aku cakap hp aku hilang. Aku harap penipuan ni boleh mengelakkan dia selalu call aku, dan message aku. tapi tadi dia email;

"Hey dear,
very beautiful just like u...to discuss further when i meet u.. For telefon what model r u lookin at?"

Aku termenung. Aku termenung lama. Kalau la aku jenis perempuan tak setia, memang dah lama aku tarah harta laki ni. Aku tinggalkan lelaki yang dah sedia ada mendampingi aku yang...(haih)..
Pergi bersuka ria walau mata aku sakit memandang kedut kedut dan perut layut dia. Pendek macam ninja turtle pulak tu. mewah punya pasal, layankan aja.

Banok suruh aku mintak i-phone. Banok, aku tak sampai hati. Bukan nature aku macam tu. Tapi aku pelik, kenapa kemewahan yang perempuan selalu inginkan skarang nya, hanya mampu di beri oleh lelaki tua kerepot macam tu?

Aku terbayang anak bini dia kat rumah. Kesian gile! Nasib baik aku ni bukan jenis melayan, tak menggatal cam Menggatal, Sabah. Aku terfikir, 30 tahun akan datang, adakah suami aku nanti pun akan jadi macam tu??

Tak kelaka, siak..

Tapi aku memang bukan God. Aku tak mampu mengelak kalo suami aku jadi macam tu suatu hari nanti. Tapi aku bersyukur, dulu aku ade masuk taekwando sampai tali pinggang hijau.


p/s: aku bukan god. tapi ko pun tak bagus mana pun.



10 comments :

J u l i a 。.゜✿ said...

larrrrr.. pakcik ninja turtle nihhh..gigih betul berusaha.
ishkk biasanya kan nor, pangkat pakcik2 ni memang miang dia makin menjadi.. tak tak bila dia dah dapat wat kuar duit EPF dia.

iphone..?
isk.. jgn la terima apa2 dari pakcik tuuuu.. =] takut dia nak something in return.

lagi satu.. jangan benci benci.. nanti lama2 makin sayang. haaaa sapa nak jawap ? =P

tammo sedih2 dah ok. happy2 & bersemangat selalu ! yosh gambatte ladynoe-chan !! ♪(o^ー゚)/

Anonymous said...

kau da sampai tali pinggang ijau ke beb...cayala.
aku baru kuning taik gigi.hehe

ckrra said...

lelaki muda tak kaya noe. if kaya pon duit PAMA.

so yg berduit cuma lelaki tua. sbb dorang dah kerja lama. ngeheee..

p/s weh kawan aku nye gaji basic 1700. tp cmpur commission dia total gaji dia bulan lepas 13 ribu. hampeh je. company supplier..

Azzam Supardi said...

:)

The Ninapop said...

naseb bek kau bukan type2 perempuan materealistik...

bodoh je lelaki tu..klu bujang kau nak???hahaha

aL said...

erm.. gambar yang sangat relevan dengan entri? ahaha..

*bloghopping*

Azzu said...

"Tapi aku bersyukur, dulu aku ade masuk taekwando sampai tali pinggang hijau" <-- keke :P

alhamdulillah, sbb ada lg org yg masih boleh fikir ttg org lain. most men are just, well, MEN. dan laki2 ni mmg "lemah" dgn kecantikan wanita. itu mmg sifat diorang, tp aku cukup hairan dgn perempuan jenis pisau cukur. duit boleh dicari, tp maruah xterganti. maybe mereka materialistik sbb mereka rasa wang dpt membeli apa saja, even diri mereka sendiri :|


**btw, blog kau nice. may i link u?

Tok Rimau said...

Tali pinggang hijau je?

Ladynoe said...

popnina: aku meterialistik. sebab tu aku selalu balik opis lewat, and kat umah pun aku tido lewat sbb buat freelance. takde duit, nak jadi ape?

rara: lelaki muda memang pokai. tapi malangnya aku takde selera ngan laki tua. turn off.

azzu: thanx.

tokrimau: yup sampai ijau je. tu pun tak hingat lansung. tapi kalau seni mempertahankan diri peribadi, mmg dah sampai tali pinggang dewa dewi dah. huhuhhu.

umaq_eiman said...

bagus bagus... moga dapat yang muda belia dan pemurah... kaya tapi kedekut tader maknanya,..