25.5.08

Fakta Tentang Habitat Saya

Mari saya bawa kamu. Sekejap dan sedikit sahaja tentang; tanah di mana akar hidup saya mula menumbuh.

Ok, saya dilahirkan di Kuala Kubu Bahru. Selangor. itu origin saya. Mak abah orang Johor. Merantau ke Kuala Lumpur sebaik sahaja bernikah. Tapi saya tak pernah banggakan johorian. Tiada apa yang perlu di banggakan Kecuali Keronchong dan Lontong Kering di Singgah Selalu. Dan mereka (mak abah saya) tiada darah Jawa. Diulangi, TIADA darah Jawa. Bila umur 3 tahun, saya berpindah ke Rasa. Tahu Rasa? Bukan Rasah di Negeri Sembilan. Tapi Rasa di Selangor. Tak urban lansung. Tapi untuk orang yang saya baru kenal, yang bertanyakan asal dan tempat tinggal, saya jawab KKB. Sebab? Orang tak kenal Rasa. Mungkin, tiada dalam peta Malaysia.

Tapi, sekurang kurangnya, saya tak pernah tipu asal saya. Walaupun rumah dan perkampungan jin masih banyak lagi, tak pernah sekali saya khabarkan saya berasal di LUAR dari daerah ini.

Ok, cerita diteruskan; Rasa, Selangor.

Cerita yang tak best dulu. Perkara yang saya fikir paling annoying di sini ialah;

Budak Perempuan Sekolah Menegah tahap 1 sudah pandai bersolek. Kalau bersolek nak ke kenduri kahwin, mungkin masih boleh di terima. Tapi bersolek nak ke pasar malam. Dan, warna lipstick pilihan ialah; pink dan merah. Ini nasihat saya kepada pengguna-pengguna lipstick di luar sana, mungkin peredaran fesyen zaman 80-an sudah kembali ke zaman ini, tapi pemakaian gincu bewarna merah dan pink cuma menampilkan 2 pembawakan. Iaitu; Pertama : Bontot babun
Kedua : Kucing makan anak.

Seterusnya, kalau di Keramat dan Ampang kamu benci dengar pengguna motorsikal berenjin jet (ke break?) , kamu patut bersyukur, kerana ianya sekadar bunyi jet. Kalau di tempat saya, cuba teka bunyi apa? Bunyi bot? Salah. Ya semua salah; Ada 2 bunyi yang pernah saya dengar yang datang dari kumpulan anak bujang bermotor yang selalu lepak di depan rumah jiran depan rumah saya setiap malam. Iaitu; Pertama : Bunyi alarm kereta. Kedua : Bunyi burung bersiul. Bunyi biasanya di keluarkan apabila brek di tekan (mungkin). Bunyinya sangat kuat. Macam gampang.

Seingat saya, di sini, kalau kamu pakai kasut Converse ; Mereka anggap kamu budak Grunge. Kalau kamu di lihat pakai Adidas, maka kamu hip-hop. Wabak pengenalan diri melalui kasut ini hebat semasa tahun 1998 dulu. Sekarang, saya tak tau.

Di sini, ada aktiviti ritual baru. Praktikalnya lebih kurang tawaf. Tawaf satu taman/kampung, atau di rumah rumah tertentu. Aktiviti ritual ini dilakukan sebaik sahaja memiliki kereta baru seperti BMW, Mercedes Benz ataupun sekadar Kancil. Tetapi penganut kepercayaan ini tidak ramai. Ok, boleh di syukuri.

Kalau kamu tinggal di sini, tapi tidak bergaul dengan mereka-mereka yang macam beruk dan siamang itu, kamu pula akan di panggil; Kera Sumbang. Jadi, boleh geng dengan aku.

Kebanyakan orang sini atau pun orang yang tinggal di sini lama, akan menghidap wabak konflik asal usul setelah mereka berhijrah ke daerah luar yang lebih urban. Mereka gagal untuk mengklasifikasikan identiti diri. Kalau di tanya "tinggal kat mana?" Mereka akan jawab samaada Damansara, Wangsamaju, Ampang atau Rawang. Mungkin malu sangat nak mendedahkan asal dari Hulu. Come on sayang, kau hanya kelihatan bodoh apabila ber-mentaliti sebegitu.

Ok cukup.

Walau di sini kebanyakan komuniti penduduk mempunyai tahap perkembangan komuniti yang membimbangkan, tapi saya sayang daerah banat ini. Di mana lagi saya nak hidup tenang di tempat yang bersungai, air terjun, udara segar, rumput menghijau dan masakan EMAK setiap hari, tetapi masih lagi boleh beraktiviti cargas di tempat yang urban? Sebab itu lah, jangan hairan sangat kenapa saya sanggup berulang dari sini ke Hartamas setiap hari.

Sebab; tuhan kan maha adil?

di sini; manusia mundur, tapi alam, tenang beb.
di tempat yang lebih urban ; manusia mungkin maju, tapi; polusi tak boleh blah. terutama polusi minda yang semakin menjadi jadi.

Saya mungkin tak sestylo atau semoden orang yang lebih tinggal di tempat tempat yang urban, tapi saya mempunyai prinsip hidup tersendiri. Dan itu lah membuatkan aku rasa mentaliti aku berkembang dari dalam. (diulangi, AKU rasa.)

Bila aku renung renung balik, kenapa susah sangat nak seimbangkan pembangunan habitat dan mentaliti?


p/s: kalau nu rave ada fesyen tersendiri, kalau retro pun ada fesyen tersendiri, fesyen untuk orang yang tidak ada sub-culture macam aku,apa?


6 comments :

Pegang Cahaya said...

seronok kalau dpat duduk dekat tempat nature.. mengidam tempat yang ada hutan dan air terjun siyes tak tipoo..

Anonymous said...

aku asal dari sijangkang, tapi sekarang duk wangsa maju, so kalau orang tanya aku duk mana, aku cakap duk wangsa maju, tapi asal sijangkang.dulu aku ulang alik dari sijangkang ke jalan pramlee, tapi aku tak larat.so aku pindah wangsa maju.

sijangkang kat mana? google earth la .

yang benar,
azh

radiogurl22 said...

waaa aku tau sijangkang dekat sebelah johan setia jalan nak keklang dan jalan nak ke banting... sekang nak bagi aku apa kalau aku tau sijangkang tuh kat mana? hek hek

cik kedondong said...

ak tau RASA kt ne..ak penah lalu..sbab dlu plkn kt kkb

Anonymous said...

radiogurl22: erk, kau tau eik sijangkang kat mana...tapi aku rasa lagi ramai yg tak tau..hahaha pasal aku rasa lagi ramai yang tau jalan p ramlee kat mana..hoh hoh hoh...

ladynoe: syok weh mandi kat pertak. l ama tak pi sana.

yang benar,
azh

e-one said...

KKB...

ramai kenalan berasal dari sana...

Kota KinaBalu??

ohh Kuala Kubu Baru...

atau lebih tepat Kampung Kopok Baru??
yaa...