30.5.08

Sesekali Teringat (i)

Balik ke 10 tahun yang lepas; 1998

Sebelum ini, kamu mungkin sudah faham serba sedikit tentang asal usul saya. 

Persoalan yang timbul, kalau saya kurang bercampur dengan masyarakat daerah sendiri; Saya nak kawan dengan siapa?

MiRC

Ingat? Kalau kamu dakwa kamu tidak pernah terlibat dengannya, sekarang, sila dakwa diri kamu sendiri sebagai; buta iT. 

MiRC pernah menjadi salah satu impak dalam hidup saya satu ketika dulu. Bohonglah kalau aku nak cakap aku ni naif sangat. (orang naive takkan tulis blog. sila ingat)

Nickname; rahsia. Channel ; pun rahsia (yang penting bukan #kampung dan #mamak atau #gersang. Gathering di gig gig busuk di mana budak budak punk menggelabah masih suka meludah. Atau di sekitar BB di saat masih belum di banjiri dengan rempit dan nepal. Atau di Melaka di saat Grunge 'pegang' lagi. (sekarang aku tak tahu dan tak ambil tahu)

Selalunya saya lebih suka bereaksi pasif. Tapi dengan nickname yang tak seberapa itulah, saya lalui pelbagai pengalaman dan pedoman. Pahit dan manis, dan sebenarnya, apa yang saya ingin banggakan ialah, saya sudah keluar dari benda benda tu semua, sedangkan kau, kau dan kau, baru nak mula. 


Beb, Hitam nak jadi Putih, tak senang macam Putih nak jadi Hitam. Pikir sendiri.


p/s: kepada org lama yang masih bergiat; teruskan usaha. limitkan sempadan. =) hidup ada mati beb.

6 comments :

Pegang Cahaya said...

mirc la yang buat aku habiskan duit hari2 kat CC... 1st aku pergi gathering channel apa tah kat pyramid.. haih.. tak minat la gathering neh... maloo =">

Azzu said...

ada apa dengan MiRC ye..i can't just relate to MiRC diwaktu semua orang tgh gila meng-MiRC pada zaman tu (at that time, it's around 1996)...for me (at that time), MiRC is all hypocrisy, tapi ini cuma personal opinion sy saja ye. maybe pada waktu itu saya kurang jelas dgn konsep virtual friends ni. ;P

messithara said...

aku siap ponteng sekolah agama beb dulu...
cheh...igt blk mmg cam haram..
:P

farizzet said...

hai.
a/s/l?

Cik Ketam said...

xcampur...

ami schaheera said...

ahh, abes duit aku time blajar utk chatting irc kat cc.. pelajaran pun merosot time tu. haih~

tapi sang kekasih yang ditemui dulu (kekasih sekarang)masih lagi menggunakan irc sehingga kini, bangga si dia mendapat op di chanel2 hangat walaupun sudah tidak lagi berchatting di situ.. haha