15.6.08

Macam ni La Melayu

Sebenarnya kan, sebenar benarnya kan, saya teringin sangat sangat tulis tentang issue ini sejak lama lagi. Cuma...cuma....ada beberapa faktor yang kurang menyenangkan membuatkan isu ini di tangguh tangguh dan di tangguh lagi untuk saya cerita kat sini. Tapi dua tiga hari sebelum ini, setelah membaca blog seorang kawan, ok, saya rasa saya nak cerita jugak tentang hal ni.

Ok, macam ni;

Saya percaya, semua orang kat bumi tuhan ni nak hidup senang, nak banyak duit. Sebenarnya harapan kamu, kamu, dan kamu semua, merupakan harapan murni. Kalau saya nak masuk bab agama dalam entri kali ni pun; Tuhan pun marah dengan orang miskin yang membiarkan hidupnya miskin. Ada kaki tangan tenaga, taknak kerja. Malas. Member setan beb.

Saya pun nak hidup senang. Saya teringin nak beli macam macam. Ada benda yang saya nak, mungkin sama dengan apa yang anda, anda dan anda nak. Stended. Sebab tu saya manfaat kan ilmu yang saya belajar selama 3 tahun kat JB nun untuk saya dapatkan apa yang saya nak. Tak pe la..kalau lambat pun...mengeluh mengeluh jugak. Nak buat macam mana. Sape suruh aku amik art and design ye tak?

Cemburu? Ikut keadaan.
Saya jarang jeles dengan orang yang kaya. Kalau kamu cakap;

"Dolah power skang, keje sarikat international, gaji 4 ribu, pakai Hyundai,"

mulut saya jawab : owh..owh..
hati saya jawab : mampus kau la.

Sebab kan..sebab..
saya susah nak dipengaruhi dengan DUIT. dan, saya tak tau kenapa. Tapi kalau kamu cerita;

"Amy cun skarang, dulu berat dia 70 kilo, sekarang 50 kilo"

Ok,
saya jeles. Noktah.

Sambung balik;

Senario demi senario yang berlaku di sekeliling
saya, membuat saya mengaku, duit, dah jadi issue nombor satu dalam setiap hidup manusia. Tuhan dah jatuh nombor dua. Silap besar, siak.

Saya sedih sebenarnya, bila ada separuh kawan yang dah lama tak dengar khabar, sekali datang sebab nak ajak saya join I-Entrepreneur lah, Pelaburan Internet lah, dan macam macam lagi benda benda alah MLM. Macam ni Lah Melayu©. Bukan cari saya sebab rindu ke ape. Moralnya di sini, kalau anda ada kawan yang berjanji takkan melupakan anda sampai bila bila, fikir semula, kerana 60% kawan yang mencari anda semua adalah kerana nak ajak anda join MLM.

Saya tak kisah sebenarnya, apa sahaja cara kamu, kamu dan kamu untuk cari wang lebih. Nak buat direct selling ke, ejen Cosway ke, Unit Trust ke, Jual gamba tetek kat www.rude.com ke, buat komuniti kebajikan ke, buat party or even organizer ke, Pelaburan Internet ke, affiliate member ke... serius, saya tak kisah lansung.

Yang
saya kisah sekarang ni ialah; cara kamu itu, mengganggu konsentrasi hidup saya. Mendorong saya membuat andaian yang salah tentang kamu. (mungkin salah mungkin tak)

Ok Macam ni;

Saya ada seorang sahabat. Saya kenal sejak kecil, hingga ke sekolah menengah sehingga sekarang. Tapi Semenjak dua menjak ni, saya rasa macam, dia telah melakukan banyak faktor yang membuatkan persahabatan lama ni terputus bodoh - macam tu sahaja.

Bagi
saya, program MLM yang dia dah join tu, telah meragut semua diri dia yang saya pernah kenal dulu. Statistik kajian saya terhadap tahap ketakburan manusia manusia MLM ni bertambah.

Saya tak tahu macam mana saya nak ulang cakap semula ayat-ayat yang mereka dan mereka mereka tu semua telah cakap. Tapi antaranya lebih kurang la;

"Sampai bila kau nak keje lewat-lewat, tapi gaji ciput"
"Tengok macam aku, nak bagi kat mak bapak aku seribu 2 ribu sebulan aku dah tak heran dah"
"Aku tak sangka kat zaman moden ni, ade jugak orang bodoh yang sanggup bekerja payah payah untuk duit, sedangkan ada cara mudah"
"Ko taknak ke jadi cam aku. Bangun tido pkol 2 petang, bukak account, duit da masuk..tido balik..bangun pkol 5, cek account, duit masuk lagi"

dan, bermacam macam lagi, ayat takbur, sombong, riak, macam sakai.

Kalau dalam akaun friendster, myspace, facebook, gambar gambar tipikal mereka ialah, gambar dengan jam berjenama, pakaian ala ala ahli perniagaan dan kapitalis hebat, gambar memegang sekepuk duit yang banyak dan BMW pinjam. Kenapa aku cakap pinjam? Kerana ini;

ini orang yang saya kenal. Di bergaya dengan BMW yang kononnye dia punya.


Ini tah mamat mana. Saya randomly search. Pejuang I-Entrepreneur gak. Kereta sama la plak ngan kereta orang kat atas ni. Tgok la number Plate dia! Sama siak! Halahmak! Ambik gamba kat tempat sama gak tu.

Bila saya cakap saya taknak turut serta, mula la ayat ayat musibat yang saya dapat. Bila saya cakap saya pernah baca yang benda benda ni semua HARAM dari segi Hukum Syarak, ada unsur RIBA, dia keluar dengan hadis dan sunnah dan sekeras kerasnya cakap; "Jangan Meletakkan Hukum pada benda yang Kau tak pasti"

Boleh diterima. Tapi Sila terima ini;

Jangan paksa aku join benda yang aku tak pasti mendatangkan hasil dalam idup aku, terutama sekali lepas aku terjumpa gamba kau dan tah mamat mana yang aku random search dengan BMW yang sama. Sekian.

Banyak penemuan terhadap spekulasi yang salah mengenai program pelaburan pelaburan ni. Tak ada barang yang di niagakan, sistem piramid yang memang dah sah sah di tegah dalam Islam, skima Ponzi,
dan kebanyakkan kereta mewah yang di portraitkan bersama dengan diorang ni, di tutup number plate nye. WTF? Buktikan la itu memang kereta kau!

Kesimpulan menyeluruh dari fenomena wabak MLM ni, ialah;

a)MLM adalah teknik terkini untuk putus kawan dengan mudah. Macam ni La Melayu©!
b)MLM adalah satu wabak yang merubah personaliti manusia. Dari naif, kudus, mulus, jadi takbur, riak, haprak!
c)MLM adalah empayar melayu yang ingin menjadi kaya dengan menggunakan air liur dan merimaskan idup orang lain.
d)MLM membantu kita bercakap menggunakan ayat yang sama setiap hari.



P/S:
Beb, nak kaya, kaya je la..aku suka ape ade kawan kaya kaya..tapi tak payah la riak, takbur, jubur!




23 comments :

Anonymous said...

ya Allah btol sgt2.kwn aku pun mcm tu.siap kata buang masa belajar amek degree kalau kluar nnt dpt keje 2 3 ribu je.mcm haram.padahal cr ilmu sbb nk tambah ilmu.oh well manusia pemikiran pendek.mmg le mcm tu kan.kem salam mau kwn kau

Anonymous said...

eh kem salam maut

alkapon said...

waalikumsalam.

:D

Rizal said...

heh, klu korang yg masih muda ni pun diorang selamba ckp buang masa, aku yg dah lanjut ni apa lagi. Telinga ni dah lunyai kena kutuk. Ada yg siap ckp aku ni bangang rugi masa, sepatutnya aku dah kena kawen. Bangang sbb tolak duit pun ada.Sapa yg bangang?? klu stakat kaya tapi otak kosong baik xpyh.xpela deqnoe.. x kaya pun xpe.. janji idup x nyusahkan orang.

alkapon said...

berani dia kate kau yg hensem cam jayjay ni telinga dah lunyai??!!!! perghhh!! gua bengang betul laa!!

Anonymous said...

salam..

Saya memang tidak menjangkal ada sesetengah pihak yang mengunakan istilah beramal untuk dapatkan keuntungan..kemudian mengkritik pihak lain tidak buat research dan sebagainya...Itu adalah tanggapan yang membuka minda orang ramai bahawa mereka adalah menolong secara paksa sambil mengambil kesempatan..tak baik tu..dosa...

=== maaf kalau ada pihak yang terasa,tak berdosa mengeluarkan ilham persepsi sendiri...===

si Anggerik said...

kawan i yg tak pernah call n jumper coz raya setaun skali n tetiber arituh call ckp nk pinjam duit coz ada family probs. gler ker nk kasik pnjm duit kt member yg tak pernah langsung call dlm 5 taun..n tiber2 call nk pinjam duit?last2 dpt tau rupernyerh dier nk join dis mlm thgy. so sad.

Kulat.Hidup said...

hahaa..
aku pun pernah terkena bende alah bodoh ni..
aku kene time puase taun lepas.. ade mmbe aku mase matrik ajak kua tbe2..
aku yang baik ni pun tak syak pape la.. rupe2nye dia ajak aku join mnatang jadah ni.. siap pakse aku lagi.. psyco2 aku gile vavi punye.. diorang siap suroh aku tipu mak bapak aku, jual laptop ngan kamera aku tuk jadikan modal masuk mnatang vavi tu.. konon kaya.. sampai air yang aku minum pun aku kena bayar sndiri.. ingatkan dah kaye, bole blanje aku minum..
sangat celaka kan.? dan skang aku da tak kamcing ngan aku..

Anonymous said...

boleh sy pinjam artikel nie x? saya ske part2 bwh tue. nk letak dlm blog menimbulkan kesedaran. harap dibagi. tengs! sy jenguk kendian ekk..

Azzu said...

wow! gambar BMW yg same tu mmg impressive la! u should work with CIA :D

aku pon xfaham dgn sikap memakse sstgh org MLM ni. to be honest, aku jg ahli MLM. bukan sbb aku percaya all the scheme, tp sbb aku nak beli barang2 produk MLM (yg aku mmg dah biasa pakai slame bertahun2 tu) dgn lebih murah, so aku jadila ahli.

sbgimana aku xsuke dipakse menjadi ahli, mcm tu jugaklah aku xsuke memakse org lain utk membeli atau jd ahli. in fact, aku sorok katalog produk MLM tu, haha.

Anonymous said...

boleh tak tuan rumah nk pinjam artikel nie?

Ladynoe said...

Hai Azzu:
Saya tak kisah pun nak join ke MLM ke. Sukahati lah. Apatah lagi macam Cosway. Ade la barang nak di jual beli. NI macam i-entrepreneur lah, uptrend lah. dari mana duit dtg. aku pun tak tau.

lagi satu, sebelum percaya apa apa, selidik dulu. takut kalau sistem perniagaan piramid wujud kat situ. Haram hukumnya.

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=72



Kepada Tanpa Nama.
Kenapa kau tak bernama?
Macam mana aku nak tau kau dari blog mana?

J u l i a 。.゜✿ said...

✿ norrrrr..

alhamdulillah ju takde kawan jenis mlm. mintak simpang lahhhh. setakat ni kawan2 ju semua jenis baik2 & tak takbur. yg takbur harus dijauh secara total.

cayang nor !

err statement kat p/s tu sgt best.

Anonymous said...

sy org bese je n meminati tulisan pepower. tue la mintak kebenaran. kalo xleh takpe.

Anonymous said...

sy org bese je n meminati tulisan pepower. tue la mintak kebenaran. kalo xleh takpe.

Azzu said...

to ladynoe:
tepat :) mmg ahli cosway pun, huhihuhi. like i said, u should work with CIA. keke

yup, pernah sekali kawan lame (agak rapat) ajak masuk e-business ni. bile ditanye, dier kate xjual barang. so jual ape? jual muke la gamaknye. bile aku kate xminat, dier kate, kau jgn jeles nanti kalau aku pakai kete mewah dpn mate kau. hek ena, poyo-ngok btol.

pernah juge dier call aku pukol 1pg just nak bitaw, yg dier sedang bercuti dan bersuka ria di cherating. mongok.

alkapon said...

azzu kwn kau tu dah pakai bmw blum? kenalkan la kat aku

Azzu said...

to alkapon:
usahkan bmw, myvi pon belom.

anne jay said...

SATU....Kawanmu bangun kul 2, lepas check duit masyuk tido balik bangun kul 5 lak ehh... hek eleh tak solat la tu (akakaka.. sori kutuk kawanko) tak malu tahap cipan betul.. duit nak tapi sembah ALLAH tak nak lak...

DUA...Tapi memang besh la ko leh spot derang begambar dengan keter yg sama... perghhh wat malu je siott...

TIGA...azzu betul la cakap ko tu.. aku pun sama.. jadi ahli sbb nak beli barang tu dengan harga yg murah je.. bukan pasal nak kaya punn...

EMPAT... aku baru je baca blog ko ni bai, tapi memang besh la garapan ko.. leh jadi novelis

LIMA...hehehe

oat said...

klu jual goreng pisang pon klu nak kaya....insya'allah bleh...xpyah tgu mlm....

sternz said...

aku pun penah tetipu ngan geng2 MLM nih..klu la tuhan murahkan rezki aku, nak aje aku sepak terajang kepala dorang la (tp xla kuat sgt) n bakar sumer bulu2 yg ade pd dorang..MLM suxs!!

Anonymous said...

menarik crite ni...
kebetulan aku br blk jumpa member kat putrajaya...
sembang2 terkeluar plak crite mlm dikalangan warga putrajaya ni slps melihat kelibat toyota caldina depan mata...
dia luahkan perasaan menyampahnya pd geng2 mlm ni pasal suka paksa2...
then klu xnak trus masam muka...
then klu ada geng lain terpengaruh diperlinya kita...
tp sesungguhnya kaya dorang tu jap jer...
bergaya sebulan dua jer ngan caldina...
pas2 lesap la pasal just utk nunjuk2 jer tarik pelanggan...
lg 1 kes kebahagiaan kluarga terabai...
pasal ujung mgu bz cr pelanggan...
anak2 pun xdpt manja ngan parent dia...
tu la klu hidup nak kaya cepat...
aku renungkan mmg betul ckp member aku tu...
kekayaan segera ni x menjamin kebahagiaan hidup selamanya...
percayala...

kid said...

betul.aku sokong semua pernyataan diatas pasal masuk ni dah berapa ramai yang jadi takbur,putus kawan dan berlagak nak mampus pasal benda MLM ni.Benda ni dah umpama wabak yg boleh ubah sifat orang,bukan lagi perniagaan nak tolong orang melayu.hish...