1.8.08

Gores dan Lempang

Semalam, Jam 9 malam, di pekan Rawang.

"Kak, mau cuba nasib tak? Cuba akak gores kad ni. Mana tau akak bernasib baik hari ini," 

Aku senyap. 

"Apa nih?"

"Ini satu kad..kalau akak gores sana dalam..akak boleh tengok ada hadiah menarik untuk akak menang sana"

"Sana mana?"


"Tak ada, akak cuba ambik ini kad kak,"

Aku ambil. Pandang. Mata bertentang mata. Aku tahu, usaha dia sedang menganggap bahawa perkara bodoh paling terkenal di dunia yang bakal dia lakukan bakal berjaya. Tapi tidak dengan aku.

"Wah! akak sudah menang satu kereta Toyota ijdsfhkjdsn (aku lupa)! Akak kena belanja makan ni!"

Segerombolan rakan rakan budak tu datang mengerumuni. Menghulurkan tangan. Ucapkan tahniah.

Kata salah seorang daripada mereka,

"Tahniah laaa! selepas ini, akak tak perlu lagi naik kereta kecik macam ini,"

Sambil memegang megang Bumblebee aku.

"Kepala Hotak kau! Aku lempang baru tau. Penipu!"

Semua senyap.

Di dalam kereta, aku ketawa tak semena mena. Puas nye!

Hahaha!

7 comments :

alkapon said...

wahkahkkhakakaka!! cam sial la kau ni.

Rizal said...

hehehehe.. klu aku ada skali ngan ko mampos bdk2 tuh aku gelak sambil tonjol2 kepala diorang.

kuih said...

wah garangnye ko....kalo aku mampus aku dah ikut dowang pg amik keta tuh

oja said...

tahniah.. sebab anda seorg yang berani.. kalu aku, aku cuba cari jalan lain atau buat2 tak nampak atau buat2 tak dengar akan mereka... kerana.. aku tak seberani kamu.. bravo....padan muka diorg

Azzu said...

hahaha! best!
i wish i was there to witness that!
:D

anne jay said...

kalau aku... aku pun buat cam ko gak.. lempang kang tertonggeng. whakakakaka..

J u l i a 。.゜✿ said...

ahahaha.. garang giler ! caya lah !

*tergelak gelak sambil imagine camana muka nor time jerkah tuh*