28.8.08

Berdarah lah Hidung.

Tahu seni vektor? Seni vektor adalah teknik menyambung dari titik ke titik, lengkok dan garisan bagi membentuk suatu objek dengan menggunakan perisian grafik.

Saya adalah salah seorang peminat seni vektor sejak sekian lama berkecimpung di dalam industri seni dan grafik. Meminati lenggok seni dan strok Baung dan juga menjadikan Elly Yaniz sebagai sifu untuk titik permulaan saya mempelajari selok belok seni vektor tersebut.

Walaubagaimanapun, nampaknya setelah masyuk dan berjaya menyinarkan diri sendiri dalam bidang seni fotografi, Membuatkan Elly Yaniz menjadi malas men-vektor lagi; sekali gus wujudlah istilah "lawan tokey" di antara saya dan dia di dalam bidang ini.

Tapi Baung tetap bergerak secara cool dan steady tanpa terikat dengan mana-mana kelompok (biasala otai) dengan strok dan lenggok seni vektor yang tersendiri. Hasil Illustrasi vektornya menjadi sumber pendapatan komersial besar-besaran bila stesen radio, majalah dan iklan kat tv pun aku ada nampak vektor dia. Tabik ah!

Kalau boleh, saya ingin membawa diri dengan mendukung seni ini. Tapi tak tau macam mana. Kamu boleh lihat hasil hasil seni vektor saya di S I N I dan juga di S I N I (versi penuh) sebagai tanda minatnya saya terhadap seni ini.

Tapi sayangnya seni vektor menjadi klise apabila orang dengan sengaja dan tidak menempatkan seni ini sebagai satu trend. Dan ianya sangat tidak menyeronokkan. Maka, terkuburlah hasrat saya untuk membawa Vektor sebagai sumber komersial dan kewangan saya.

Lebih-lebih lagi setelah 2 hari lenguh bahu kerana menyiapkan binatang haram ini;

Walaupun statement ini menjatuhkan kredebiliti saya, tapi saya tetap ingin mengatakan bahawa; siapa nak beli vektor binatang kat atas ni aku jual RM300 dan keatas sahaja. Sebab hidung aku dah berdarah darah dah ni.

Panggilkan ambulan!

p/s: siapa tau Vexel tu ape?

7 comments :

Anonymous said...

tabik springgggggggggngengngeng..

chapit said...

gilaaaaaaaaaaaaaa~~~~~~~~~ kebil2 mata seh

Baung said...

First of all terima kasih kerana sudi menceritakan pasal Baung kat sini.

Secondly, your vector superb!

Thirdly, vector sebenornya susah nak cari makan gak he he... sebab tu lah akhir2 ni saya beralih ke photography sebab boleh cari makan beb!

Fourthly, illustration still in my blood. Will do illustration sampai bengkok never stop punya!

Finally, now nak cari makan kena campur dua2... illustration and photography.

Marjerin said...

wah, nice baru aku tahu ttg ini.

Sue Anna Joe said...

vektor bes la beb. and urs mmg i suka, sungguh halus dan teliti.

vektor ni utk orang yang rajin sahaja. uhuhu. i pon dah lama tak sentuh. rindu plak.

not sure if i'll make it for living though, rasa cam i just don't have the patience for it. tak sanggup deh. kalau wat pon mostly for fun la.

never knew about baung before this! cool.

J u l i a 。.゜✿ said...

dah tengok nor punya vector art !!! sangat cantikkkkk. sukanya.. =)

ju pun ada kawan yg suka wat vector. nama dia ikin milkberry.

milkberry.blogspot.com

comel sangat dia punya illustration. macam yg nor buat jugak lah !
=)

sayang nor !

Anonymous said...

aku syorkan buang 'unified' tu. tak pon censor kotak kotak macam dalam porno jepun.