19.8.08

Kita "Tak Pernah" Merdeka.

Saya lansung lupa bahawa bulan ini adalah bulan Kemerdekaan negara kita yang ke-52. Sibuk sangat, barangkali. Terlalu sibuk dengan kerja di pejabat yang terlalu sibuk dengan persediaan menyambut puasa dan Aidilfitri. Biasa la, client mana nak layan merdeka merdeka ni. Tak gitu?

Fenomena spontan seperti ini membuat saya terfikir bahawa kini kita memang susah nak rasa merdeka. Tak perlulah membuat stimulasi membuat konsert atau aktiviti kecil kecilan untuk menyambut Merdeka yang semakin di lupakan. Macam menyambut ulangtahun ke 25 walaupun kamu baru 14 tahun. Kelakar dan kurang memberi makna. Perkara perkara remeh yang dianjurkan sempena menyambut kemerdekaan tidak memberi apa apa makna lansung kalau pada dasarnya kemerdekaan itu tidak dirasakan dari "dalam."


Kadang kadang saya terfikir. Adakah kita benar benar merdeka dari pelbagai sudut? <----maka jawapan untuk soalan bodoh ini ialah "Tak la" Hakikatnya banyak perkara lagi yang menyekat kebebasan kita sebagai seorang Rakyat Malaysia. Belenggu undang undang, belenggu wang dan ekonomi, belenggu emosi, toksah cakap la. Kita bagaikan di jajah oleh ketuanan sendiri. Nak tulis blog ni pun, ingat boleh sembarangan ke? Nanti tak pasal pasal jadi kes macam abang beca.

Saya hargai usaha sebuah stesyen radio tempatan kita yang memangkah atau dengan kata lain mengharamkan lagu lagu dari negara luar dari dimainkan. Bagus. Saya berharap dengan adanya usaha murni seperti stesyen radio tersbut, mampu mengketengahkan muzik muzik melayu baru tak kisah lah sama ada indie atau mainstream; W A L A U P U N, kadang kadang ada lagu yang menyakitkan telinga aku terutama dari segi penyebutan perkataan bahasa Melayu itu sendiri. Celup; Mari kedengaran MarRRRwi; Rambut kedengaran RRRRwambut; ala ala pelat mat saleh lah konon;

dan saya agak kecewa dengan daya penciptaan lirik yang lemah, hentam keromo dan tah hapa hapa. Nasihat saya di sini; kalau nak berpuitis kangkang sekalipun, jangan la bikin lirik macam mengintai anak dara di dalam gelap dimana anda seorang sahaja yang faham ertinya, sedangkan yang lain tak tahu apa-apa; Faham?

Atau mungkin memasukkan perkataan-perkataan dari seberang seperti "beda" , "pacar" semata mata menganggap muzik atau puisi yang dihasilkan bakal sesedap Padi atau Nidji? (dewa dah lapuk. Sori bro!) Ini Malaysia lah beb. Itu baru lagu. Belum lagi masuk bab kesungguhan sesetengah anak anak Malaysia kita yang berusaha meniru telo seberang sebaik sahaja mendapat taulan dari sana. Sedangkan mereka; peduli pun tidak untuk meniru telo kita. Sikitpun tidak.

Hakikatnya, kita tidak pernah merdeka. Tak pernah bebas dari di jajah oleh orang luar. Tak pernah bebas di jajah oleh tuan sendiri. Tak kira lah dari segi minda atau emosi. Atau CARA HIDUP.

Dan yang paling penting, kita masih lagi hamba yang bertuhan, menjalani hidup mengikut garis yang diajarkan kepada kita. Jadi kita memang tidak akan pernah merdeka. Kita masih tetap seroang hamba. Itu pun kalau kamu, kamu dan kamu semua benar benar percaya kan wujudnya Dia; dan tidak pernah sekali sekali mempersoalkan kemerdekaan diri mengikut teori Rahmat Harun.


Senyum sikit. Auuum cak!


p/s: Rahmat harun = pelacur seni. Kenapa? tak puas ati?

13 comments :

Dyana Halim said...

Pembetulan, sambutan kemerdekaan ke-51. ;)

Hally said...

Sah kamu mmg terlalu sibuk..
Sambutan kemerdekaan yang ke-51..
Terima kasih..

Ladynoe said...

Bukan 2009 - 1957 = 52 ke?

Marjerin said...

merdeka pada pemikiran

Siberkop said...

Cikgu sejarah aku dulu ada buat kajian. Terma-terma perjanjian kemerdekaan Malaya-British dulu tak byk yg beri kelebihan pada Malaya sendiri.

Eh.

amilah said...

kita memang bebas, tapi bebeas dalam rantai kita sendiri
bermakna merdeka yang tetap ada batasnya

biolatanpadawai said...

parah parah. sekarang tahun 2008 la wei. belum 2009 lagi pun.

huahuahua

apek terror said...

gua dh x jadi hamba pada ape pun...tapi sistem nie yang menindas kite la kan..kan...

Weed and Bandages said...

setiap kali bulan merdeka. kena la paint banner bersama2 students.

KhairulAqmal said...

ya. aku tetap hambaNya. menarik entri kau.

Dyana Halim said...

Tahun hadapan baru sambutan ke 52. ;)

poyotito's said...

entri ini jauh lebih menarik dari isu politik sekarang.
kita memang tak pernah merdeka pun.

manusia ganjil ikan yu said...

bahan bacaan untuk ko : http://pergi-jahanam.blogspot.com/2008/08/indie-la-sangat.html