24.8.08

Saya perlukan hujung minggu yang tenang.

Kadang kadang, ada jugak rasa letih dan ingin cepat cepat keluar dari apa yang saya sedang lakukan. Bosan beb. Hujung minggu tidak setenang dulu. Bukan nak sangat melabelkan diri sebagai seorang yang anti-sosial. Tapi hakikatnya, tiada lagi keseronokan untuk berseronok seronok di hujung minggu.

Kamu ingat saya tak cemburu ke melihat perkembangan semasa scene-scene yang suatu dahulu saya pernah menjadi salah seorang penggerak di dalamnya. Walaupun watak saya kecil, tetapi peninggalan saya kini sedikit sebanyak menjadikan saya seorang yang 'tak best'. Sabtu lepas, kalau dulu sepatutnya aku dah tercongok di Zouk. Bukan sebab ZOUK, tapi sebab di Zouk, ada Butterfingers dan kugiran-kugiran kegemaran lain. Kemasukkan percuma, tapi aku tak pergi? wtf?

Walaupun baru lepas keluar dari kantung sauna yang kononnya boleh memberi ketenangan kepala sambil membakar kalori, bullshit lah! Kepala saya masih lagi terpikirkan; warna apa yang sesuai untuk tin teh misai kucing untuk Forest Secret?; nak letak objek apa untuk konsep visual CIMA?; Isnin ni, nak kena siapkan dua rekabentuk untuk Halagel livery. Macam sial lah.

Kalau dulu pensyarah saya cakap, seorang designer yang bagus mempunyai minda yang sentiasa bekerja. Oklah. Mungkin sebagai seorang designer. Tapi aku nak jadi designer untuk Isnin hingga Jumaat sahaja, boleh? Hujung minggu, sila beri peluang aku jadi manusia tipikal, biasa, fresh seperti banduan yang baru keluar dari penjara yang hanya fikir untuk bergaul dengan sanak saudara dan taulan terapat. Ok?

Saya tak mahu nanti alam perkahwinan saya yang bakal di lalui nanti pun masih lagi dicengkam oleh mood hujung minggu yang asyik terfikirkan perkara perkara di tempat kerja. Saya tak mahu semasa sedang enak berjimak, tiba tiba terfikir tentang warna yang paling sesuai untuk konsep bagi pelancaran produk baru Karts Food. Potong beb!

Suatu hari nanti, saya akan putus asa untuk meneruskan carier di agensi pengiklanan. Mungkin aku akan jadi seorang guru seni. Maksud aku cikgu seni yang paling hot di..Malaysia. Mungkin. Dan hujung minggu yang di habiskan dengan tenang dan selesa bersama perabot-perabot yang techy di kediaman yang jauh dari kesesakan Kuala Lumpur. Dan masa berjimak yang panjang bertemankan bauan aromaterapi yang sungguh nyaman.

Yeah bebeh! Shakaron!


4 comments :

cikrara said...

aku fokus kat berjimak jedlm entri ko ni. haha

KJ said...

ya, berjimak dlm keadaan tenang adalah sgt membahagiakan!

Marjerin said...

wooooo..dah nak kahwin yer..:)

Suka Bebel said...

salam...
pegi sauna memang betul2 blh legakan kepala serabutan asalkan tinggalkan benda2 dalam kepala tu sebelum masuk tempat sauna tu.hehe...bila kawen nya?

salam kenal kenalan