21.8.08

Sebenarnya, kenapa kita mem-blog?


Kalau nak ikutkan, penglibatan saya dalam blogosfera ni, baru lagi. Sangat sangat baru. Saya bermula pada tahun 2004 di atas dorongan seorang kawan yang mengajak saya berpindah dari dunia portal
myspace ke dunia penulisan blog yang lebih memberi faedah.

Mula-mula aku excited, tapi setelah menyedari bahawa garis waktu seorang pelajar seni grafik tidak sama dan se-enjoy pelajar bidang kejuruteraan, maka blog ini terbengkalai sekejap. Aku mula menulis di kertas kertas kosong. Di blog myspace yang hidup segan mati tak mahu, memandangkan saya kurang faham dengan selok belok mendirikan sebuah diari maya yang dirangka menggunakan kod kod yang berputar belit.

Aktiviti mem-blog saya kembali hidup pada 2 tahun lepas atas dasar keinginan untuk membebel seorang diri tanpa sedikit pun publisiti. Masa tu aku tak kisah pun sama ada blog aku ada orang nak datang lepak ke tak. Asal aku puas berceloteh sorang-sorang, memandangkan aku jenis manusia yang suka bikin diary scrap book sejak aku berumur 11 tahun sehingga 20 tahun dan kesemua diary scrap book aku di rampas dan dibakar oleh seekor babi jantan. Maka habis lah semua kenangan yang aku buku dan hiaskan penat-penat sejak zaman aku masih berhingus lagi. Celaka? Memang pun.

Rentetan daripada peristiwa itu, saya serik untuk ber-diary scrapbook lagi maka wujudlah blog ini, menjadi peneman saya di kala kawan kawan di Yahoo Massenger semuanya letak status dan simbol
'busy'.

Saya kira, saya telah terlalu lambat dalam blogosfera ni. Amalan 'tag' (wth?), dan blog community sampai siap ada kelab untuk penulis penulis blog cukup memberitahu bahawa saya memang lambat; walaupun benda remeh temeh seperti itu sesen pun tak penting dalam hidup aku.

Dan, jujur, saya akui, saya bukan lah seorang yang akan membaca semua pautan blog yang ada di sebelah kanan monitor ini setiap hari. Ade la sesetengah. Malas nak update link sebenarnya. Dan tak semestinya pautan yang tak ada dalam senarai aku tu, aku tak baca blog dia. Contoh blog favourite saya;

Blog abang marjerin yang entah dari mana wujudnya. Bagi aku penemuan blog yang bagus di baca macam blog si marjerin ni wajib diraikan dengan sedikit pembukaan komen berbalas komen. Tak gitu? Sebaik sahaja aku sampai ke ruang putih abang planta tu, aku terus macam 'sangkut'. Boleh tahan; agresif dan aku baru jumpa 2-3 hari yang lepas.

Bagi pengikut blog, kamu belum cukup cool lagi kalau tak pernah baca blog encik Melayu Minimalis kita yang selalu tak peduli apa sahaja komen cemuhan ke, kutuk ke kritik atau apa sahaja. Ok la, aku bukan nak bodek atau kipas punggung encik Melayu Minimalis tu. Tapi ternyata, pertama kali saya ke blognya, pun terus sangkut. Bagi saya, blog beliau suatu ketika dahulu semasa peti identitinya masih tertutup rapat, boleh dijadikan bahan rujukan dan hiburan berbentuk intelektual kelas tinggi. Cuma bila identiti dah rabak sket, hala tuju penulisan pun sedikit berubah mengikut arus peredaran semasa; mungkin. Aku banyak setuju dengan artikel-artikel dia. dan, cukup setuju dengan pemikiran bahawa menjadi penulis yang
anonymous adalah lebih baik daripada yang dikenali seperti saya. Aku nak mengutuk pun tak senang lah. Haih!

Kalau saya nak rasa comel sekejap walau hanya 5 minit; saya akan ke blog cik Julia yang dulu aku anggap dia seorang psycho yang comel. (sorry julia! kihkihkih) Mana taknya, umur dah 28 tahun, tapi hobi macam kanak kanak ribena yang obses dengan cute stuff. Tapi setelah aku google harga seekor Blythe paling murah pun RM300, maka; ok...Julia tak psycho...action figure aku pun tak sampai RM200..Hahha. Pertama kali saya sampai ke laman warna merah jambu si akak comel ni, boleh pulak aku yang ter-saiko baca the whole story in her blog. Nasib baik hari Sabtu. Masa tu, saya dah memberi penghormatan peribadi sebab berjaya membuat aku yang tak suka membaca sangat ni, khatamkan diari harian dia dari A hingga Z. Tipu la kalau aku cakap aku tak terpengaruh dengan pekakas pekakas comel tu. Oh..

Tak lah lupa dengan blog lelaki yang mengidam untuk jadi idaman wanita. Blog paling gay yang pernah saya jumpa di muka bumi ini. Fantasi menjadi-jadi membuatkan saya tersenyum sendiri depan skrin monitor. Gay maksud saya bukan homoseksual; tapi dari segi penggunaan bahasa yang humor bersahaja. Aku rasa aku tak pernah lagi jumpa blog penulis lelaki yang menggunakan kata nama I dan U. Kamu jumpa selain dia?

Blog yang terkahir menjadi singahan kerap saya ialah blog Puan Anna si internet geek. Blog Puan kita ni juga berbentuk diari maya moden; yang kadang kadang diungkapkan dengan permainan lensa dia. Aku klasifikasikan Puan anna ni macam penyedut idea maya. Hahahaha..tau tak kenapa; sebab aku nak buat video blog tu dah lama dah. sekali tgok tgok Puan Anna start dulu. Demmit!. Orang lambat memang rugikan anna? So kambus balik la niat video blog tu disebabkan penggerak terlebih awal ialah Puan Sue Anna Joe, beb. Tak berani la nak potong line. keh keh.

Anyway, pautan pautan lain tu bukan saya tak baca. Baca. Cuma pada saya, 5 penggiat blog yang diceritakan di atas lebih menggamit keinginan untuk saya klik, dan baca.

Banyak lagi blog blog teman yang menjadi kunjungan saya. Kita semua mempunyai keinginan untuk di baca kan? Bukan untuk mencari publisiti murahan dan mem-blog sekadar ikut ikutan dan meniru balik isi blog, rekaletak atau gaya penulisan orang lain, kan?


Kan?


p/s: kalau takutkan ombak, jangan membina blog di tepi pantai. Eh. Haha!




10 comments :

ADEX KAWANBOXX said...

nice blog...
heheheh sama la kita...
pa2 pun best baca blog anda....

Madu Warna Biru said...

saya suka tiru gaya penulisan saya amik sikit2 dari blog orang then saya jadikan satu .. haih boley ke?

cik.sepi said...

saya suka mem-blog jugak coz it part of my social life.. saya kurang bersosial kat luar. Jadi, sambil llompat-lompat blog org..sekurang2nya saya tahu... OOoo ada org yg bernasib malang drpada saya harini... ada org yg bernasib baik drpada saya harini.. dan ada org yang benar2 membuat hidup saya ceria harini.. ;)

Marjerin said...

terima kasih. :)

Rizal said...

dulu mula2 buat blog, aku isi dgn kata2 makian dan isi hati bila marah, tapi skarang aku buat portfolio short movies aku. hehehe. dah lama x update ngan artikel..

J u l i a 。.゜✿ said...

ahahaha ! adehhh.. sakit perut dok gelak kat sini *rofl*

anyway..thankyou cayang~

Extremist Thinker said...

semua url diatas akoo bookmark lama dah. temasuk belog ko. sumber inspirasi!

Extremist Thinker said...

eh juliahoneyshakes gwe bookmark. tp xleh masuk. invite la gwe.

My Spirit Finger said...

hi..saya pun terpaut pertama kali singgah di sini.

Suka Bebel said...

aku tak penah ada diari sbb tak reti dan takut ada org terbaca. selalu cuba nak taip dlm word dan save secara rahsia tapi malas menaip.semakin hari semakin suka baca blog2 orang orang lain menimbulkan minat utk membebel gak.lantas kumulakan bulan lepas.ha ha...

kita menulis utk kepuasan diri.sungguh malang klu ada org ciplak tulisan kita terutama bercorak peribadi.harap ada antara kita boleh ilhamkan sesuatu agar blogers dapat terus berkarya tanpa gangguan