17.9.08

Aku tak tau berapa lama lagi aku mampu bertahan.

Iklan jap - Forest Secret New Brand Revamp - November ini.

Sebenarnya aku tak pasti sama ada puasa aku untuk minggu ini di terima penuh atau tidak. Rutin aku minggu ini dipenuhi dangan carut maki tiga bahasa sekali gus; Melayu, Inggeris dan Bahasa Cina.

Kadang kadang aku rasa aku ni macam alien di kalangan sesetengah kawan aku. Sampai kan ada yang telefon bercakap

"Orang lain pun kerja gak..takkan takde masa nak berbuka,"

dan pelbagai panggilan telefon menanyakan restoran makanan sedap sedap dekat area mana? bat-hol betul lah.

Sebab itu sekarang ni aku betul betul dah tak peduli dengan berat badan ke, pakai make-up ke; sebab aku rasa rehat, tidor dan percutian hebat, lebih bernilai daripada kecantikan semata. Betul ni.

Kadang kadang aku rasa menjadi seorang anak seni ni, kita hanya boleh berada di dua zon selamat iaitu;

Zon Pertama; Seorang freelancer sepenuh masa. Atau separuh masa. Lagi separuh, kerani kilang mungkin.

Zon Kedua; Majikan.

Itu sahaja. Kalau jadi kuli macam aku ni, memang sakit la.

Kadang kadang juga aku rasa, aku patut bertukar arah menjadi seorang pengajar, atau kerani kilang, atau penjaga kounter tiket komuter depan rumah aku. Di samping itu, munkin aku mampu teruskan minat seni aku dengan lebih mendalam; menyiapakan patung patung yang pernah aku jahit dahulu, beli pen khas untuk melukis di atas baju sendiri, buat kad raya untuk kasi kat orang, Siapkan painting yang terbengkalai, siapkan family portrait, kembali menjadi kartunis sambilan mungkin.

Heaven!

Disember ni, aku resign! wuhu!!!

17 comments :

Sue Anna Joe said...

Waha. I nieh, tak duk buat apa pon tak wat lagi kad raya tu. Dem.

Sedap ke teh tu? Eh how come you kerja mesti berkaitan ngan well barang makanang, ni tea, dulu chocolate. Hmmmm.

I tengah imagine you jadi penjaga kaunter tiket. Cam menarik jek.

Then after Disember? Whappeng?

Ladynoe said...

SUE ANNA: teh tu sedap. rasa tomyam. ngeh~ tak la. if u suka herbs kind of thing, u can give a try.

After disember, lepak jap kot.

J u l i a 。.゜✿ said...

serius ke noe nak resign ? ju baca twitter noe pun, kesian sgt sbb tau noe sgt stress !
comelnya nak jadi penjaga kaunter ticket komuter. eyhh noe tak makeup pun lawa tau =) so takyah kisah lah pasal tu ok.

noe jahit dolls ?
dolls yg kat gamba entry lepas.. yg pasal blog blog tu.. noe buat sendiri ke ? yg tu ke ? =)

semoga noe sentiasa kuat utk bekerja !!

Ladynoe said...

JULIA : Rahsia =)

si red anggerik said...

kalau mahu kjr makan gaji, tryla work as designer at any company biotech or any company yg related to beauty product...n kalo leh try carik international company. percayalah. balik sure on time n gaji masyuk.

Weed and Bandages said...

jangan jadi pengajar, terutama pengajar di sekolah.

satgi blog bertukar kepada blog mencarut-carut-student-tadak-arah!

haha

SHIMI said...

Hidup jangan mudah putus asa

drugbuddy said...

lukiskan muka I.. hehe.

Tok Rimau said...

Tok pun rasa gitu. Nak jadi artis. Seni lagi penting dari perut. Boleh lukis walaupun lapar. Nak bikin film sukati mak aku. Mmmm. Daki dunia juga yg kita cari.

penanya (?) said...

seni lebih sexy dari nasi lemak bungkus dan teh ais.

Siberkop said...

Golongan buruh seni mmg perlukan pembelaan. Camne para pencipta dan enigneers nak promote hasil kerja derang kalau bukan tanpa bantuan org2 seni?

WAH!

Ladynoe said...

o my love: takpe. asalkan pukul 6 petang dah ada kat rumah.

SHIMI: hidup mmg tak boleh putus asa. Sebab tu aku nak beralih arah. boleh?

Yourdrugbuddy: tak pernah jumpa, mcm mana nak lukis.

SIBERKOP: no designer, no fun. Ada sapa nak lawan?

one love said...

aku tinggal dgn lelaki seni!
semuanya seni!

dan betul kata kau,
sama ada jadi freelance atau jadi majikan!

resign!
buat ikut kemahuan hati!
mesti hepi!

Darkheart said...

follow ur heart....kalo anda rase perlu tuka keje....tuka...dok lame2 nanti stress je, kene darah tinggi ke hypertension ke kan naye je tuh...

Hally said...

aku rasa ko better pg freelance la..

takpun setup company sendiri.. i think ko n fandi boleh sama2 run a bisnes..

eitt, kulit ko dh cantik dh noe..

ko guna babyface kan? maisarah mulop bgtau aku..

hehehe

Ladynoe said...

HALLY: kecah la mai. dah tak pakai dah. merbahaya. skarang pakai Forest Secret. try la.

GEREK ITU ALIA... said...

:) RESIGN!!!!!!! sila la buat cepat..kerana noe akan meng 'KAYA' kan orang lain dari diri sendiri...
menjadikan diri hamba kepada sumpah seranah boss yang hanjing atau kamu yang jadik penyumpah terhebat..

kat mana2 boleh hidup..berbanggalah jadik anak seni kerana..tidak semua manusia akan ada kemahiran macam anak-anak seni ada...
tak kira la dari musik,lukisan,lukisan berkomputer atau apa saja berkaitan...
nak dapat ilmu2 tuh bukan senang..lama o...full commitment...bertungkus lumus...penat kerja..sumpah seranah jer?kaya?tak kan...penat?macam cilaka bukan...mata hitam..toksah cakap...otak jam...lagila selalu mungkin.tak cukup rehat..perkara harian...sangat...but for an experience..we must keja dulu... then..buat sesuatu untuk maju kan diri sendiri...
boleh jadi freelance..tapi kepuasannya bila kamu komited dengan diri sendiri dan menjayakan sesuatu kerja kamu sepenuh masa..dan pulangannya... OH KEPUASAN!

bidang ni kita boleh buat pilihan...samada nak jadi bos,kuli dan kaya untuk diri sendiri,atau jadi kuli kena maki macam cilaka dan lambat nak kaya...
so the choice is yours...rajin,komited kamu berjaya!

*kaya-kaya masa...kaya rehat..kaya macam-macam dan termasuklah kaya duit...

dah bertahun saya tak mengayakan org lain!
RESIGN je noe!
Jangan putus Harapan....
REZEKI ADA DI MANA-MANA

love,
gerek itu alia