21.9.08

Duit raya untuk Net

Sebenarnya tajuk nukilan kali ini tak berkait lansung dengan apa yang bakal aku tulis sekejap lagi. Cuma semasa aku tengah terfikir, tajuk apa yang paling sesuai, tiba tiba anak saudara aku ketuk pintu bilik aku dan hulurkan sampul duit raya. Di dalam sampul itu ada 20 sen. Dia cakap "Ini duit raya untuk Net"

Oh, buat pengetahuan semua, Net tu kucing aku. Hahaha. Macam-macam.

Aku baru sahaja baca nukilan terbaru dari blog Puan Anna. Di pengakhiran nukilan, dia kata dia 'tag' aku. Oh people, tolong la bagitau aku, apa fungsi TAG tu dalam dunia internet ni. Bila aku baca blog Encik MM pula, nukilan-nukilan berkenaan tag-menge'tag' ini, kebanyakkannya berkisarkan pengalaman semasa zaman dulu-dulu. Ya?

Baiklah, aku bermula;

SATU

Ramai tak tau aku mempunyai salasilah syed dan syarifah. Tapi kalau mengikut susur galur atuk sebelah mak aku, memang dah takde. Moyang aku arab. Kahwin dengan melayu. Dapat atok aku. Atuk aku kahwin melayu, dapat mak aku. Mak aku cantik, superb, putih plak tu. Aku selalu berharap dapat hidung macam mak aku. Tapi hidung aku biasa je. Tak cantik macam mak aku. Tapi mak aku kahwin dengan abah aku. Hidung abah aku tak cantik macam hidung mak aku. Biasa biasa je. So aku pun dapat hidung yang mancung biasa biasa je. Alhamdulillah lah.


Rentetan dari fakta tu, first crush aku adalah semasa tadika. Nama dia Syed Adi Hakim. Minat kat dia sekejap je sampai darjah satu sebab masa darjah satu aku minat kat Syed Hidayat pulak. Tapi cinta ku tak berbalas sebab fizikal aku memang sangat tak menarik time tu. Aku belajar ber-couple dengan Syed Azam semasa aku tingkatan satu. Tingkatan 3 aku dengan Syed Fairiz; syed terakhir dalam hidup aku. Selepas tu dah takde syed syed lagi. Walau pun bakal suami aku bukan seorang Syed, aku cinta dia sangat sangat.

Dan mungkin ramai yang tak tahu, mak abah aku berasal dari Segamat, Johor. Ya Johor. Bukan Johor Bahru. Tapi selepas sahaja berkahwin, mereka berpindah ke Kuala Lumpur dan seterusnya bermastautin di Selangor. Sampai lah aku lahir, sampai lah sekarang.

DUA

Aku belajar sentuh gitar sejak aku berumur 5 tahun. Aku ada 3 orang abang. 3-3 hustler di dalam gitar. Tapi tak pernah ada kugiran (Agaknye). Lagu pertama aku main ialah sebuah lagu dance ala ala mexico (samba agaknye) semasa aku tadika. Itu pun aku ikut senyap -senyap semasa abang aku main. Aku jadi seronok. Bila aku darjah 3 aku berebut gitar dengan abang Bob walaupun gitar tu dia punya. Akibatnya abah hempok gitar tu sampai hancur.

Lepas tu abang aku beli gitar kapok baru. Dan sejak dari peristiwa perebutan tu, bang bob memang kedekut sikit dengan aku kalau bab gitar. Jadi, aku tumpang main gitar kawan kawan aku. Aku tak pernah belajar main gitar. Gitar pertama aku, dihadiahkan Abah semasa aku tingkatan 4. Gitar tu ade sampai sekarang walaupun dah tak boleh di main. Gitar kedua aku, merupakan hadiah pertama termahal dalam hidup aku. Dihadiahkan oleh sang Cinta. Bakal suami aku lah.

Aku cerita pasal gitar ni, jangan ingat aku ni handal sangat main gitar pulak. Tak pun. Aku tak pernah belajar main gitar lansung. Sampai sekarang aku tak tau kod apa yang aku pegang. Setakat cipta lagu suka suka sahaja. Dan oh ya, aku bukan di dalam mana mana kugiran pun.

KETIGA

Satu satu warna yang aku tak suka ialah Biru. Biru adalah warna terakhir pilihan aku. Biru adalah warna bila aku ditakdirkan buta dan tak boleh nak pilih warna lain. Biru adalah apabila aku dah hilang ingatan tentang warna-warna selainnya. Bila aku berada di suasana biru, aku rasa mengantuk. Biru tak mampu menenang kan emosi aku mengikut psikologi warna.

Tetapi aku sangat gemarkan cd blue. Aku tak tahu kenapa ini harus terjadi dalam diri aku.

KEEMPAT

Aku mempunyai ramai kawan. Dan aku sangat sayangkan kawan kawan aku. Aku taknak hilang seorang pun kawan aku. Tapi aku tak teragak-agak untuk membuang kawan yang 'tak kenal' aku dan tak menghargai aku. Tapi dalam semua kawan kawan aku, aku paling sayang kawan kawan semasa aku di Sekolah Menengah Teknik Gombak dulu.

Aku rasa, selama mana aku hidup, sejauh mana aku merantau, aku takkan dapat kawan macam mereka semua. Mana lagi kawan aku boleh jumpa yang sanggup makan maggi dalam gayung, yang sanggup kena conteng muka, yang sanggup ikut aku pergi sakat dorm budak-budak gedik dengan menggunakan mop sebagai hantu. Kawan mana lagi yang boleh membebel bila aku liat bangun subuh, bawak makanan sedap sedap lepas tu boleh lak basuhkan pinggan mangkuk aku sebab aku pemalas nak pergi pantry. Kawan kawan yang boleh back-up aku semasa aku asyik keluar masuk bilik kaunseling dan bilik Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Kalau ada, tak apa, lagi banyak kawan kawan macam korang, lagi aku suka. Betul ni.

KELIMA

Aku pun pernah jadi shoplifter. Tempat kegemaran aku dulu ialah Watson depan Pasar Seni. Semasa tu aku gasak melepak dengan budak budak grunge (kononnya), dan aktiviti kami ialah meng-kibab barang barang di Watson. Banyak jugak lah. Pewangi ketiak, pelurus rambut Wella, Tester alat solek. Tak lama selepas itu, sebuah kedai 2 ringgit baru di buka di banggunan bersebelahan. Betul betul bertentangan dengan McDonald. Jadi misi di teruskan di situ. Aku banyak curi stokin panjang belang belang sampai ke celah kangkang tu. Kalau budak budak emo zaman sekarang terlalu obses dengan sarung kaki jenis itu; sebenarnya, benda tu jadi barang curi aku je sewaktu kecik kecik dulu.

Aku tak berani nak mencuri duit. Sebab aku pernah tengok abah aku hempuk abang aku dengan but polisnya sebab abang aku curi duit mak aku. Padan muka. Kenapa target aku Watson? Sebab Watson dah kaya.

Oh, nakalnye. Aku bersyukur tuhan bagi aku hidayah dalam usia yang agak muda. Walaupun sikit, takpe lah. Boleh di kira hidayah gak ni. hohoho.

KEENAM

Aku malas nak cerita tentang kepandaian aku sejak aku sekolah rendah sebenarnya. Aku memang pelajar cemerlang. Tapi kerana taksub dengan pergaulan, pelajaran aku merosot di sekolah menengah. Tapi aku dapat tebus semasa aku belajar di Politeknik Johor Bahru.

Aku dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Advertising and Multimedia. Tapi sekarang, di advertising agency tempat aku bekerja, bos aku selalu nobatkan aku 'dumbass' dan stupid dan sebagainya.

Jadi kesimpulannya, tak guna aku 'pompang pompang' tentang kepandaian aku semasa dahulu. Aku, adalah aku kini. Aku 2008. Bukan 8 tahun yang lepas.

Walauapa pun, terima kasih Johor Bahru kerana menjadi negeri terbosan pernah aku diami selama 3 tahun sehingga membuatkan aku rajin belajar dan sangat fokus! Kalau lah JB se-happening Kuala Lumpur/Selangor, entah apa jadi pada study aku. Ooops! Sorry Moose! Kehkehkeh.

KETUJUH

Keset pertama yang aku beli ialah The Best Of Boyzone. Aku gila Boyzone dulu. Abah selalu marah dan rotan aku bila aku beli majalah antarabangsa mahal mahal. Aku beli pun semata-mata nak dapatkan poster Boyzone. Untuk mengelakkan abah tau aku pergi kedai dan beli majalah merepek repek tu, aku langgan LIME. Tiap tiap bulan LIME di hantar ke rumah aku. Abah tak syak apa apa pun. Sebab Angah (abang aku) langgankan aku majalah Dewan Pelajar masa tu.

Cakera Padat pertama aku beli ialah Greenday-Nimrod. Aku bukan dari keluarga senang. Jadi di umur 14, harga sekeping cakera padat memang terlampau mahalnye bagi aku. Aku minat sungguh dengan Greenday dan masa tu aku dah buang Boyzone jauh jauh. Aku mula kumpul album Greenday sejak dari itu. Aku tak pernah beli yang cetak rompak. Tapi aku takda album pertama diorang. Puas aku cari. 39 Smooth- kalau sesiapa ade lobang bagi la tau aku ya. Walaupun corak muzik Greenday dah banyak berubah dan ada peminat Greenday seangkatan dengan aku dulu cakap Greenday dah tak best, aku tetap suka diorang. Lantaklah.

KELAPAN

Aku suka main game. Dalam erti kata lain, aku adalah soft-core gamer lah. Aku boleh bazirkan masa selama 3 hari 3 malam mengadap game. Aku paling suka strategy game. Aku pernah ketagih dengan Stronghold Crusader dan Rise of Nation.

Bagi aku game strategi membantu aku menjana minda. Ianya adalah lebih baik daripada aku berpeleseran di luar. Walaupun ianya tidak berapa baik sangat kalau nak di bandingkan dengan amal amal jariah yang lain. hohohoho.

Aku gemarkan mitos Rome dan Greek. Kalau ada filem, novel, atau game berkenaan dengan Mitos Rome dan Greek, aku mesti nak cuba. Sentuh mengenai novel, aku teringin betul nak beli Novel - Son of Aetus; aku nampak kat Border. Aku nak beli. Tapi mahal. Sampai beratus-ratus. Sedihnye.

Game lain yang aku suka ialah, Grand Theft Auto, Worm Armageddon, Tekken, dan banyak lagi lah.

KESEMBILAN

Aku memang suka fotografi sejak dulu. Sejak aku tingkatan 3 aku selalu ikut cikgu aku ambil gambar untuk majalah sekolah. Tapi time tu aku jadi tukang hangkut tripod. Tapi aku tak berpeluang untuk meluaskan dalam bidang ni disebabkan faktor wang. Kesian aku kan?

Aku untung bila kenal dengan seseorang yang suatu ketika dahulu yang in to photography. Tapi kami menjadi slow selepas melihat fenomena budak form 4 pun dah mula gendong DSLR di leher. Paling tak best, semasa aku menggendong semi-slr aku, ade seorang mamat yang kelihatan sangat rempit yang menggendong DSLR Canon apa tah, tersenyum senyum sambil angkat kening ke arah aku dan Fandi. Aku masa tu macam; wtf? kamera dah jadi subculture ke?

Rentetan dari pelbagai peristiwa, aku memang dah tak bawak kamera aku. Aku tinggalkan kat rumah. Aku guna bila perlu sahaja. Begitu juga dengan Fandi. Kamera dan segala tools dia jadi bahan sewaan sahaja.

Sekarang ni aku betul-betul perlukan satu compact camera memandangkan handphone berkamera aku yang setakat 3.2 mgabite tak mampu memuaskan kehendak aku. Ada sesiapa nak cadangkan compact camera jenis apa yang bagus untuk aku?

KESEPULUH

Satu satunya amalan jahat yang aku pernah terjebak ialah stone bijik. Bijik ape? Aku taknak cerita. Aku bukan jenis bangga cerita tentang benda benda keji aku. Aku sebut ni pun adalah sebagai tauladan. Jangan layan bijik, nanti mati overdose tak sempat taubat, neraka la tempat kau. Aku bersyukur jugak, hidayah sempat sampai kat aku semasa aku masih muda macam ni.

Aku benci arak. Aku prejudis melampau dengan peminum arak yang beragama Islam atau Melayu. Aku benci orang yang minum arak tapi kritik perempuan merokok. Umpama lelaki bogel kritik perempuan tak pakai bra, atau perempuan bogel kritik lelaki tak pakai spender. Apa hal?

Aku suka nasihat orang base on apa yang aku pernah alami. Ramai orang jarang nak peduli dengan nasihat aku sebab di mata diorang- 'aku tak faham' atau 'aku tak pernah berada di tempat mereka', atau 'aku tak tau apa-apa'.

Sebenarnya, aku jenis manusia yang tak suka dedahkan buruk sendiri. Tapi aku tetap seorang manusia yang pernah jatuh dalam lubang taik berkali kali dahulu. Dan nasihat aku semata mata taknak kawan kawan aku (terutamanya) jatuh dalam lubang taik jugak.

Ingat lah, putih nak jadi hitam sekejap je. Tapi dari Hitam nak jadi putih, susah beb!

KESEBELAS

Lupa pulak. Aku boleh dikategorikan sebagai perempuan tinggi. Tinggi aku 170 cm. Sayangnya aku takde cutting model. Dulu aku ramai peminat (dulu lah). Dan separuh daripada peminat aku adalah golongan tua bangka yang kaya yang nak mampos tak sedar diri.

Aku selalu kena gangguan sexual. Walau aku dah banyak kali dapat SMS lucah dan jemputan ke hotel untuk satu-malam-berdiri. Aku bersyukur aku bukan perempuan murah. Aku tak memilih lelaki kerana sex. Dan aku takkan mencari rezeki melalui sex pun.

Aku pernah kena gangguan sexual dalam teksi. Aku baru tingkatan 4 masa tu. Bayangkan, pakcik teksi tu bawak aku jalan jalan jauh sangat. Sambil pujuk aku blow job 'anu' dia. Sambil menayang-nayang anu dia dan bertanya "Cantik tak? cantik tak?"

Masa tu aku tau yang aku tak cepat panik bila berhadapan dengan situasi yang penuh risiko. Aku kelentong pakcik tu yang aku still malu pada kali pertama dan berjanji akan datang ke rumah dia. Dia percaya bulat bulat cakap aku. Dan, ya aku selamat.

Sejak dari itu, aku tak pernah naik teksi seorang diri. Dan kalau kamu tinggal di sekitar Kuala Lumpur, jumpa pemandu teksi yang bernama Fauzi, bekas seorang Navy, hati hati lah. Hahaha.

KEDUA BELAS

Aku tak suka tengok cerita yang berkenaan Psycho Killer. Serial Killer aku boleh terima. Tapi Psycho killer macam Halloween atau SAW memang aku tak boleh blah.

Baru je semalam aku tonton file Halloween. Aku ingatkan cerita hantu. Sekali kisah psycho killer. Memang menyumpah nyumpah aku dalam wayang tu. Balik rumah, tidur, memang macam-macam aku mimpi.

Psycho killer ni memang menganggu minda aku. Lain dengan Serial Killer. Cerita penuh berfikir dan membuatkan kita tertanya-tanya. Contohnya filem Zodiac ataupun Seven. Ataupun kalau nak yang lebih klasik lagi, kamu boleh cuba tonton filem Perfume. Walaupun plot terkahir agak merepek, tapi, agak layanlah jugak.

Lagi satu, aku tak suka filem berunsurkan Zombie. Cliche nak mampos! Virus-->Berjangkit-->jadi zombie-->ramai mati-->sikit je survive-->zombie makan daging-->nak lari dari tempat tu---> siapa kena gigit, berjangkit---> jumpa penawar-->Survive--->tamat. Hoh!

KETIGA BELAS

Aku tak ada kredit kad. Aku pernah kaya beriban-riban sekejap. Tapi aku ni mahluk boros. Masa tu aku tak terfikir lansung pasal nak kawen ke ape ke. Sekarang aku menyesal sangat-sangat. Haih.

Sebab itu lah aku tak berani nak pakai kredit kad. Aku takut sebarang kemungkinan yang buruk terjadi. Walau separuh orang cakap, kredit kad memang banyak kepentingannya dan kita harus kawal perbelanjaan kita, tapi aku betul-betul tak berani. Sebab, aku rasa aku kenal diri aku dengan baik. Dan aku tau yang mana buruk dan yang mana tak baik untuk aku.

Tapi kadang kadang aku kepingin nak shoping kat ebay. Aku jeles tengok orang yang gasak ber-online shopping. Bestnye korang....!

KEEMPAT BELAS

Aku pernah menjadi ahli Tunas Puteri semasa aku sekolah rendah. Aku mendapat pangkat tertinggi di peringkat negeri iaitu Sayap Emas. Aku sorang je lak tu. Aku tau kawan kawan seangkatan aku jeles dari raut wajah mereka. Hahah..too bad! Seingat aku Tunas Puteri zaman aku, uniform dia warna coklat. Dan cogankata Tunas Puteri ialah TOS- Tolong Orang Selalu.

Aku selalu bergaduh dengan Abang Bob mengenai pasukan unit beruniform ni dulu. Dia masuk PKBM. (persatuan kadet bersatu Malaysia) di mana aku namakan Persatuan Kadet Boleh Mampos. Abang aku tak berjaya mencari istilah keji untuk TOS; so dia tumbuk-tumbuk aku. Sakit memang sakit. Bila dah sembuh, aku ulang lagi, Persatuan Kadet Boleh Mampos! hahaha.

Lepas tu, di sekolah menengah, aku teruskan dengan Pandu Puteri. Tapi macam yang aku cakap, semasa zaman sekolah menengah, aku lebih gemarkan aktiviti melepak dan meng-kibab di Watson.

Walaubagaimana pun, semasa aku tingkatan empat, di Sekolah Teknik, aku masuk kelab Taekwando!

hah..jaga jaga cik salmah!

KELIMA BELAS

Aku mempunyai masa tidur yang terhad. Samaada secara atau tidak sengaja. Aku tak suka bergaul dengan orang yang cepat tidur. Sebab aku kurang suka bila di mana aku masih belum mengantuk, tapi yang lain semua dah terbongkang tidur.

Tapi sekarang aku dah mengantuk walau waktu baru pukul 1.23 pagi. Mungkin sebab semalam aku tidur jam 4 pagi dan bangun jam 8 pagi. Mungkin lah.

Ok lah. Aku dah tak ada idea lagi. Sekarang, aku tag ABANG RIZAL, JULIA, NINA, MOOSE dan ALIA(detswit).

Terima kasih yang sudi baca sampai habis.

15 comments :

Sue Anna Joe said...

SATU

Mak kamu sangat chantek.

DUA

Mudanya kamu memetik gitar. Anna rasa Noe ni boleh tahan main, cuma kamu kan agak malu orangnya. :)

TIGA

Blue secara general atau ada blue yang spesifik?

Penah tak tengok citer blue beramai-ramai sama member?

EMPAT

Kawan best kan. Tapi yang susah time musim kawin, suma nak kawin, ada jemputan yang terpaksa tak pergi. Sedih.

LIMA

Ahaha Watson. Skang ni dah ada CCTV tak kat watson?

ENAM

"Aku dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Advertising and Multimedia. Tapi sekarang, di advertising agency tempat aku bekerja, bos aku selalu nobatkan aku 'dumbass' dan stupid dan sebagainya."

Ahaha kelakar ok.

SEBELAS

Whoa. Sib baik ko tenang. Kekadang yang meronta menjerit tu yang diorang attack tu agaknya kan?

DUABELAS

Weh, jomlah lah layan SAW. Aku sebenarnya tak suka sangat, tapi pasal apa tah aku tertarik, sebab aku tertarik pada 'contraption' yang dibina tuh. Then aku nak tengok cemana diorang nak escape.

Bahagian horror tu aku usually akan forward.

Zodiac menarik gak. Seven aku lupa dah cemana, lama gila tak tengok. Hmm maybe aku boleh tengok balik.

TIGABLAS

Aku baru dapat kredit kad. Sebab nak buat urusan paypal sket. Tapi online shopping tak cuba lagi.

----

Btw, comel gila anak sedara kamu bagi 20sen kat Net. Ahaha.

Terima kasih menerima penaggan aku.

J u l i a 。.゜✿ said...

eheh.. duit raya utk kucing ? comelnya !

woh noe suka layan cd blue ?ekekeke
hentai lagi best. =P

ju suka cerita psycho killer ! memang syok. kalau tengok kat movie, sampai berclapping dlm cineplex bila dah habis saspen. kalau tengok kat rumah pulak, sampai menjerit2 pastu lari keluar bilik. ahaaa.. takut tapi syok. =)

eyh tingginya noe ni yea.. 170. bestnya kalau ju pun tinggi cam noe. kalau kita bercakap dua org, mesti ju kena dongak tengok noe tau. haha wek wek menciiii.. =P
tapi cara noe handled situasi dgn taxi driver jahat tu kan, mmg best lah. kalau ju mesti dah nangis2 terjun kuar taxi. takut.

best baca entry noe kali ni (@⌒ー⌒@)ノ ❤
kalau ju buat tag ni.. apa lah agaknya ju nak cite eyh. mesti blur. sbb sekarang otak asyik ingat nak main game je. huhu~

selamat malam noe !

Tok Rimau said...

Duit raya utk kucing. klakar gila.

Ini entri kamu paling klasik. Love it.


Fikir-fikir zaman terejal dulu, Mmm... Aku tidak akan benarkan anak aku senakal aku. ha ha ha.

Ladynoe said...

SUE ANNA

SATU : terima kasih
DUA: memang pemalu sangat.
TIGA: blue general.
LIMA: dah lama tak pergi watson. Sebab untuk penjimatan, shopping kat TESCO je sekarang.
DUABELAS: layan SAW? errr...err..ok nanti kita pergi ceineleisure.

sama sama. saya tak tau pun TAG tu ape. ikut ikut je ni.

JULIA

Hentai bising sangat la.

TOK RIMAU

tu la. kalau boleh nak kurung anak dalam rumah. taknak kasi dia terjebak lansung. hahah.

kury lagi said...

satu.
nama sebenar saye syed kury..

ketiga.
aku dulu ingat cd blue, gamba die kelua kaler biru je..dem betul la..nasib baik best..

keempat.
apesal a'?..aku pun rapat gile dengan kawan2 satu hostel sekolah.

kelima.
jangan cakap ko pakai stokin jenis tu sekarang..hmmm..

kesembilan.
aku keluarkan kamera aku bila orang sudi keluarkan duit untuk aku tangkap gamba.

kesebelas.
kenape ko duduk kat seat depan?..

kedua belas.
hey..aku paling minat plot last perfume ok..terbaik..

Ladynoe said...

KURY

SATU: waklu
KETIGA : naive gile.
KEEMPAT : sebab tido makan sama2. dah rasa macam adik beradik

KELIMA : tak pernah pakai pun. Legging ade la kot.
KESEBELAS: aku hingat cerita hantu. Aku suka cerita hantu.
KEDUA BELAS : ye ke? macam geli je.

Weed and Bandages said...

saya suka entri yang ini!

yang best adalah 'boyfrend' tak boleh blah.. syed syed saja!

dulu penah kena buli dengan syed raffe! dah kawen dah dia!

Ladynoe said...

Alamak. Malunye.

sonik-malam said...

hahaha...
siot tol entri ni...
teringat lak aku zaman2 kejahilan dulu..
hahaha...
tapi dok kl time skola dulu mmg bes..
berbekal kan 30sen dan seragam sekola da bole turun town..
yg paling bes...
usha dak cbn...hahaha~~

akulah_timah said...

SAW memang best, ko try la tengok hihihi

secondly, saja nak cakap, walaupun entri ko panjang, aku gigih baca sampai habis. sebab ayat ko senang nak digest

selamat berbuka (utk nanti)

:D

-agx-

anne jay said...

satu je... ko ada iras2 ruper mak ko la noe.. hehe comel..

magenta said...

Kisah ngan pakcik teksi tu seram. Adake dia tanya anu dia cantik ke tak. Hahahaha. Gila psycho.

The Ninapop said...

dah dikerjakan..babe,muka kau memang cun la..hidung macung..ni tak bersyukur ni namanya..aku nak cium kau nnt ae ae ae!!

sreSHAziela said...

ler kg segamat lah ni erk (mean kg atuk hang)... kire tak bape jauh le kite.. konon2 nak ngaku sekg lah plk kan aku... hahhahaa

WeeWee said...

Segamat gak. Heee.
Syed gak. Heee