28.9.08

Jangan Pandang Belakang

Aku memang percaya benda benda yang berkaitan dengan mahkluk halus dan benda ghaib ni. Aku percaya benda benda yang berkaitan dengan histeria, sampuk, jin, syaitan, saka, penunggu dan sebagainya. Aku tak kisah pun kalau orang nak dakwa aku kolot dan ketinggalan zaman. Aku memang percaya sebab aku pernah rasa sendiri.

Rasa macam mana rasa ada orang tidur dekat sebelah aku. Rasa macam mana ade orang tendang tendang seat kereta aku semasa aku balik dari kerja malam malam buta. Dan dengar bunyi bunyi pelik yang tak dapat aku nak persoalkan 'bunyi apa tu?'. Paling thrill bila aku nampak jelmaan kawan aku dalam sudut bilik aku yang tersengih sambil merenung ke arah aku. Bila aku pejam mata, celik balik, dah ada dekat hujung katil. Pejam balik, celik, berubah wajah; dari wajah kawan aku, jadi macam mahluk besar tak berbaju, botak, telinga panjang, bertaring. Thrill kan? Berpeluh tak berpeluh aku time tu. Bayangkan la.

Aku tak pasti samaada aku harus ambil kisah atau tak dengan semua ni. Macam tadi, selepas berbuka dan main bunga api dengan anak -anak buah aku; Angah tiba tiba mulakan topik

"Kau perasan tak, gambar kau masa kau pergi Muzium itu hari dengan budak budak ni, ada unidentify object dekat belakang kau?"

"Yang mana ya?" aku tanya balik.

"Ala, gambar dalam rumah lama. Kau ambil gambar ikut cermin tu"

Pap!

Angah ambil komputer bimbit dia. Bukak balik gambar yang dia maksudkan. Seluruh warga rumah aku berkerumun.

korang boleh klik kat gambar ni untuk tgok ape benda yang kat belakang aku tu. Aku tak resize pun gambar ni.

Banyak perkara logika yang boleh dipersoalkan dalam gambar ni. Ketiadaan alibi manusia misalnya. Masa aku dengan anak buah aku meninjau dalam rumah lama ni, memang tak ada sesiapa pun dalam selain kami. Dan kalau betul itu orang, kenapa figura nya kabur. takkan la nak cakap aperture atau kelajuan cahaya kamera aku terlalu perlahan sehingga menyebabkan objek bergerak kabur. Persoalannya takkan la kepala je kabur, badan tak. Pendek kata, memang tak ada orang lain la selain kami dalam rumah tu time tu.

Huuuuuuu...

Apa pun, sejauh mana kesahihan wujudnya mahluk yang tidak dikenal pasti di belakang aku time tu, aku sendiri tak tau. hahahah. Aku rasa dah jadi macam seseorang yang talking non-sense la pulak ni. Tapi at least, ada benda jugak la yang aku nak share ni.

Hoh!



p/s: date picture taken : 31/05/2008

15 comments :

farizzet said...

ada lagi gambar lain di tempat sama? biasanya konsisten...

fandi said...

komputer riba la.. bukan komputer bimbit.

gambar ni boleh masok misteri nusantara. takpon expose mistik.
hahaha.


fandi

Sue Anna Joe said...

It either could be a lady dari belakang pakai tudung. Tapi kamu pasti takda orang kan?

Or, it could be the 'penjaga'. Yelah, muzium kan, and those object, cermin tu suma antik kan?

Creepy, naik bebulu romaku.

Saya pernah capture on video, masa tu saya kena rasuk beberapa saat. Fynn ada bersama saya masa tu dan 3 ke 4 member saya yang lain.

Masa tu kitorang tgh layan record video pakai webcam. Ada satu part tu nampak kelinat kaler brown berbulu lalu. Kata Fynn dia nampak benda tu berbulu-bulu ke rambut panjang. Uhuhu.

Tapi mana tah video tu. Ahaks.

Chutra Padi said...

Ya, mungkin mcam Anna kata, 'penjaga' barang2 antik tuh ke. Kebanyakan empunya dulu kala ada 'khadam' dari spesis Jin yang bertindak sebagai penjaga dan pendamping diri.

p/s: Saspen aku baca pasal kawan ko tuh. Scary wehh!

Siberkop said...

Mende tu nampak mcm diselubungi aura biru elektron. Giler cool.

Disebabkan bayangan tu muncul di belakang kau di luar/pada pintu masuk, ia mmg menerbitkan byk persoalan.

Budak yg ditangkapi gambarnya itu adalah cute anyway. Kirim salam ya.

cikRARA said...

kau canti pakai baju merah.

mollyjinxed said...

aku baca setengah jalan je semalam kat dlm bilik

x brani ar.. memandangkan nnt aku ditinggalkan sorang time raya

huhu.. akhirnya aku baca penghabisan kt ofiss

pengecut?
biar arhhhhhhhhh

Momo said...

Macam lambang tayar michelin pun ada.Hantu michelin kot.Haha.Anyway,aku pun pernah capture satu gambar and ada benda-benda macam tu tumpang nak bergambar.Ermmm...

Ladynoe said...

Nak kata figura wanita bertudung turun tangga pun tak logik gak. Sebab kenapa tangan dia mcm terputus. n tak pegang bahu tangga?

perhatikan betul2. tangan dia mcm terputus dan di bawah bahu tangga....

wooooooooo.....creepy wooooooo

biolatanpadawai said...

tak cuba ajukan ke pihak muzium?

Kalau tanya pakcik seekers ni silap silap masuk tv ni.

pudin said...

macam gambo makcik tgh nak kuar..smbil menghayun tangan lalalala~~

J u l i a 。.゜✿ said...

mokkkkkkkkkkkkkkkkk

ishkk ju dok sorang niiiii noe ! *sobs*

tiok derah key..

ishkk noe selalu eyh alami "mende2" gitu. ju dulu masa kuat amik duramine.. selalu hallucination. umm macam2 nampak.

so soalan ju.. noe amik duramine ka ?

err pasal gamba tu ? ishkk naik bulu roma. errr sampai betis peha.. perut.. semua semua berbijik ni haa.. creepy. =(

Sarawak Guy said...

before...baca any doa k ;)
InsyaAllah smua ok

e-one said...

mebiiiiiiiiii.... ermmmmm
ermm... mcm A.samad said pon ada.

Diloz said...

aku pun cerita tentang ini dan siap ada gambar yang serupa.

"Ter-captured hantu Jepun"

http://diloz007.blogspot.com/2008/08/gambar-misteri.html

walaupun aku ada bukti,aku tetap agak kurang percaya denagn histeria dan rasuk.
akal manusia sangat complicated dan tak mustahil untuk kita menterjemahkannya dalam pelbagai bentuk yang pelbagai dan pelik kdg kala.
mungkin penat,emosi dan stress contohnya.

cuba fikirkan situasi ini.
kenapa histeria/rasuk melayu tak merasuk orang putih yg datang ke malaysia,meracau-racau dalam bahasa malaysia.sebab orang putih itu tak tahu berbahasa malaysia pada asalnya.kalau kena rasuk pun mesti berbahasa mereka.orang putih=english,melayu=BM (paling abes pun loghat kelantan/siam.aku yakin.

kalau benda2 ternampak ini aku percaya jugalah,melainkan aku jumpa hantu jepun berbahasa boleh berbahasa malaysia.

positif.