9.9.08

Kalaulah hidup semudah CTRL+Z

Sebenarnya, aku tak tau kenapa tuhan jadikan aku ni spesis yang banyak berfikir. Aku taknak pun dijadikan macam ni. Aku bukan jenis yang takkan peduli dengan masalah yang berlaku di sekeliling aku. Aku bukan nak menyibuk hal orang. Taknak pun. Tapi kalau boleh aku nak semuanya hidup aman. Tiada prasangka buruk, tiada konflik. Betul ni.

Bagi aku, setiap kita yang pernah buat salah, layak dimaafkan. Cuma kita terlalu ego untuk memaafkan apatah lagi terlalu ego untuk meminta maaf. Kalau bab-bab maaf ni, secara spontannya aku akan ingat Abah.

Kalau nak tau, aku dulu, bukan anak yang baik sangat. Standard lah macam kamu kamu dan kamu semua sekarang ni; Merayau, balik malam malam buta, tipu cakap pergi rumah kawan, tapi aku ke gig, taksub sangat konon konon nak jadi rockstar, kena buang asrama, macam macam. Akibatnya; memang selalu kena bantai sampai terkencing-kencing dengan Abah.

Yang aku ingat, time tu aku masih awal remaja. 14 tahun. Mahu kan kebebasan lah kononnya. Bila Abah marah, aku merajuk. Merajuk melampau. Tak bertegur. Lama beb. Abah ajak makan aku senyap. Memang tak bertegur la senang cerita.

Bila masuk sekolah teknik, nak masuk pertandingan kugiran. Aku lead singer. Nak pinjam gitar abang aku, dia tak kasi. Aku dah menangis masa tu. Tiba tiba masa rehat, aku nampak kereta wira biru gelap dari jauh. Aku rasa macam kenal. Memang aku kenal pun. Mak abah turun dari kereta dengan gitar baru. Aku terkedu. Kawan kawan aku semua pandang. Abah siap pesan

"Nyanyi sedap sedap, sampai dapat nombor 1," dan memang aku dapat nombor satu pun masa tu.

Masa tu aku tau. Abah nak pujuk aku. Tapi aku ego. Aku keraskan jugak kepala dan hati.

Tapi alhamdulillah, Tuhan maha kuasa matangkan fikiran aku bila aku mula meninggalkan zaman persekolahan. Aku ngan abah berbaik bila aku kat poly. Kat poly aku mula sedar dan pandai nak set target, aku belaja, nak berjaya, nak balas balik jasa mak abah.

Dan alhadulillah, aku boleh dikategorikan berjaya.

Zaman aku belajar kat poly dulu ada jugak abah marah-marah atas kesalahan yang kecil. Tapi aku memang hyper-sensetive. Bila kena marah, aku masam muka. Taknak makan. Keluar rumah. Sampai abah aku sendiri call, pujuk, mintak maaf kat aku. Diulangi, ABAH AKU MINTAK MAAF KAT AKU.

Lepas poly, aku berehat tak lama. Sebulan lepas tu aku dapat kerja. Masa tu aku gembira dan tak sabar betul nak dapat gaji pertama aku. Aku nak beli kan Abah Gamat Healin.

Tapi aku tak sedar, drama dan konflik yang berlaku antara aku dah Abah sejak aku berumur 14 tahun dulu tu, semuanya muslihat Tuhan yang sengaja nak uji aku, nak tengok macam mana penerimaan aku terhadap kemarahan, kritik dan macam macam lagi. Muslihat Tuhan untuk aku fikir; kenapa Abah yang mintak maaf kat aku? Kenapa bukan aku yang mintak maaf kat dia?

Aku susah nak mintak maaf dengan dia. Aku ego agaknya. Tapi aku buat benda yang menandakan; "Abah, dekno mintak maaf" seperti tolong tanam tebu kat kebun dia. Cabut ubi kayu satu persatu sebanyak berpuluh puluh batang dan macam macam. Aku harap abah faham masa tu, yang aku skarang ni anak dia yang baik. Bukan macam dulu.

Aidilfitri 2006, aku cium tangan abah, aku mintak maaf semua. Abah siap declare, aku anak yang paling dia sayang depan anak-anak buah aku. Depan mak bapak kepada anak-anak buah aku.

Dan paling tak boleh blah, 2 minggu selepas aku mulakan kerja pertama aku sebagai seorang designer, Abah pergi. Tak sempat aku nak belikan dia Gamat Healin. Tak sempat aku nak belanja dia baju raya. Semua tak sempat. Tuhan macam kurniakan seorang Abah untuk aku; untuk guide aku sampai habis belajar je agaknya. Lepas belaja, pandai-pandai aku la nak hidup. Pandai-pandai aku la nak beza mana baik mana buruk. Aku hanya mampu hulurkan dia hadiah yang tak berbentuk kebendaan setiap kali lepas solat. Kalau aku nak cerita balik 2 tiga hari terakhir aku bersama abah, memang dah menangis-nangis aku kat sini. Aku taknak nangis kat sini.

*senyap...

Lepas dari tu, aku taknak lagi ade konflik dengan sesiapa. Kalau aku terasa, aku senyap. Kalau aku sedar aku ade buat salah, aku mintak maaf. Aku sayang semua orang yang pernah aku kenal. Betul ni. Mungkin perwatakan aku yang terlalu BOLD di luar. Tapi kat dalam aku tak lah seBOLD mana. Kalau boleh aku nak jaga hati semua orang selagi aku mampu. dan aku rasa aku kuat kalau orang kritik aku macam-macam.

Cuma bezanya, abah dah takde nak tengok aku yang 'baru.'
Kalaulah hidup ini semudah CTRL+Z..kan?

p/s: rindu abah. rindu semua.

28 comments :

ADEX KAWANBOXX said...

rasa nak nangis pun ada..tapi tahan...tahan...

tahan...

waaaa kenapa aku emo nie....

amoi chantek said...

:'(

J u l i a 。.゜✿ said...

noe..?
dua minggu lepas..?
sabar yea sayang. ju tau.. berat mata memandang berat lagi bahu memikul. ju tau perasaan rindu tu..
entry noe hari ni betul2 buat hati ju sayu.

sayang noe !

Ladynoe said...

JULIA : 2 minggu lepas aku mulakan kerja pertama aku sebagai seorang designer

28th Januari 2007

Tok Rimau said...

Hiba.

Doa aku semuanya aman w/pun di mana berada.

amir fififudin said...

aku rasa tersentoh.

Fynn Jamal said...

sahur2 bikin aku nangis. dosa tau, deknoe.

poyotito's said...

peh..menyayat hati betul
ni yang buat gua rasa nak sembahyang subuh ni

mentallyaddicted said...

Namun, hidup tak semudah CTRL+Z kan noe.

Semoga berbahagia semuanya!
Hehehehehe.

Siberkop said...

Maybe takde Ctrl+Z tapi sejak dua menjak ni byk Ctrl+C yang aku nak kat sekeliling.

Teruskan doa2 dan amal jariah utk abahmu itu ya? InsyaALLAH baik2 sahaja dia di sana.

anne jay said...

perghhh.. pepagi dah buat aku rasa sedis aka syahdu giler... terpaksa tahan air mata.. kang kantoi lak ngan boss dalam bilik tu... dah la aku pun takde abah.. mak pun dah pergi bertemu Penciptanya dan abah tahun lepas... :( ... anak yatim piatu aku ni... kawin tak lagi, bertunang lagi la tidak...

bono said...

dekno...
kita sama2 rindu org yg da pergi...i pn rindu my parents..
i knw u're strong..deep inside u're still battling to be someone yg berjaya with ur own two feet..and if he's still around i bet he must be proud of u.i'll pray fer us to b kuat and tabah..
love u.hugs*

al-fatihah

~chacha~ said...

saya setuju kalau hidup ni bole ctrl+z kan bes..
saya pon rindu abah saya!!!!!!!

My Spirit Finger said...

shahdu, sebak baca entri ni. terpikir sejenak layanan saya dgn abah saya juga. Pun bukan anak yg baik, bleh di kategorikan anak paling terejal dlm famili, but berusaha untuk membanggakan dia walau dlm apa cara sekali pun.
*Al-Fatihah untuk abah awak*

The Ninapop said...

sayu aku baca..babe ,tabah k..

kalau buleh memang kita nak ulang waktu...
kalau ada mesin waktu pun aku kerja keras nak beli bende alah tu..

tapi gamaknya..semua tu macam tak lojik dan memang takkan berlaku..

yang mampu..cuma perbetulkan yang mana salah...

sayang kau,rindu kau!!

Marjerin said...

harap semua-semuanya baik0-baik belaka. semuga ada pengajaran dalam kisah kamu ini.

aku tersentuh.

gossipgirl said...

hye noe..
sayu hati aku bc entri ni..

sabar la k..
biasalah nama pon hidup..

mmg susah pon nk jg hati org..
kita pon xdpt nk puaskan hati semua org jugak..

jadikan kesilapan lalu sebagai pengajaran..
pengalaman kn mengajar kita..

betul x??

Weed and Bandages said...

ms weed adalah anak yang tak sempat tengok arwah papa sampai dikebumikan sebab on the way balik dari itm.

*masih mencari-cari kenapa?

Rambo said...

u got me in here.
*tunjuk hati.

ladyLC said...

Noe,

Kalaulah...hidup ini, dan
Mungkin...hidup ini...

Apapun yang berlaku aku pasti ada sebabnya, ada rahmatNya.

Al-fatihah. Amin.

J u l i a 。.゜✿ said...

ic.. ok ok. dua minggu lepas baru mula keja designer. ju faham dah =)

sayang ladynoe *hugs*

Anonymous said...

i baca sampai da nangis ni. sedey. be strong babe.


-nadiah whoah-

Anonymous said...

perenggan ke-15.
bergenang air mata.

syafiqah said...

mostly anak perempuan memang loud dgn abah dorg. saya pun sama. saya tersentuh baca blog ni. semoga abah kamu aman di sana.

syafiqah said...

mostly anak perempuan memang loud dgn abah dorg. saya pun sama. saya tersentuh baca blog ni. semoga abah kamu aman di sana.

Ladynoe said...

syafiqah= lepas ni tayah la loud loud lagi.

Sue Anna Joe said...

Taktau nak komen apa. Cause I tak pernah lagi merasa kehilangan orang yang betul-betul dekat.

But. What happened made you the strong girl you are today. Tak lembik cam aku ni. And that's what I like about you.

Kalau I dicampak sorang ke sebuah jalan, takda orang, I rasa I memang akan mati kebuluran, tak reti nak hidup or carik makan. You on the other hand, I know will be safe.

Sorry terlari topik sket.

Anyways, I jenis mintak maaf dulu. Tak kisahlah kalau orang tu yang salah ke apa. Because bila kita mintak maaf, orang tu pun akan lembut hati untuk mintak maaf. Dah cukup.

And walaupun marah or bengang ngan parents macam mana sekali pun, keluar rumah, wajib salam, cium tangan. Sebab bila-bila masa saja kita (atau mereka) boleh meninggalkan dunia ini.

I just hope I graduate in time. Sian my mum, nak sangat tengok anak dia ada segulung ijazah. Because dia nak anak dia senang esok-esok. I pon risau sangat tak 'sempat'. Haihh.

My school friend, maknya baru meninggal. And she just got married and pregnant. Hmmm. I don't know how I would feel in that situation.

Kita terlalu selesa hidup di dunia dalam jasad sementara kita ni.

reny rino said...

entri ni da lama.ats sbb baru jumpa & baca entri yg ini sedeyy aaaa...
sbb aku pun cam ade terbuat camni gak.terasa hidup dikongkong majuk,benggang,mara semuaa..
tp abah aku ade lagi.hurmm...takut terasa menyesal kemudian hr.