14.9.08

Luku

Hari ini hari yang sangat perlahan. Bunyi pintu kena tendang bertubi-tubi merosakkan nafsu aku terhadap juadah berbuka puasa. Aku betul-betul bingit. Aku rasa aku nak keluar dari bilik ni dan kaki kan muka anak akak aku. Itu satu. Aku rasa nak angkat dia tinggi-tingi kemudian lambung jauh jauh. Kalau tak cukup dua tindakan, aku nak pijak perut dia sampai keluar tahi.

Aku memang tak berapa suka budak-budak yang nakal melampau ni. Mak cakap tak baik berperasaan macam ini. Nanti anak aku pun nakal jugak katanya. Aku jawab; nakal la. Aku terajang je.

Aku keluar dari dalam bilik bila aku dengar bunyi pintu kena tendang dari tadi tak berhenti-henti. Aku nak bertindak. Tapi aku sasarkan tindakan aku ke meja makan dan tuang air tebu bila aku tengok rupa-rupanya anak akak aku tendang-tendang pintu sambil akak aku luku kepala dia.

Memang tak masuk di ajar. Semakin kuat momentum penumbuk akak aku meluku kepala anak dia tu, makin kuat budak tu menendang pintu.

Yang aku pelik, budak tu tak menangis lansung.

Mak aku cakap, budak kecik jangan di luku kepala. Nanti bertambah tambah nakal. Jadikan itu sebagai nasihat dari aku yang kamu baru dapat dari blog ini ya?

11 comments :

SHIMI said...

Itu kaua budak. Kalau orang dah tuakena luku macamana pulak

J u l i a 。.゜✿ said...

uihhh tu nakal sangat tu. sampai kena luku pun still kebal. sugar-rush maybe ? cuba jgn bagi dia makan gula sgt.. org kata sawan gula dan jadi hyperactive.

happy weekend noe !

Ladynoe said...

SHIMI: kalau luku org tua. Kau kena luku balik kot.

JULIA: owh yea ke. baru tau ni. thanx julia.

Weed and Bandages said...

sebab tu la Mr.B tak mau anak. dia cakap kalau budak jenis duduk diam diam dia mau lah.

mana ada budak jenis pun diam diam 24jam! kalau dia nak terberak tak boleh berak dia buat perangai jugak kan..

*agak tak kisah jika MrB tamau anak. :D

Ladynoe said...

MS WEED: tak mahu anak? satu simbol pemahaman yang baik dalam sesebuah hubungan. kan?

Darkheart said...

ish sian budak tu.....xbaik luku2 pale....kene gune psikologi...aku anti keganasan terhadap kanak2...

drugbuddy said...

garangnya dia.

Ladynoe said...

Tapi dia memang budak yang sangat2 nakal.

Darkheart said...

hoho but for certain thing physical punishment memg kene jalan kan jgak...like my nephew dulu ade amek duit aku xbgtau...aku luke jgak dier..to make him understand stealing is a big "NO"...sebenonye xkesah pun pasey duit slame ni kalo mintak xpnah xbg pun...ish garangnye aku ni....but atleast now he knows...what is right and wrong...

Ladynoe said...

dan kalau meluku sebab dia meludah ke arah kita pun tak pe jugak.

poyotito's said...

tapak aje dahi budak degil2 ni