23.9.08

Nostalgia Duit Raya

Sebut pasal duit raya, macam macam yang terimbas dalam kepala otak aku. Kenangan semasa kecik kecik, kenangan semasa separuh kecik separuh besar.

Aku berhenti dapat duit raya apabila umur aku 16 tahun. Aku rasa; Kejamnya orang dewasa pada ketika itu. Ya pembaca sekalian, ini adalah salah satu ketidak-seronokan menjadi orang tinggi. Aku anak bungsu. Jadi aku ni *underdog lah sikit. Jarang jumpa saudara. Mak abah balik kampung pun aku tak ikut. Waktu waktu emas seperti hari raya atau kematian adalah peluang terbaik untuk aku ikut dan jumpa sanak saudara. Jadi, ramai saudara ramai tak kenal aku. Sudah la mak abah aku pun jarang balik kampung, tiba tiba muncul pulak aku sebagai anak ke-5.

Makcik makcik selalu salah anggap aku ni bini abang bob (abang aku). Cam sial kan? hahahah. Padahal umur aku baru 16 tahun. Paling kurang pun diorang akan tanya, "ni kerja mana ni?"

ah..bila dah denga soalan macam tu, jangan harap lah aku nak harapkan duit raya. Nak nak, time tu aku pun dah ada ramai anak saudara. Dalam konteks duit raya, aku memang tenggelamlah di antara anak anak saudara aku.

Balik ke 13 tahun yang lalu..

Nostalgia duit raya paling beharga bagi aku ialah bila dapat duit raya dari Angah aku. Malam raya pertama semasa aku darjah 4, aku, mak, abah dan bang bob nak balik kampung. Sebelum balik, bang bob suruh mak abah singgah rumah angah. Untuk apa? Untuk tuntut duit raya la. Apa lagi?.

Sesampainya di rumah Angah, aku nampak dia sengih-sengih je tengok aku dengan Bang Bob aku terkinja kinja penuh makna. Sebelum bertolak ke kampung, seperti yang di harapkan, angah kasi aku dan bang bob duit raya di dalam sampul. Tapi pemberian angah agak mengecewakan, sebab aku dapat rasa dengan tangan aku yang dalam sampul duit raya tu ada syiling 5sen je. Bang bob pun buat muka masam sebab dia dapat rasa dari luar yang dalam sampul duit raya dia tu ada syiling 10sen je. Gila babi kecewa.

Dari terkinja-kinja, kami jadi diam terus dalam kereta. Malu beb nak keluarkan syiling 5sen dalam sampul tu. Abang Bob pun senyap je. Tiba tiba mak tanya,

"Angah kasi berapa?"

Masing masing senyap. Yang kedengaran hanyalah bunyi radio dengan lagu raya yang berkumandang satu demi satu.

"Berapa?" mak tanya lagi.

"5sen je..." aku jawab
"Aih..takkan lah," Abah mencelah

"Betul, bob pun dapat seposen je," abang aku tambah.

Tapi mak tak percaya. Aku bersungguh nak tunjuk mak abah yang memang betul dalam sampul duit raya tu ada 5sen. Aku bukak sampul duit raya tu. Aku goncang-goncang. Tapi susah pulak 5sen tu nak turun keluar. Aku intai dalam sampul tu, sekali..wah! RM50 rupanya! wahahaha! Begitu jugak dengan Bang bob. Masing masing dapat 50 ringgit. Kira 5sen dan 10 sen tu dijadikan helah yang dimasukkan sekali dalam sampul tu lah.

Tak semena mena suasana dalam kereta jadi riuh. Peh. Nasih aku tak buang je sampul duit raya tu sebelum intai ke dalamnya.

Bagi aku, itu la helah musim perayaan paling berkesan dalam hidup aku. Sampai sekarang ingat beb.

Jadi, oleh kerana Abang Ngah aku pun dah beranak pinak, dan kebetulan pulak kini aku dah mula menjadi pemberi duit raya, mungkin aku akan buat helah yang sama pada anak anak buah aku jugak.

Haha.


p/s: paling terkilan, tak sampat bagi duit raya kat abah. Haih..

9 comments :

poyotito's said...

peh..trick tu sgt menarik!

btw, ayat terakhir tu buat gua rasa gua patut bagi duit raya kat bapak gua raya ni.

My Spirit Finger said...

saya masih menerima duit raya sampai tamat kolej...wow!!
Awak masih boleh berikan/sedekahkan doa dari anak yang soleh kepada allahyarham.

Cik said...

last aku dpt duit raya tahun lepas. aku rasa tahun ni dpt lagi kot. haha. adik sedara aku yg 16 tahun sllau bengang ngan aku. sbb org ingat aku skolah. org ingat dia kerja. figure dia mcm kaula. tinggi. hehe.

p/s noe nak wit raya.

siku lipat said...

bab duit raya nih, adalah amat merisaukan untuk saya sebab since saya dah berkahwin so peruntukan untuk bagi ke anak sedara yang lain2 tuh semua akan lebih, alahai.

Ladynoe said...

POYOTITO: mmg menarik. buat la kat anak buah ko.

MY SPORTO FINGER: ya terima kasih.

CIK: sbb kau kemetot.

SIKU LIPAT: hhehehe. What u got, u give back.

Weed and Bandages said...

"atam bagi kat adik duit merah merah tau..bukan syiling ok"

anak sedara.

*jenuhla..

Ladynoe said...

MISS WEED = kira ok la tu merah. dari ungu kebiru biruan.

drugbuddy said...

belum ada anak sedara. sepupu je ramai. kasi RM1 je untuk semua. ramai sangat tuu!

tengah tunggu anak sedara tak dapat dapat lagi.

jadi makcik la lepas ni.

Cik said...

bukan kemetot je noe. berwajjah muda juga :)