3.9.08

Semoga Hidup Kita di Berkati..

Nak dekat 24 tahun aku hidup. Macam macam orang aku jumpa. Ok lah, aku nak update entri berdasarkan tajuk yang saya gembar-gemburkan sebelum ini. Tapi entahlah, setelah fikir punya fikir punya fikir, rasanya, tak payah lah kot. Kita dah masing-masing dewasa. Dah masing- masing tahu baik buruk. Tak perlu rasanya untuk aku membebel itu ini tentang perangai perangai anak madani masakini. Kan?

Tambahan lagi sekarang ni bulan puasa.

Mungkin ini adalah satu revolusi baru yang semakin mengembang dalam diri saya. Fikir dulu sebelum buat apa-apa. Kot. Dah terlalu banyak konflik yang berlaku sepanjang tahun ini. Saya bukan nak katakan bahawa 2008 is the worst year. Not anymore. Syukurla, 2008 is better than last year. Tapi, konflik tetap ada. Selagi saya bergaul, berkawan, dan berinteraksi dengan mahluk Allah yang bernama manusia ni, dan selagi kita semua mempunya akal dan mulut dan hati dan jiwa; konflik pasti tetap ada.

Sama juga macam saya di sini. Terperuk, renyuk, henyak menyaksikan semua gelagat orang hanya dengan menggunakan skrin kecik. Keciknya dunia aku kan?

Kerana

Kerana aku dah benar benar letih untuk terus wujud di kalangan orang ramai. Biarkan aku macam ni sahaja, ok?

Semalam buat pertama kalinya saya berbuka puasa dengan kawan ofis selama 2 tahun bekerja. Lepas berbuka, ada bincang topik tentang kemelesetan akhlak dan agama kenalan-kenalan kami. Tak kira la sesiapa pun yang kami pernah kenal. Tengah rancak bebual dengan penuh kesedaran; tiba tiba salah seorang dari officemate aku cakap;

"orang orang macam tu, kita kena doakan diorang berubah dan dapat hidayah"


Sepanjang balik; Satu jam memandu (memang sempat sangat untuk saya fikir macam-macam), betapa aku fikirkan, kalau lah kita semua ini benar benar patuh dengan suruhannya.

Sorry lah. Aku memang prejudis melampau terhadap peminum arak. Sebab pertama aku tinggalkan bekas kekasih aku sebelum aku kenal bakal suami aku ni pun, sebab dia kantoi minum arak. Aku taknak darah yang mengalir dalam badan zuriat aku kelak, ada bercampur dengan darah peminum arak.

Resmi manusia, lebih takut manusia marah dari tuhan marah. kalau aku tegur kawan kawan aku yang minum arak, apa jawapan mereka?

=menyibuk
=judgemental
=kubur lain lain

Kepala hotak kau berjambul. Boleh kau terangkan kenapa Acheh dan Feringgi dibasuh Tsunami walau bukan semua yang menyetan kat sana? Duduk dalam kantung sauna tak sampai 30 minit pun aku dah tak tahan. Dan aku tak dapat bayangkan kalau tuhan celup aku dalam kantung neraka untuk 3 saat. Haih..

Cara aku senang. Menjauh. Mendoakan; semoga kamu kamu dan kamu; dan kalian, dirahmati tuhan kelak. Ya, aku memang nak jaga hati kawan kawan. Mendiam adalah jalan yang paling pintar. Mungkin.

Sehitam manapun tompok yang ada di hati kamu, asalnya putih jugak. Kan?

Selamat berpuasa.

4 comments :

Tijah Lawa said...

mendalam entry nih. tapi ada benarnya..
:)

biolatanpadawai said...

meninggalkan sesorang kerana sikapnya. Tak bagi peluang berubah ke?

manusia ganjil ikan yu said...

woooo...
dah berubah sial!!!!

Ladynoe said...

BIOLA: tak. Benda laen boleh terima. Arak tak.

IKAN YU : wak lu.