5.9.08

Trend Blog dan Elemen yang Trend

Blog dah jadi trend beb. Serius. Apabila facebook dan myspace gagal untuk menghiburkan aku dari segi sosial secara maya, blog memang tempat segala-galanya. Anak buah aku yang baru tingkatan 2 pun dah mula nak mem-blog. Sekarang;

►Rambut hippies ala ala Alanis morissette
►T-shirt or any nice top
►Skinny jeans
►cool shoes
►Beg besar ala mode
►kereta kompak
►telefon bimbit berkamera
►pemain mp3
►BLOG

orang akan cakap kau cool. Tak kisah lah.

Dan dalam blog mesti ada elemen-elemen penting untuk seorang penulis seperti;

chatbox atau shoutbox misalnya. Tuan punya blog akan bersungguh-sungguh meletakkan nama-nama yang sesuai untuk disinonimkan dengan chatbox tersebut; Contohnya "Kotak Memekak", "Kotak Bercakap", " kota fitnah dan dengki" dan pelbagai kotak lagi. Dan ungkapan paling trend sekali yang sering diucapkan di chatbox ialah "Salam Ziarah" dan "i link kan u ya..". Ianya juga berguna sebagai tempat pembaca pembaca yang kurang rajin untukn pergi terus ke pautan ulasan, untuk memberi ulasan secara lansung di situ. Tidak lupa juga buat pesanan yang berbentuk puji atau maki.

nukilan emosional dan marah marah. I Bet U lah. Blog yang penuh kritik, kutuk, carut dan marah marah lebih seronok di tulis dan di baca berbanding blog yang 100% menceritakan tentang diri sendiri, cerita tentang nak kahwin dan puisi cinta luka. Kan?

tiru-tiru kucing™ pun selalu. Kadang kadang kalau kamu perasan, setiap penulis blog ada trademark ayat atau perkataan sendiri. Meletakkan tanda sengkang sebelum 'lah' misalnya. Contoh; "itu pendapat aku-lah". Saya tak pasti-lah samaada ianya merupakan salah satu tatatertib dalam tatabahasa Melayu. Tapi tak kisah-lah. Dan semenjak itu, ramai pulak, saya jumpa blog-blog lain pun ikut-lah. Kadang-kadang dalam Yahoo Masengger pun ada orang mula ikut-lah. Tiru-tiru kucing™ yang lain pun ada jugak. Tiru susun-letak dan design blog jangan cakap-lah. Apatah lagi tiru bulat bulat apa yang ditulis. Tiru nama. Tiru macam macam. Tiru-tiru kucing™ namanya tu. Nak beritahu segan. Kan? Hahahaha. Tak kisah la. Asalkan kamu, kamu dan kamu semua enjoy di arena penulisan maya ni. Kan?

Adsense. Pun dah banyak dilihat di susunan tepi blog. Nuffnager misalnya; nasihat saya di sini, bagi yang benar benar mahukan sesuatu daripada agen iklan tumpang seperti ini ialah, kamu haruslah meletakkan iklan di susunan teratas sekali di antara widget-widget blog yang lain seperti di blog ini. Kalau kamu letak di susunan yang ke 2 atau 3, jangan mengeluh la bila di bayar hanya RM0.15 sepanjang seminggu keberadaan iklan itu di blog kamu. Berbanding aku, Mr. Potato bayar RM11 sepanjang 4 hari keberadaan iklan beliau di sini. Jeles?

Kalau tak kisah blog kamu serabut sampai orang yang masuk tak tau nak baca mana dulu, kamu boleh letakkan sebeberapa banyak iklan di bahagian header, atau di setiap penghujung entri blog kamu. Faham?

Twitter. Ini aku baru jumpa semalam. Tak sangka betul sekarang ni; menghebahkan apa yang terbaru tentang diri sendiri, dah menjadi trend pulak. Siap ada widget lak. Aku baru memuat turun widget untuk i-mac dan vista aku. Layan je lah.

keberadaan anonymous. Mesti mau ada. Tak boleh tak ada. Kadang kadang ada penulis sendiri bergiat secara anonymous dengan harapan tidak dikenali walaupun sebenarya orang dah ramai kenal. Tetapi, bagusnya mem-blog secara anonymous adalah lebih baik daripada kamu dikenali. Tengok macam aku sudah la..nak mengutuk pun fikir beribu ribu ribu ribu kali. Kan?

TAG. Sampai sekarang saya masih tak tau apa motif TAG. Di mana kita kena listkan blog yang digemari. Kemudian beritahu mereka yang di TAG. Dan........(dan apa lagi?) ada sesiapa boleh terangkan apa motif TAG?

Rata-rata orang yang saya kenal sekarang, kebanyakan sudah pandai ada blog. Ini bagus sebenarnya. Yang malas menulis akan jadi pembaca. Ini juga bagus. Daripada baca novel novel Ahadiat Akasyah, lebih baik kamu kemari. Mari baca ini. Di blog kita semua bertukar pendapat secara eletronik. Di arena penulisan yang serba luas ini, kita boleh menilai dan dinilai dan nasihat saya di sini; jangan la takut di nilai beb. Kan? Taknak kena label, pegi duduk dalam zoo la. Kan?

Sekian sahaja entri mengenai elemen-elemen mesti ada dalam sebuah blog masa kini. Wabilahitaufik-walhidayah-Assalamualaikum-warahmatullah hiwabarakatuh.



12 comments :

Tijah Lawa said...

maaf, sy kurang pandai dan mahu bertanya. dr mana mereka dapat iklan2 berlainan di nuffnang tu? bukan auto-publish by nuffnang kah?

mentallyaddicted said...

dia dah start dah....

ehehehehe.

Ladynoe said...

KJAH: Dia camni, nufnagger akan pantau blog kita. Dan akan slip kan mana mana blog yang aktif dan yang letak iklan kat 'atas atas' kepada client client mereka. Client yang nak iklan kan kat blog kita akan membuat iklan samada nak letak iklan derang kat blog kita atau tak. Macam tu la kalau tak silap. teheee~

MENTALLY: alamak. segannye.

kury lagi said...

blog aku takde elemen2 tu.

haha.

selamat puase wei kalau ko puase.

Ladynoe said...

KURY: KAU ADE BLOG? rare la pulak. kehkeh.

kury lagi said...

kene la ikut trend beb...baru la cool..kan?..hehe...

ADEX KAWANBOXX said...

hahahah....
tepat sekali apa yang di kata....
hehehehe....

susu dalam botol said...

-membawa dslr kemana-mana.
-kapkek.
-semua nak indie.
-semua nak ada label sendiri.

ini pun trend jugak kan?

Ladynoe said...

PEREMPUAN KALIS PELURU : =)

HIDDSTA: yup. Semua trend.

fad said...

saya pun ada blog!

J u l i a 。.゜✿ said...

✿ noeeee..

dulu twitter boleh update guna handphone je. lagi best. sekarang dah tak boleh.. sebab twitter kata dorang boleh bankrupt kalau satu dunia guna handphone utk update twitter. hikhik. free maaa. sapa tak suka kan ?

noe.. apa twitter noe ? ju nak follow nih. lalalaa

Ladynoe said...

FAD: wah. semua dah ade blog!

JULIA: kehkehkeh. carik la twitter noe kalo betul2 nak follow. Noe pun baru belaja ni. Search je "ladynoe"